Hak Kontraktual Pihak Ketiga: Kerangka Praktikal bagi Malaysia
Keywords:
Kontrak, hak kontraktual, pihak ketiga, MalaysiaAbstract
Perbincangan mengenai hak kontraktual biasanya berkisar kepada hak dan tanggungan pihak-pihak yang berkontrak. Doktrin priviti memberi keisimewaan kepada pihak-pihak yang berkontrak. Sungguhpun begitu, perkembangan semasa yang membawa perubahan kepada tata cara sesuatu kontrak itu dimeterai turut membawa perubahan kepada hak kontraktual pihak ketiga. Pada awalnya, hak kontraktual pihak ketiga dianggap lazim bagi negara-negara yang mengamalkan undang-undang sivil namun asing bagi negara-negara yang mengamalkan common law. Kini, semakin banyak negara common law yang menyedari ketidakadilan kepada pihak ketiga yang diberi faedah menerusi kontrak oleh pihak-pihak yang berkontrak lalu mereka mengubah kerangka perundangan mereka bagi memberi keadilan kontraktual kepada pihak ketiga. Bertitik tolak dari itu, artikel ini cuba mengenengahkan satu kerangka praktikal bagi Malaysia. Untuk tujuan ini, landasan teoretis dan substantif bagi memberi hak kontraktual kepada pihak ketiga dibincangkan dengan menggunakan analisis legalistik tulen.Downloads
Published
2014-01-01
Issue
Section
Articles
License
It is the author’s sole responsibility to ensure that all work submitted does not infringe on any existing copyright. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of the manuscript. Views expressed by authors are entirely their own. The Editorial Board shall not be responsible for views expressed and the language used in every article.