Konsep Kedaulatan dalam Hukum Kanun Melaka
Keywords:
Kedaulatan, kerangka konsep kedaulatan, Hukum Kanun Melaka, perlembagaan bertulis Tanah Melayu, Kesultanan Melayu MelakaAbstract
Kedaulatan merupakan aspek utama yang mencorakkan prinsip perlembagaan sesebuah kerajaan. Menurut Wan Ahmad Fauzi, kerangka konsep kedaulatan itu terdiri daripada sumber kedaulatan dan ciri-ciri kedaulatan. Menurut sejarah, Hukum Kanun Melaka adalah perlembagaan Tanah Melayu kerana ia dikuatkuasakan oleh Kesultanan Melayu Melaka seawal tahun 1424. Artikel ini bertujuan untuk menyoroti konsep kedaulatan dalam Hukum Kanun Melaka menerusi tiga aspek iaitu konsep kedaulatannya, prinsip perlembagaannya dan legitimasinya. Perbincangan di atas amat mustahak kerana ia mempunyai pertalian erat dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu di bawah Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan. Artikel ini menggunakan metode sejarah undang-undang. Dapatan menunjukkan bahawa kedaulatan dalam kerangka undang-undang Hukum Kanun Melaka adalah bersumberkan ajaran Islam berserta pengaruh adat Melayu. Ia bukan sahaja terakam dalam pelbagai peruntukan di dalamnya, bahkan diperkukuhkan melalui amalan dalam prinsip undang-undang dan sistem politiknya. Tafsiran konsep kedaulatan amat penting kerana ia menentukan dasar-dasar yang sah bagi sebuah kerajaan merdeka. Akhirnya, ia bergantung kepada bagaimana kedaulatan undang-undang itu ditakrifkan.Downloads
Published
2018-11-29
Issue
Section
Articles
License
It is the author’s sole responsibility to ensure that all work submitted does not infringe on any existing copyright. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of the manuscript. Views expressed by authors are entirely their own. The Editorial Board shall not be responsible for views expressed and the language used in every article.