MODEL PENILAIAN KIRKPATRICK: MENGKAJI PENGARUH KOMUNIKASI TERHADAP KEBERKESANAN LATIHAN
Abstract
Kajian ini bertujuan mengukur pengaruh komunikasi terhadap keberkesanan latihan bersandarkan Model Penilaian Kirkpatrick yang merangkumi empat tahap penilaian iaitu Tahap I - reaksi; Tahap II - pembelajaran; Tahap III - kelakuan / aplikasi; dan Tahap IV - hasil. Reaksi pelatih kepada dimensi komunikasi diukur pada Tahap I kerana ia dianggap sebagai pemangkin kepada proses yang akan diukur pada tahap selanjutnya. Sebagai penambahbaikan kepada Model Penilaian Kirkpatrick, kajian ini juga telah memasukkan faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan faktor keyakinan untuk mengaplikasi ke dalam model ini. Untuk mengatasi kelompangan kajian lepas yang mendapati kesukaran dalam menilai hasil latihan dari perspektif pihak organisasidi Tahap VI, kajian ini memperkenalkan kaedah gabungan penilaian pelatih dan penyelia bagi menghasilkan sebuah penilaian latihan yang lebih menyeluruh. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah pengedaran borang soal selidik kepada 200 responden yang terdiri daripada kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM). Kajian ini berjaya membuktikan komunikasi mempunyai hubungan yang kukuh dengan pembelajaran pelatih. Kajian ini juga telah menemukan bahawa keyakinan untuk mengaplikasikan ilmu dapat membantu dalam meramal perubahan kelakuan pelatih (pengaplikasian ilmu di persekitaran kerja) dengan lebih tepat.Downloads
Issue
Section
Articles
License
If the article is accepted for publication, copyright of this article will be vested to UKM Press, National University of Malaysia (UKM).All articles published in this journal are licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.