PEMBINAAN METRIKS EKUITI JENAMA UNIVERSITI
Abstract
Pembinaan metriks ekuiti jenama bagi universiti adalah penting kerana sehingga kini masih tiada metriks khusus bagi mengukur ekuiti jenama yang dimiliki oleh sesebuah universiti. Metriks ekuiti jenama untuk mengukur ekuiti jenama produk serta perkhidmatan didapati tidak menepati keperluan pengukuran ekuiti jenama universiti. Maka, kajian ini dibuat untuk mengenalpasti dimensidimensi metriks yang penting dalam mengukur ekuiti jenama universiti. Dalam membina metriks ekuiti jenama universiti ini, metriks pengukuran produk dan perkhidmatan berdasarkan kajian lepas telah diubahsuai untuk memenuhi keperluan pengukuran ekuiti jenama universiti. Analisis faktor terhadap 27 dimensi dari kajian lepas telah menghasilkan 12 dimensi dalam pengukuran ekuiti jenama universiti yang penting dan harus dititikberatkan oleh sesebuah universiti dalam membangunkan ekuiti jenama mereka. Antaranya adalah kualiti, kepercayaan, penerimaan dan warisan. Kajian ini juga telah menemui dimensi kepimpinan sebagai satu dimensi penting dalam mengukur ekuiti jenama universiti.Downloads
Issue
Section
Articles
License
If the article is accepted for publication, copyright of this article will be vested to UKM Press, National University of Malaysia (UKM).All articles published in this journal are licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.