Ketidakadilan Perjanjian Kewangan IMF: Kesan Ke Atas Negara-Negara Anggota OIC
Keywords:
law, economy, internationalAbstract
Dengan hampir kesemua negara-negara anggota OIC merupakan negara berpendapatan rendah atau negara berpendapatan sederhana, masalah kewangan terus menjadi satu halangan yang serius terhadap segala usaha-usaha pembangunan dan perkembangan ekonomi. Sebagai jalan penyelesainnya, negara-negara anggota OIC meminta bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Dunia (IMF). IMF, dengan kerjasama Bank Dunia, menyediakan bantuan kewangan kepada negara-negara yang memerlukan tetapi mengenakan ideologi ekonomi bercorak neoliberal atau meletakkan agenda tertentu sebagai syarat asas penerimaan wang bantuan tersebut. Kajian ini bertujuan membuktikan impak negatif syarat-syarat asas ini ke atas negara-negara anggota OIC melalui program penyesuaian struktural. Kedua, kajian ini membincangkan program penghapusan hutang oleh IMF dan implikasinya terhadap negara-negara anggota OIC terutamanya yang berstatus miskin serta berat beban hutang (HIPCs). Ketiga, kajian ini meninjau bagaimana IMF mengarahkan negara-negara OIC untuk menyandarkan matawang mereka ke atas dolar Amerika dan ini memudahkan aktiviti-aktiviti spekulasi matawang dilakukan. Akhirnya, penulisan ini mendedahkan bagaimana ketidakadilan perjanjian kewangan IMF ini tidak menguntungkan negara-negara anggota OIC dan umat Islam di serata dunia serta mengapa tindakan drastik harus diambil oleh OIC bagi menangani situasi ini.Downloads
Published
2009-01-01
Issue
Section
Articles
License
It is the author’s sole responsibility to ensure that all work submitted does not infringe on any existing copyright. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of the manuscript. Views expressed by authors are entirely their own. The Editorial Board shall not be responsible for views expressed and the language used in every article.