Prinsip Izin Maklum Awal Bebas Telus (IMABT): Kajian Kes Indigenous Cultural Communities & Indigenous Peoples di Filipina
Keywords:
Hak penentuan kendiri, Filipina, IMABT, orang asal, undang-undang antarabangsaAbstract
Artikel ini menganalisis pengoperasian hak penentuan kendiri orang asal melalui prinsip Izin Maklum Awal Bebas Telus (IMABT) dalam kalangan Indigenous Cultural Communities dan Indigenous Peoples (ICC/IP) di Filipina. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, analisis ini adalah penting untuk menilai isu pengiktirafan hak penentuan kendiri yang masih membelenggu orang asal di peringkat domestik. Sebagai pencerahan, artikel ini dibahagi kepada empat bahagian utama. Pada bahagian pertama, artikel ini menjelaskan definisi dan status hak penentuan kendiri orang asal di bawah undang-undang antarabangsa. Pada bahagian kedua menerangkan prinsip Izin Maklum Awal Bebas Telus (IMABT) dengan merujuk kepada Deklarasi PBB tentang Hak Orang Asal (DHOA). Bahagian ketiga pula menghuraikan latar belakang masyarakat orang asal di Filipina yang dikenali sebagai Indigenous Cultural Communities dan Indigenous Peoples (ICC/IP). Bahagian terakhir penulisan ini menganalisis pengiktirafan prinsip IMABT dari dua aspek utama iaitu dari segi teori dan amalan di Filipina. Artikel ini merumuskan bahawa pelaksanaan pengiktirafan hak penentuan kendiri orang asal perlu diberi perhatian oleh semua Negara agar selari dengan undang-undang antarabangsa.Downloads
Published
2016-01-01
Issue
Section
Articles
License
It is the author’s sole responsibility to ensure that all work submitted does not infringe on any existing copyright. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of the manuscript. Views expressed by authors are entirely their own. The Editorial Board shall not be responsible for views expressed and the language used in every article.