Raja vs Qadi: Kuasa Raja dalam Keputusan Kehakiman Islam di Malaysia
Keywords:
Kuasa Raja, keputusan kehakiman Islam, doktrin pengasingan kuasaAbstract
Raja adalak merupakan Ketua Agama Islam bagi sesebuah negeri yang dinyatakan dalam Perkara 3. Kuasa Raja tertakluk kepada konsep Raja Berperlembagaan dan doktrin pengasingan kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun, tindakan Raja yang dikatakan telah memutuskan keputusan yang bertentangan dengan penghakiman mahkamah syariah dalam kes Timbalan Pendakwa Syarie Pahang v Kartika Sari Dewi binti Shukarno [2010] l CLJ 172 telah mencetuskan kontroversi apabila hukuman yang dijatuhkan ke atasnya telah bertukar kepada perintah khidmat masyarakat secara tidak langsung proses pengasingan kuasa dianggap tidak dijalankan sepenuhnya dalam mahkamah Syariah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana Raja berkuasa dalam membuat keputusan kehakiman Islam. Kajian ini mengggunakan pendekatan kajian kes melalui analisis dokumen dan temu bual mendalam separa struktur terhadap empat orang Ketua Hakim Syarie, seorang Pendaftar dan seorang Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie di lima buah negeri di Malaysia. Manakala, dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati Raja sebenarnya memiliki kuasa dalam membuat keputusan kehakiman Islam. Walau bagaimanapun, sebenarnya hal ini tidak bermaksud Raja boleh menggunakan kuasa tersebut sewenang-wenangnya. Ini kerana Malaysia mengamalkan prinsip pengasingan kuasa dan Raja terikat dengan Perlembagaan Persekutuan.Downloads
Published
2017-01-03
Issue
Section
Articles
License
It is the author’s sole responsibility to ensure that all work submitted does not infringe on any existing copyright. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of the manuscript. Views expressed by authors are entirely their own. The Editorial Board shall not be responsible for views expressed and the language used in every article.