Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender: Perspektif Undang-undang Jenayah Syariah
Keywords:
LGBT, Undang-undang jenayah syariah, prinsip syariah, hakAbstract
Penulisan ini membincangkan isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dari perspektif undang-undang jenayah syariah. Ianya tertumpu kepada defi nisi LGBT dari perspektif konvensional dan syariah. Senario kumpulan LGBT di Malaysia serta status kesahan perlakuan LGBT juga turut dianalisis dari perspektif perundangan jenayah syariah. Penulisan ini seterusnya menerangkan pendekatan agresif yang diguna pakai oleh kumpulan tersebut dalam memperjuangkan hak mereka sebagaimana yang dilihat dalam kes Muhamad Juzaili bin Mohd Khamis & Ors v Kerajaan Negeri Sembilan & Ors baru-baru ini. Pendekatan agresif yang digunakan untuk menyelamatkan apa yang kononnya dianggap sebagai hak membuktikan keingkaran mereka terhadap prinsip-prinsip syariah yang jelas mengharamkan perlakuan seks luar tabiie yang diterima serta dianjurkan oleh kumpulan tersebut. Mahkamah Rayuan Malaysia padaawalnya memutuskan bahawa seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (EJSNS) sebagai batal dan tidak sah walaupun keputusan tersebut kemudiannya diterbalikkan oleh Mahkamah Persekutuan yang mengeluarkan keputusan yang memihak kepada peruntukan undang-undang syariah tersebut.Downloads
Published
2015-01-01
Issue
Section
Articles
License
It is the author’s sole responsibility to ensure that all work submitted does not infringe on any existing copyright. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of the manuscript. Views expressed by authors are entirely their own. The Editorial Board shall not be responsible for views expressed and the language used in every article.