Semangat Patriotisme Melalui Penggunaan Media Baharu dalam Kalangan Belia di Malaysia

Nur Aishah Zainal, Mohd Azul Mohamad Salleh, Wan Amizah Wan Mahmud

Abstract


Media baharu memainkan peranan dengan memberi penekanan terhadap saluran komunikasi dalam menyampaikan maklumat kenegaraan untuk meningkatkan semangat patriotisme. Kesan pengaruhnya memberikan satu evolusi kepada penyuburan semangat patriotisme dalam kalangan belia di Malaysia. Kajian lepas menunjukkan semangat patriotisme belia adalah sangat rendah dan longgar. Atas faktor sedemikian, kajian menyeluruh berkaitan kepentingan media baharu dalam menyuburkan semangat patriotisme dilaksanakan untuk mengenalpasti faktor sebenar yang mempengaruhi belia untuk lebih bersifat patriotik. Empat aspek kepentingan media baharu yang mempengaruhi penyuburan semangat patriotisme dikaji untuk melihat hubungan dan pengaruhnya kepada golongan belia. Aspek yang dikaji adalah tingkah laku, proses pembelajaran, persekitaran semasa dan pembinaan nilai patriotisme. Kajian ini adalah penyelidikan kuantitatif yang menggunakan survei untuk teknik pengumpulan data dan responden adalah dalam kalangan belia di Malaysia di mana dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata. Hasil kajian ujian korelasi dan regresi pelbagai yang dijalankan mendapati bahawa media baharu mempunyai kepentingan kepada belia untuk menyuburkan semangat patriotisme. Berdasarkan ujian korelasi, terdapat hubungan positif di antara empat faktor yang dikaji dengan penyuburan semangat patriotisme. Faktor tingkah laku responden mempunyai hubungan yang sangat positif dan signifikan dengan nilai (p<.01, r=0.82). Analisis regresi pelbagai dalam kajian ini menunjukkan empat faktor yang dikaji mempengaruhi penyuburan semangat patriotisme (p<.01, R2 = 0.734). Empat faktor dikaji menunjukkan pengaruh terhadap penyuburan semangat patriotisme sebanyak 73.4 peratus. Ini sekaligus memberi implikasi dari aspek kepentingan media baharu menerusi penyampaian maklumat kenegaraan untuk meningkatkan semangat patriotisme belia.

 

Kata kunci: Media baharu, penyuburan, patriotisme, kepentingan, belia.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2021-3704-11


Full Text:

PDF

References


Abdul Aziz Abdul Rahman, Abdul Razaq Ahmad & Mohd Mahzan Awang. (2019). Patriotism among multi-ethnic youths in Malaysia. Proceeding: The 2nd International Conference on Sustainable Development and Multi-Ethnic Society (vol. 2, pp. 1-5). Red White Press.

Abdullah Sulong, & Mawaddah Abdullah. (2010). Pengaruh media elektronik terhadap keruntuhan akhlak pelajar [Unpublished article]. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository.

Abd Rahim Abd Rashid. (1999). Pendidikan sejarah: Falsafah, teori dan amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Altikulac, A. (2016). Patriotism and global citizenship as values: A research on social studies teacher candidates. Journal of Education and Practice, 7(36),26-33.

Awang Azman Awang Pawi. (2018). Patriotisme & orang muda. Metro online. https://www.hmetro.com.my/nuansa/

Azimah Ghazali. (2017). Cabaran kekal semangat patriotisme. Sinar Harian. http://www.sinarharian.com.my/kampus/

Aziz Ujang, Jamaluddin Md Jani, Kadir Ariffin, & Kadaruddin Aiyub. (2014). Kesedaran generasi muda terhadap patriotisme dan perpaduan nasional di Malaysia. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 2(2), 31-39.

Bandura, A. (1971). Social learning theory. New York: Library of Congress Catalog.

Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. Englewood Cliffs: Prentice-Hall.

Entman, R. M. (1989). How the media affect what people think: An information processing approach. Journal of Politics, 51(2), 349-370.

Ershov, Y. M. (2015). National identity in new media. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 200, 206–209.

Garifullina, A.M. (2017). Formation of patriotism of bachelors in a multicultural environment of Kazan Federal University. Revista San Gregorio, 20(Special Edition), 112-117.

Gross, L. & Gerbner, G. (1976). Living with television: The violence profile. Journal of Communication, 26(2), 173-99.

Hazlin Falina Rosli, Wan Amizah Wan Mahmud, & Maizatul Haizan Mahbob. (2016). Peranan media sebagai alat kesedaran sosial dalam kalangan orang kurang upaya di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2), 471-488.

Hendri, J. (2009). Teknik pengumpulan data primer: Survei dalam pemasaran. Jurnal Riset Pemasaran, 1-7.

Holilah, I. (2016). Dampak media terhadap perilaku masyarakat. Jurnal Studi Gender dan Anak, 3(1), 103-114.

Ismail Ibrahim. (2010). Gagasan 1Malaysia, peradaban dan identiti bangsa: Pendekatan Pendekatan Hadhari. Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Junaidi Awang Besar, & Mohd Fuad Mat Jali. (2015). Pengaruh media terhadap pilihan parti politik dalam kalangan mahasiswa universiti awam di Lembah Klang. Jurnal Personalia Pelajar, 18(1), 11-22.

Kartini Aboo Talib Khalid. (2016). Patriotisme dan identiti: Mitos warga tanpa bangsa. Malaysia: Universiti Sains Islam Malaysia.

