Kewajipan Undang-undang dalam Penyediaan, Penyimpanan dan Penyenggaraan Buku Rekod Guru ((Legal Obligations in the Preparation, Storage and Maintenance of Teachers’ Record Books)

Ramalinggam Rajamanickam, Yoganathan Maniam, Prakash Adhi Nariayan, Nur Insyirah Mohamad Noh

Abstract


The teacher’s record book is a very important document. This record book contains daily lesson plans and annual lesson plans prepared by a teacher according to the approved syllabus. Therefore, a teacher is responsible for preparing, keeping and maintaining his record book in accordance with the requirements and regulations of the law. Accordingly, this paper will analyze the legal position related to the preparation, storage and maintenance of teacher record books in Malaysia. This writing begins by explaining the meaning of a teacher’s record book and its importance in the teaching profession. Further, this paper will evaluate the relevant legal provisions on the obligations of a teacher in the aspects of preparation, storage and maintenance of teacher record books. Finally, this paper will analyze the liability that will be imposed on a teacher for not preparing, keeping and maintaining a teacher’s record book. To achieve the objectives outlined, this writing uses a qualitative approach with descriptive as well as analytical and critical methods. Content analysis methods are also used in examining relevant laws. This paper finds that teachers have a duty to prepare, keep and maintain teacher record books in accordance with Regulation 8 of the Education (National Curriculum) Regulations 1997. Teachers who violate this Regulation 8 are considered to have committed an offense and may be fined under Regulation 11 (2) Education (National Curriculum) Regulations 1997. The existence of penalties for breaches of this obligation shows the importance of teacher record books. Consequently, this writing suggests that teachers be given knowledge of the duties and liabilities related to teacher record books so that they are not subject to any legal action.

 

Abstrak

Buku rekod guru merupakan dokumen yang amat penting. Buku rekod ini mengandungi rancangan pelajaran harian dan rancangan pelajaran tahunan yang disediakan oleh seseorang guru mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan. Oleh itu, seseorang guru bertanggungjawab untuk menyediakan, menyimpan dan menyenggara buku rekodnya mengikut keperluan dan ketetapan undang-undang. Sehubungan dengan itu, penulisan ini akan menganalisis kedudukan undang-undang yang berkaitan dengan penyediaan, penyimpanan dan penyenggaraan buku rekod guru di Malaysia. Penulisan ini dimulakan dengan menjelaskan maksud buku rekod guru dan kepentingannya dalam profesion keguruan. Selanjutnya, penulisan ini akan menilai peruntukan undang-undang yang relevan tentang kewajipan seseorang guru dalam aspek penyediaan, penyimpanan dan penyenggaraan buku rekod guru. Akhir sekali, penulisan ini akan menganalisis liabiliti yang akan dikenakan kepada seseorang guru kerana tidak menyediakan, menyimpan dan menyenggara buku rekod guru. Bagi mencapai objektif yang digariskan, penulisan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah penerangan serta analitis dan kritis. Kaedah analisis kandungan juga digunakan dalam meneliti undang-undang yang relevan. Penulisan ini mendapati bahawa guru mempunyai kewajipan untuk menyediakan, menyimpan dan menyenggara buku rekod guru mengikut Peraturan 8 Peraturan‐Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Guru yang melanggar Peraturan 8 ini dianggap telah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda mengikut Peraturan 11 (2) Peraturan‐Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. Kewujudan hukuman kepada pelanggaran kewajipan ini menunjukkan peri pentingnya buku rekod guru. Rentetan itu, penulisan ini mencadangkan agar guru-guru diberi pengetahuan tentang kewajipan dan liabiliti yang berkaitan dengan buku rekod guru agar mereka tidak dikenakan apa- apa tindakan undang-undang.

Kata kunci: buku rekod guru, kewajipan undang-undang, liabiliti, Malaysia


Keywords


Teacher record book, legal obligation, liabilities, Malaysia

Full Text:

PDF

References


Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629).

Anon. 2017. Koleksi fail rekod persediaan mengajar terbaik. Pendidik2u. 11 Disember. https://www. pendidik2u.my/fail-rekod-persediaan-mengajar/ [3 April 2022].

Asyiah Abdul Rani. 2013. Apa itu rancangan pengajaran harian (RPH)?? 2 Mei. http://asyiahabdulrani.blogspot. com/2013/05/apa-itu-rancangan-pengajaran-harian-rph.html [3 April 2022].

Afifah Azizan. 2019. Tajuk 4: Persediaan untuk mengajar. 11 September. https://noorafifahazizan.blogspot. com/2019/09/tajuk-4-persediaan-untuk-mengajar.html

Arkib Negara Malaysia Negeri Johor. n.d. Pengenalan kepada pengurusan rekod. https://registrar.utm.my/ bpo/files/2017/08/Pengenalan-Kepada-Pengurusan- Rekod.pdf [5 April 2022].

Cruickshank, D.R. 1995. The Art of Teaching. New York: Mcgrow-Hill.

Esah Sulaiman. 2004. Pengenalan Pedagogi. Skudai: Penerbit UTM.

Fariza Nurbahaya. 2010. Alahai, buku persediaan mengajar!! 5 Januari. http://cikguza.blogspot. com/2010/01/alahai-buku- persediaan-mengajar.html (7 April 2022].

Fatimah Affendi, Md Mohtar Manan & Erni Hezliza Inche Amat. 2012. Definisi Perancangan Pengajaran dan Kepentingan Perancangan Pengajaran. Pedagogi Pendidikan. http://pedagogi-pendidikan.blogspot. com/2013/06/definisi-perancangan-pengajaran-dan. html [5 April 2022].

Laporan Isu Buku Rekod Mengajar: Penyemakan Buku Rekod Mengajar. Jemaah Nazir Sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia. http://skus.50webs.com/ Download/rekodmengajar.pdf [5 April 2022].

Mohamad Johdi Salleh. 2007. Guru efektif dan peranan guru dalam mencapai objektif persekolahan sekolah rendah: Perspektif guru besar. Kertas kerja dibentangkan di Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

Nor Faradila Binti Othman. 2010. Pembangunan sistem rancangan mengajar harian berasaskan web (E-lesson plan). Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia). http://www. fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/ NORFARADILAAP060152D2010TTP.pdf [3 April 2022].

Norshida Ramly. 2012. Pengenalan RPH. 30 September. http://cikgunorshida.blogspot.com/2012/09/ rancangan- pengajaran-harian-rph.html

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.

Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256: Buku Rekod Mengajar Guru.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.