Skop Seksyen 45 Akta Keterangan 1950: Keperluan Untuk Semakan Semula
Keywords:
keterangan pakar, seksyen 45 Akta Keterangan 1950, Malaysia, India, SingapuraAbstract
Pendapat pakar merupakan satu bentuk keterangan yang popular di mahkamah. Keterangan pakar penting dalam membantu mahkamah membuat keputusan yang betul tentang suatu isu yang berada di luar pengetahuan dan pengalaman umum seseorang hakim. Secara amnya, keterangan pendapat pakar dikemukakan di mahkamah Malaysia menurut peruntukan seksyen 45 Akta Keterangan 1950. Menurut seksyen 45, hanya kategori pakar yang disebutkan dalam peruntukan tersebut boleh dipanggil untuk memberikan pendapat pakar. Persoalannya, sejauh manakah kategori pakar yang dalam seksyen 45 Akta Keterangan 1950 komprehensif untuk merangkumi semua jenis pakar? Artikel ini bertujuan menilai skop seksyen 45 Akta Keterangan 1950 di samping membandingkan kedudukannya dengan bidang kuasa lain iaitu negara India dan Singapura. Artikel ini mendapati bahawa skop seksyen 45 Akta Keterangan 1950 adalah tidak komprehensif dalam mengawal selia semua kategori pakar yang boleh dipanggil untuk membantu sesuatu kes kerana skopnya yang terhad kepada beberapa kategori pakar sahaja. Oleh itu, artikel ini mencadangkan agar peruntukan seksyen 45 Akta Keterangan 1950 perlu disemak semula supaya skopnya dalam diperluas untuk merangkumi kategori pakar secara luas.Downloads
Published
2018-07-09
Issue
Section
Articles
License
It is the author’s sole responsibility to ensure that all work submitted does not infringe on any existing copyright. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of the manuscript. Views expressed by authors are entirely their own. The Editorial Board shall not be responsible for views expressed and the language used in every article.