PENDEDAHAN MEDIA TERHADAP IKLAN KANSER SERVIKS
Abstract
Ujian calitan (Papanicolaou test) merupakan kaedah berkesan mengurangkan kematian disebabkan kanser serviks. Walau bagaimanapun, kekurangan pendedahan maklumat yang tepat tentang kanser serviks akan menyebabkan wanita tidak terdorong untuk menjalankan ujian calitan secara konsisten. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji tahap pendedahan terhadap iklan kanser serviks. Sejumlah 476 set borang soal selidik diedarkan di empat buah klinik kesihatan yang terpilih, iaitu Klinik Kesihatan Botanik, Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam, Klinik Kesihatan Jenjarom dan Klinik Kesihatan Dengkil. Data yang telah dikumpulkan dianalisis dengan perisian komputer SPSS versi 22.0. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pendedahan terhadap iklan kanser serviks dalam kalangan wanita yang pernah menjalankan ujian calitan adalah tinggi. Majoriti responden dalam kajian ini sekurang-kurangnya pernah terdedah kepada iklan kanser serviks sama ada dari media cetak, media elektronik atau media baru. Dengan adanya kesedaran terhadap kanser serviks, maka ini dapat merangsang perubahan minda dan sikap terhadap ujian calitan yang kemudiannya dapat mendorong kepada amalan menjalankan ujian calitan secara konsisten.Downloads
Issue
Section
Articles
License
If the article is accepted for publication, copyright of this article will be vested to UKM Press, National University of Malaysia (UKM).All articles published in this journal are licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.