Penggunaan Emas dan Perak dalam Menentukan Nilai Pampasan Diyat: Suatu Analisis ke Atas Nilaian Pertukaran Mata Wang Semasa
Keywords:
Diyat, bunuh, mencederakan, nilaian emas dan perak, dinar, dirham, pertukaran mata wang semasaAbstract
Diyat adalah satu bentuk hukuman yang mewajibkan tertuduh yang disabitkan atau keluarganya membayar pampasan dalam bentuk wang kepada mangsa. Secara amnya hukuman ini diperuntukkan bagi jenayah yang dilakukan ke atas nyawa dan tubuh badan iaitu jenayah membunuh dan mencederakan. Diyat merupakan satu bentuk hukuman yangdinyatakan dalam al-Quran. Walau bagaimanapun, pelaksanaan hukuman tersebut di Malaysia boleh menjadi sukar sekiranya unta dijadikan sebagai asas pembayaran. Kekangan dari aspek untuk mendapatkan jumlah unta dengan umur yang tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak menjadi halangan perundangan di Malaysia berbanding negara-negara Timur Tengah. Bagaimanapun, kaedah alternatif boleh diterapkan dalam perundangan syariah untukmenyelesaikan penetapan kadar diyat ini. Kaedah alternatif yang boleh dicadangkan di sini ialah dengan mengguna pakai nilaian emas dan perak sebagai penentu kepada kadar pampasan diyat yang dikenakan ke atas tertuduh yang disabitkan. Dalam masa yang sama, realiti kehidupan semasa dan masyarakat juga perlu diambil kira dalam penetapan kadar tersebut. Artikel ini menganalisis nilaian dinar dan dirham berdasarkan harga emas dan perak di pasaran semasa di Malaysia. Hasil penulisan ini mendedahkan hukuman diyat berasaskan prinsip syariah boleh dilaksanakan berasaskan kepada nilai pertukaran mata wang semasa.Downloads
Published
2015-01-01
Issue
Section
Articles
License
It is the author’s sole responsibility to ensure that all work submitted does not infringe on any existing copyright. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of the manuscript. Views expressed by authors are entirely their own. The Editorial Board shall not be responsible for views expressed and the language used in every article.