Analisis Gender: Menyingkap Kecenderungan Ahli Parlimen Dalam Menyuarakan Isu Rakyat

Rozana Abdullah

Abstract


Gender can be classified as a social construct that differentiates the roles, character, and behavior between men and women. Equality of rights between the two sexes is clearly provided in Article 8 of the Federal Constitution. Parliament of Malaysia is composed of two Houses: the Senate and the House of Representatives. Members of Parliament in both Houses share the crucial responsibility of representing the rights and welfare of their constituents. Parliament serves as the platform for Members of Parliament to address important issues concerning the people and the country’s way foward. The Fourteenth Parliament is represented by 189 (b5.1 percent) of male and 33 (14.9) female Members of Parliament. These statistics clearly show that women’s representation in Parliament remains significantly low, falling short of the recommended 30 per cent quota of women as decision makers. This study examines the tendency of Members of Parliament in voicing the people's issues in both Houses sitting, with a focus on questions directed to the Ministry of Women, Family, and Community Development.  Data related to the tendency of Members of Parliament was obtained through analysis of oral and written questions submitted by Members of Parliament to both Houses during the First and Second Meetings of the Fourth Term, of the Fourteenth Parliament in year 2021 only. The findings suggest that increased female representation in Parliament is essential for voicing diverse societal concerns and fostering gender-responsives policies.  The study concludes that enhancing women’s roles in Parliament is crucial for inclusive governance and effective development planning.

ABSTRAK

Gender dapat diklasifikasikan sebagai satu konstruksi sosial yang membezakan peranan, perwatakan serta perlakuan antara lelaki dengan wanita. Kesaksamaan hak mengikut konteks perundangan antara lelaki dan wanita diperuntukkan dengan jelas dalam Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan. Setiap Ahli Parlimen menggalas tanggungjawab yang sama untuk menyuarakan hak dan kebajikan rakyat di kedua-dua Majlis Mesyuarat Parlimen. Institusi Parlimen adalah landasan terbaik bagi Ahli Parlimen untuk membincangkan permasalahan rakyat serta hala tuju negara pada masa kini dan hadapan. Selain diwakili oleh 189 (85.1 peratus) Ahli Parlimen lelaki, Parlimen Keempat Belas turut ditunjangi oleh seramai 33 (14.9 peratus) Ahli Parlimen wanita. Statistik ini jelas menunjukkan representasi wanita dalam parlimen pada masa ini, masih jauh untuk mencapai tahap 30 peratus. Oleh itu, kajian ini menganalisis soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk mengenal pasti kecenderungan Ahli Parlimen dalam mengutarakan isu rakyat.  Data berkaitan kecenderungan Ahli Parlimen mengikut gender diperolehi melalui analisis yang dilakukan ke atas soalan lisan dan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen kepada Dewan Negara dan Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Pertama dan Kedua Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas pada tahun 2021 sahaja. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjentik minda pembuat keputusan untuk menggubal dasar yang lebih bersifat gender responsif, dan wanita diberi ruang untuk menyumbang secara holistik dalam pembangunan negara. Dapat disimpulkan bahawa kerusi Parlimen perlu diisi oleh lebih ramai wanita supaya isu rakyat dibangkitkan secara inklusif di dalam Majlis Mesyuarat Parlimen dan menjadi sebahagian daripada dasar dan pelan pembangunan negara.

Kata Kunci: Ahli Parlimen; Gender; Isu Rakyat; Kesaksamaan; Majlis Mesyuarat Parlimen; Representasi Wanita


Keywords


Member of parliament; Gender; People's Issues; Equality; Parliament Meeting Council; Representation of Women

Full Text:

PDF

References


Adibah Yasmin Alias & Mahfudzah Mustafa. (2018). Representasi politik wanita di Parlimen: Singapura dan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bernama. 2023. Representasi wanita di Parlimen terus jadi agenda pemberdayaan Wanita PKR – Fadhlina. https://www.astroawani.com/berita-politik/representasi-wanita-di-parlimen-terus-jadi-agenda-pemberdayaan-wanita-pkr-fadhlina-447504

Jabatan Perangkaan Malaysia. https://open.dosm.gov.my/ms-MY/dashboard/life-expectancy

Kementerian Ekonomi, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021 – 2025 Malaysia Madani: Mampan, sejahtera, berpendapatan tinggi. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Siaran Media: Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 Diluluskan Di Dewan Negara. https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/uploads/files/KenyataanMedia/2022/SM%2019_22-SIARAN%20MEDIA%20RANG%20UNDANG-UNDANG%20ANTIGANGGUAN%20SEKSUAL

Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara, Penduduk Malaysia Cecah 34 Juta. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/05/20/statistik-penduduk-malaysia-kini-mencecah-34-juta-orang/#

Mohd Alif Jasni, Wan Munira Wan Jaafar, & Zumilah Zainalaluddin. (2024). Memahami Konsep-konsep Pembangunan Gender: Sebuah Kertas Konsep. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN: 2504-8562). Vol.9(1): e002681.

