FAKTOR RINTANGAN KE ATAS KEMPEN TAK NAK MEROKOK
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara ciri inovasi dengan rintangan yang wujud dalam kempen “Tak Nak Merokok”. Dengan menggunakan persampelan kelompok, seramai 396 responden dipilih yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di lapan buah sekolah menengah di negeri utara Malaysia. Data dan maklumat dikumpul melalui kaedah tinjauan yang dianalisis dengan menggunakan analisis statistik korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara ciri inovasi iaitu kelebihan relatif, keserasian, kerumitan dan kebolehcubaan dengan kewujudan rintangan dalam “Kempen Tak Nak Merokok”. Kajian ini telah menunjukkan bahawa faktor seperti ciri inovasi telah menyebabkan sesuatu inovasi baru itu gagal disebarkan. Malah, kajian ini juga dapat membantu pembuat keputusan untuk mengenal pasti punca penolakan inovasi baru dalam kempen kesihatan yang diperkenalkan kepada masyarakat dalam usaha untuk meningkatkan tahap penerimaan terhadap kempen kesihatan yang diperkenalkanDownloads
Issue
Section
Articles
License
If the article is accepted for publication, copyright of this article will be vested to UKM Press, National University of Malaysia (UKM).All articles published in this journal are licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.