Intervensi Perundangan dalam Pengecualian Liabiliti bagi Kontrak Pengguna di Malaysia
Keywords:
Fasal pengecualian, kontrak pengguna, intervensi, perundangan, Bahagian IIIA Akta Pelindungan Pengguna 1999, perlindungan penggunaAbstract
Acuan perundangan lama bertunjangkan tradisi common law tidak berupaya melindungi hak pengguna disebabkan keperluan masyarakat moden yang kompleks dengan pelbagai isu transaksi yang sukar dan rumit untuk ditafsirkan. Perbezaan intervensi kehakiman yang ditonjolkan melalui keputusan beberapa kes tempatan secara ketidakkonsistenan yang dipamerkan melalui keputusan kes perlu dikaji semula demi mencapai keseimbangan dan keadilan berkontrak. Layanan perundangan melalui Akta Kontrak 1950, Akta Jualan Barangan 1957 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 dikhuatiri tidak berupaya menentang arus terma tidak adil khususnya fasal pengecualian di persada perdagangan. Kepincangan akta-akta sedia ada ini yang berkiblatkan doktrin kebebasan berkontrak dan individualisme pasaran mengukuhkan kenyataan bahawa perundangan di Malaysia turut menyumbang kepada amalan fasal pengecualian yang menindas pengguna disebabkan ketidakseimbangan kuasa perundingan antara peniaga dan pengguna. Lantaran itu, pentafsiran fasal pengecualian memerlukan satu formula yang khusus dalam menangani ledakan fasal pengecualian yang semakin berleluasa. Mengguna pakai metode analisis kandungan yang berteraskan sepenuhnya pada literatur primer berbentuk statut serta literatur sekunder, artikel ini membincangkan peruntukan dari sudut legislatif tempatan yang sedia ada bertujuan melihat kepada keterbatasan pemakaian undang-undang kontrak tempatan dalam kontrak pengguna khususnya dalam fasal pengecualian di Malaysia dan sejauh mana regim perlindungan pengguna berupaya menangani penggunaan fasal pengecualian dalam kontrak pengguna di Malaysia. Penggubalan perundangan khusus yang mengawal fasal pengecualian merupakan jalan penyelesaian terbaik kepada masalah ini di Malaysia.Downloads
Published
2018-11-29
Issue
Section
Articles
License
It is the author’s sole responsibility to ensure that all work submitted does not infringe on any existing copyright. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of the manuscript. Views expressed by authors are entirely their own. The Editorial Board shall not be responsible for views expressed and the language used in every article.