MENCABAR IDEOLOGI MASKULIN: WANITA DAN SAKA DALAM FILEM SERAM DI MALAYSIA
Abstract
Masyarakat Melayu melihat saka sebagai jin yang dipelihara dari zaman nenek moyang untuk melindungi keluarga atau membantu mereka membuat kerja-kerja berat. Saka kemudian diturunkan kepada waris yang lebih muda yang ada pertalian darah dengan pemilik asal saka terbabit seperti anak dan cucu. Pelbagai kajian telah dibuat berkenaan dengan watak wanita dalam filem seram di Malaysia, namun masih kurang yang menekankan kepada hubungan watak wanita dan saka. Justeru, artikel ini akan meneliti watak wanita dan saka dalam dua filem seram di Malaysia iaitu filem Suhaimi Baba Waris Jari Hantu (2007) dan filem Ahmad Idham Senjakala (2011). Dengan menggunakan teori feminis psikoanalisis terutamanya konsep Abjection yang diketengahkan oleh Julia Kristeva (1982), kaedah analisis tekstual akan diguna pakai untuk mencari makna dan ideologi yang lahir dari pembinaan hubungan antara wanita dan saka.Downloads
Issue
Section
Articles
License
If the article is accepted for publication, copyright of this article will be vested to UKM Press, National University of Malaysia (UKM).All articles published in this journal are licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.