Kartini Aboo Talib Khalid, Norshuhada Shiratuddin, Shahizan Hassan, Zainatul Shuhaida Abdul Rahman, & Nurul Labanihuda Abdul Rahman. (2018). Belia dan sosialisasi: Tingkah laku relatif dan perspektif terhadap media baru. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(3), 208-225.

Ku Hasnan Ku Halim. (2020, Ogos 30). Malaysia Prihatin - Kedaulatan negara tanggungjawab bersama. BH Online. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/

Lee Hui Er, Normah Mustaffa, & Ali Salman. (2014). Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja Lembah Klang untuk terus membaca dan membeli melalui pengiklanan Facebook. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 30(1), 229-250.

Lee Kuok Tiung, & Mohd Safar Hasim. (2016). Artikulasi isu-isu sejarah dalam media massa di Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 43(1),1-18.

Maizatul Haizan Mahbob, Wan Idros Wan Sulaiman, & Wan Amizah Wan Mahmud. (2010). Pengaruh komunikasi strategik ke atas keberkesanan penyampaian mesej. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(3),246-262.

MOE. (2020). Statistik pendidikan tertinggi 2019. https://www.mohe.gov.my/

Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, & Muammar Ghaddaffi Hanafiah. (2015). Impak media baharu terhadap sistem nilai masyarakat Melayu di Malaysia. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 31(2), 33-46.

Mohd Nor Mamat. (2017). Tuntutan patriotisme menurut Islam. Jabatan Penerangan Malaysia.

Mohd Rahimi Ramli, Mohd Syariefudin Abdullah, Abdul Hadi Samsi, & Muhammad Shamshinor Abdul Azzis. (2020). Jurnal Kinabalu, 26(2), 81-100.

Mohd Zahari Yusoff, Muhammad Shukri Salleh, & Meer Zhar Farouk Amir Razli. (2006). Persepsi patriotisme di kalangan mahasiswa tinjauan dari sudut pemikiran mahasiswa high achievers UiTM Cawangan Kelantan. Paper presented at National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia, 1-12.

Monika Sri Yuliarti, Septyanto Galan Prakoso, & Likha Sari Anggreni, (2017). The importance of social media literacy for students in globalization age. The International Conference on Design and Technology, KnE Social Sciences, 191–197.

Mumtaz Aini Alivi, Akmar Hayati Ahmad Ghazali, Ezhar Tamam, & Mohd Nizam Osman. (2018). A review of new media in Malaysia: Issues affecting society. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(2),12–29.

Munirah Aayuni Mohd Mokhtar, & Anitawati Mohd Lokman. (2016). Characteristics and level of nationalism among Malaysian youth. Journal of Media and Information Warfare, 8, 156-193.

Mus Chairil Samani, Jamilah Maliki, & Norazimah Abd Rashid. (2011). Literasi media: Melahirkan pengguna media berpengetahuan. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 13(2), 41-64.

Nazri Muslim, & Jamsari Alias. (2004). Patriotisme: Konsep dan pelaksanaannya di Malaysia (Unpublished conference paper). Paper presented at Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. Universiti Utara Malaysian Institutional Repository.

Noradilah Abdul Wahab, Mohd Shahril Othman, & Najmi Muhammad. (2017). The influence of the mass media in the behavior of students: A literature study. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(8), 166-173.

Norazlinda Mohammad. (2020). Fostering sense of patriotism, devotion and unity in Malaysian Youth. Bernama.

Nordin Kardi. (2009). Ke arah penubuhan majlis patriotisme negara. Dlm. Abdul Aziz (pynt.), Patriotisme kemandirian kita (Edisi pertama, hlm. 67–86). Kedah: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia.

Parker, C. S. (2009). Symbolic versus blind patriotism. Political Research Quarterly, 63(1), 97-114.

Primoratz, I. (2002) Patriotism: A deflationary view. The Philosophical Forum, 33(4), 443-457. https://doi.org/10.1111/1467-9191.00005

Rakhimjonovich, A. F., & Erkinovna, A. Z. (2020). The sense of patriotism as an important factor in the formation of national unity. Journal of Critical Reviews, 7(5).

Rozmi Ismail. (2016). Metodologi penyelidikan teori dan praktis. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sayuti Mukhtar. (2018). Benarkah semangat patriotisme semakin luntur. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Surahman, S. (2016). Fenomena berita kekerasan di media televisi (Perspektif Teori Kultivasi). Jurnal Lontar, 4(2), 31-42.

Siti Hasnah Bandu, Abdul Razaq Ahmad, & Mohd Mahzan Awang. (2015). Patriotism: Issues and challenges in Malaysia. Paper presented at International Conference on Current Issues in Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, 25-27 Ogos.

Sitinurbayu Mohd Yusoff, Syahruddin Ag Ahmad, Aisah Meri, Cyril Modili, & Eko Prayitno Joko. (2020). Kempen penghayatan bulan kebangsaan wahana menyampaikan mesej Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(10), 58-66.

Siti Shamsiah Md Supi. (2005). Patriotisme separuh iman. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). https://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2005/08/26/patriotisme-separuh-iman/

Sohana Abdul Hamid. (2016, October). Pengaruh media massa terhadap perubahan sosial masyarakat. e-Bangi: Jurnal Sains Sosial & Kemanusiaan, 1(Special Issue), 214-226.

Sulong & Abdullah M. (2010). Pengaruh media elektronik terhadap keruntuhan akhlak pelajar. UTM.

Zuhdi Marzuki. (2014). Patriotisme menurut perspektif Islam dan Barat. Tarbawi. http://www.tarbawi.my/2014/05/patriotisme-menurut-perspektif-islam.html


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528