Penguatkuasaan Nilai Moral Melalui Undang-Undang di Malaysia: Analisis Ke Atas Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Abstract
Insiden pegawai JAWI menyerbu sebuah premis hiburan di Jalan Ampang di ibukaota dan menangkap individu yang beragama Islam atas kesalahan menyalahi moral pada 20 Januari 2005 yang lalu telah mengundang pelbagai kritikan terhadap penguatkuasaannya. Sungguhpun begitu, penulisan ini menghujahkan justifikasi untuk menguatkuasakan nilai-nilai moral melalui Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 serta Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Seterusnya penulisan ini berusaha menjawab segala kritikan terhadap penguatkuasaan nilai moral dalam insiden serbuan oleh pihak JAWI pada malam 20 Januari 2005 yang lalu. Dalam pada itu beberapa kelemahan peruntukan dan pengaplikasian undang-undang syariah yang sedia ada turut dikenalpasti. Akhir sekali, beberapa saranan posotif turut diutarakan agar penguatkuasaan nilai moral melalu undang-undang syariah yang ada dapat diperkemaskan lagi demi memelihara kesucian agama Islam sebagai agama resmi negara.Published
2018-07-09
Issue
Section
Articles
License
It is the author’s sole responsibility to ensure that all work submitted does not infringe on any existing copyright. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of the manuscript. Views expressed by authors are entirely their own. The Editorial Board shall not be responsible for views expressed and the language used in every article.