Bidang Kuasa Mahkamah Perusahaan: Satu Kritikan

Authors

  • Kamal Halili Hassan Faculty of Law Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

industrial relation

Abstract

Artikel ini akcin membincangkan mengenai bidang kuasa Mahkamah Perusahaan seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Bidang kuasa Mahkamah Perusahaan ada lah terhad kerana ia hanya diperoleh daripada Akta tersebut. Pada asasnya, bidang kuasa tersebut adalah berkaitan adjudikasi, interpretasi, pindaan dan penguatkuasaan Award Mahkamah atau Perjanjian Kolektif yang diratifikasikan. Salah satu ciri asas dan istimewa Mahkamah Perusahaan ialah, dalam menjalankan fungsi kehakimannya, ia mestilah bertindak selaras dengan prinsip ekuiti, kesedaran bistari, merit utama kes dan tidak terikat dengan teknikaliti. Justeru, operasi Mahkamah tersebut sejauh ini adalah informal dan kurang teknikal. Artikel ini juga membincangkan mengenai bidang kuasa semulajadi MahkamahPerusahaan, sama ada ia wujud atau pun tidak. Ia juga membincangkan mengenai isu menghina mahkamah. Telah dicadangkan supaya peraturan menghina mahkamah wajarnya diperkuatkan bagi meningkatkan kredibiti mahkamah tersebut.

Downloads

Published

2004-01-01

Issue

Section

Articles