Perbezaan Rejim Polisi Pelaburan Langsung Asing (FDI) Dalam Kalangan Negara Anggota ASEAN: Cabaran Perundangan Dalam Merealisasikan Komuniti Ekonomi ASEAN Berdasarkan ASEAN Comprehensive Investment Agreement (ACIA)
Keywords:
ASEAN, ACIA, FDI, Komuniti Ekonomi ASEAN, pelaburanAbstract
Seperti mana yang telah dipersetujui dalam “AEC Blueprint”, ASEAN adalah komited dalam mencapai objektif pergerakan bebas pelaburan dan modal antara negara-negara anggotanya bermula tahun 2015. ASEAN lebih menumpukan kepada kemasukan FDI. Namun demikian ASEAN tetap melihat kepada kemungkinan integrasi kewangan serantau yang akan diikuti dengan liberalisasi industri kewangan dan pergerakan bebas modal antara negara anggota. Berdasarkan enam dimensi liberalisasi kewangan, ASEAN dilihat hanya komited kepada dua dimensi yang merupakan kunci kepada integrasi kewangan global; Kemasukan bebas ke dalam industri perkhidmatan kewangan dan juga liberalisasi aliran modal antarabangsa. Manakala baki empat dimensi iaitu yang berkenaan dengan penghapusan kawalan kredit, penghapusan kawalan kadar faedah, autonomi bank dan hak milik swasta bank semuanya adalah diambil kira sebagai kepentingan nasional. Namun demikian, walaupun ASEAN dilihat memberikan tumpuan kepada pelaburan, masih terdapat cabaran-cabaran dalam mengimplementasikan ACIA dan mencapai maksud integrasi rantau. Mengguna bahan metode analisis kandungan, bahagian pertama kertas ini akan membincangkan berkenaan dengan sejarah kerjasama pelaburan ASEAN dan menghuraikan berkenaan ACIA. Bahagian kedua pula akan memberikan gambaran polisi dan perundangan pelaburan di setiap negara anggota ASEAN. Manakala bahagian ketiga pula akan menyentuh mengenai isu rakyat diprejudis oleh liberalisasi dan bahagian keempat pula disediakan cadangan dan kesimpulan.Downloads
Published
2018-07-09
Issue
Section
Articles
License
It is the author’s sole responsibility to ensure that all work submitted does not infringe on any existing copyright. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of the manuscript. Views expressed by authors are entirely their own. The Editorial Board shall not be responsible for views expressed and the language used in every article.