ADAPTASI ANTARABUDAYA PELAJAR NIGERIA DI MALAYSIA
Abstract
Kebanjiran pelajar antarabangsa di Malaysia semakin meningkat dari tahun demi tahun selaras dengan pelan pendidikan nasional yang ingin menyerlahkan nama Malaysia sebagai hub pendidikan dunia. Terdapat beberapa cabaran dalam menjalani proses pengadaptasian yang perlu dihadapi oleh pelajar antarabangsa. Dengan menggunakan model Lekuk U, kajian ini melihat bagaimana proses pengadaptasian pelajar Nigeria di Malaysia yang berhadapan dengan cabaran berikutan berlakunya stereotaip dalam kalangan media dan masyarakat Malaysia. Enam orang pelajar Nigeria yang belajar di Universiti Awam telah ditemubual untuk kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Nigeria tidak mengalami tempoh bulan madu namun lebih kepada fasa persediaan. Pelajar Nigeria dilihat sangat peka dalam mempersiapkan diri sebelum datang ke Malaysia kerana ingin mengurangkan masalah dalam proses pengadaptasian. Pelajar Nigeria juga didapati sangat fokus terhadap tujuan mereka ke Malaysia iaitu untuk pendidikan dan tidak begitu terkesan dengan stereotaip masyarakat.Downloads
Issue
Section
Articles
License
If the article is accepted for publication, copyright of this article will be vested to UKM Press, National University of Malaysia (UKM).All articles published in this journal are licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.