Jenayah Sihir di Malaysia: Permasalahan dan Cadangan Pelaksanaan Undang-undang
Keywords:
Jenayah sihir, pelaksanaan undang-undangAbstract
Amalan ilmu sihir bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat di Malaysia. Malah amalan ilmu hitam ini telah lama berleluasa berikutan ketiadaan perundangan khusus yang boleh menghukum si pelakunya. Semenjak tahun 1975 lagi sudah kedengaran usaha yang dilakukan untuk menggubal undang-undang yang boleh menangani jenayah sihir.Sungguhpun begitu, undang-undang sihir ini masih belum menjadi realiti sepenuhnya. Justeru sudah tiba masanya undang-undang jenayah sihir dikanunkan agar pengamal sihir serta mereka yang mendapatkan khidmat sihir dapat didakwa dan dihukum dengan hukuman yang setimpal. Ini sekaligus akan dapat membela nasib golongan-golongan yang ditindas dengan perbuatan yang terkutuk ini. Namun sudah semestinya terdapat pelbagai halangan ke arah pelaksanaanundang-undang jenayah sihir di Malaysia. Penulisan ini mengupas pelbagai isu berkaitan sihir dari perspektif undang-undang. Di samping itu, ianya turut menyarankan beberapa cadangan dan idea agar undang-undang jenayah sihir dapat direalisasikan di Malaysia.Downloads
Published
2015-01-01
Issue
Section
Articles
License
It is the author’s sole responsibility to ensure that all work submitted does not infringe on any existing copyright. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of the manuscript. Views expressed by authors are entirely their own. The Editorial Board shall not be responsible for views expressed and the language used in every article.