MEMAHAMI MOTIVASI PENGGUNA UNTUK TERUS MENGGUNAKAN HALAMAN JARINGAN SOSIAL
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk memahami dengan mendalam tentang pengalaman pengguna yang menggunakan jaringan jalinan sosial (SNS) untuk berkomunikasi. Temuramah secara mendalam telah dijalankan bersama 24 orang pengguna SNS yang merangkumi perbezaan maksima dari segi umur, jantina dan purata tempoh penggunaan SNS. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pengguna SNS lebih cenderung untuk meneruskan penggunaan SNS walau pun mereka berupaya untuk mencapai komunikasi tradisional secara bersemuka (FtF) sebagai perantara untuk berinteraksi. Ada beberapa faktor seperti kesekataan, kurang persempadanan dan penjimatan masa yang memberi motivasi kepada pengguna SNS untuk terus menggunakan SNS sebagai perantara komunikasi. Dalam kajian ini, kehadiran sosial dapat digambarkan melalui berbagai aktiviti yang dijalankan oleh pengguna. Begitu juga dengan tanggapan keseronokan yang digambarkan melalui ciri-ciri seperti memberi dan bertukar maklumbalas ke atas catatan rakan dan menghantar mesej kepada rakan dan kenalan.Downloads
Issue
Section
Articles
License
If the article is accepted for publication, copyright of this article will be vested to UKM Press, National University of Malaysia (UKM).All articles published in this journal are licensed under the Creative Commons Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) license, unless otherwise stated.