Muhammad Rahimi Hasan, & Rashila Ramli. (2022). Malaysia dan Arud Feminisme Global: Pembangunan Wanita dan Hubungan Antarabangsa Malaysia. Journal of Strategic Studies & International Affairs 2, No. 2: 128-150.

Nizam Mydin Bacha Mydin & Johan Shamsuddin Hj Sabaruddi.n (2018). Pertanyaan Parlimen: Suatu kajian perbandingan: Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan oleh Menteri-Menteri dan pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat. Sains Insani 2018, 3(1), 10-7.

Norailis Ab. Wahab, Nohammad Ismail, Haslee Shahril Abdullah, & Norasikin Salikin (2022). Kesihatan Mental Wanita Yang Menghadapi Diskriminasi Di Tempat Kerja. http://www.ism.gov.my/images/muatturun/kajian/K1-Kajian_Kesihatan_Mental_Wanita_Norailis_AW_et_al_21102022.pdf

Portal Rasmi Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia. Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih. https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-subthemes/population-and-demography.

Portal Rasmi Parlimen Malaysia, Aturan Urusan Mesyuarat, Mesyuarat Pertama dan Kedua Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas https://www.parlimen.gov.my/aum-dewan-rakyat.html?uweb=dr&arkib=yes

Perlembagaan Persekutuan.

Rosnah Ismail, & Habibie Ibrahim. (2002). Wanita dan Penjagaan Warga Tua: Satu Kajian Awalan Di Daerah Tuaran Sabah. https://core.ac.uk/download/pdf/12116265.pdf

Rosyidah Muhamad, Ummu Atiyah Ahmad Zakuan, & Nazli Aziz. (2024). Peranan Perwakilan Substantif Ahli Parlimen Wanita dalam Parlimen Malaysia Ke-13. Kajian Malaysia. Vol. 42(1): 241-266.

Rozana Abdullah. (2021). Gangguan seksual: Peranan Parlimen dalam penggubalan undang-undang yang relevan. Journal of the Malaysian Parliament, (1), 193-227.

Shakila Yacob. Kemahiran pemikiran sejarah: Meneroka makna demokrasi di Malaysia https://eprints.um.edu.my/17854/1/PROF_SHAKILA.pdf

Shamrahayu Ab Aziz. (2015, Jun 23). Peranan Wakil Rakyat. https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2015/06/23/peranan-wakil-rakyat/

Shamrahayu Ab Aziz. (2015, Oktober 5) Peranan ahli parlimen dan sifat ketertinggian Perlembagaan https://www.ikim.gov.my/index.php/2015/10/05/peranan-ahli-parlimen-dan-sifat-ketertinggian-perlembagaan/

Syaza Farhana Mohamad Shukri, Ishtiaq Hossain, Nurazzura Mohamad Diah, Norhaslinda Jamaiudin, & Rabi'ah Aminudin. (2019). Diskriminasi gender dalam amalan pekerjaan di kalangan penjawat awam di negeri Selangor. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. http://irep.iium.edu.my/92101/1/IWB-Kertas-Kajian-No2-Sept2019.pdf

Ummu Atiyah Ahmad Zakuan. (2019). Women in the House: Leadership in the Malaysian Parliament. International Islamic University Malaysia.

Women’s Aid Organisation. 2020. Lebih Dari 50% Wanita di Malaysia Mengalami Diskriminasi Gender di Tempat Kerja. https://wao.org.my/lebih-dari-50-wanita-di-malaysia-mengalami-diskriminasi-gender-di-tempat-kerja/

Yerushalmy, J. (2023, April 5). After Ardern, Marin and Sturgeon, is female representation in politics going backwards? https://www.theguardian.com/world/2023/apr/06/after-ardern-marin-and-sturgeon-is-female-representation-in-politics-going-backwards


Refbacks

  • There are currently no refbacks.