KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL SEBAGAI WADAH KOMUNIKASI MASSA: SUATU ANALISIS
Abstract
Makalah ini membincangkan kedudukan dan peranan kesusasteraan Melayu tradisional dalam konteks komunikasi massa. Selain itu, makalah ini juga bertujuan melihat bagaimana karya kesusasteraan Melayu tradisional menjadi medium penyampaian ilmu, pengajaran dan hiburan yang efektif kepada khalayaknya. Kajian ini menggunakan pendekatan konseptual iaitu cuba menganalisis bagaimana karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional berperanan sebagai alat komunikasi yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau mesej kepada khalayaknya. Model Source-Message-Channel-Receiver (SMCR) yang diperkenalkan oleh Wilbur Schramm (1982) dijadikan sandaran untuk melihat fungsi kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wahana komunikasi massa.Downloads
Issue
Section
Articles
License
If the article is accepted for publication, copyright of this article will be vested to UKM Press, National University of Malaysia (UKM).All articles published in this journal are licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.