Model Komunikasi Kesihatan Kepekaan Budaya: Suatu Penerokaan dalam Kalangan Golongan Muda Muslim di Malaysia

Authors

  • Mohd Khairie Ahmad
  • Mohd Baharudin Mohd Hadza @ Othman
  • Nor Hayati Mohd Jalil
  • Solahuddin Ismail

Abstract

Isu kesihatan merupakan salah satu permasalahan yang tidak sahaja melibatkan sains, tetapi aspek intervensinya berakarkan sosio masyarakat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu laporannya mengakui bahawa faktor budaya memainkan peranan dalam tingkahlaku kesihatan. Aspek budaya dalam komunikasi kesihatan seringkali dikaitkan dengan elemen nilai dan budaya masyarakat. Umumnya kajian tentang perkaitan antara agama dengan tingkah laku sudah lama bertapak. Namun meninjau aspek tersebut dari sudut komunikasi kesihatan disifatkan agak baharu. Sejauh mana aspek nilai keagamaan seperti Islam mempengaruhi usaha promosi kesihatan wajar diselami seiring dengan perkembangan Islam sebagai suatu kepercayaan yang semakin pesat berkembang. Dengan pengkaedahan kumpulan berfokus, makalah ini meneroka nilai dan elemen Islam dalam promosi kesihatan terhadap lapan kumpulan pemuda Muslim di Malaysia. Temubual kumpulan berfokus terhadap lapan kumpulan dengan sejumlah 40 peserta telah dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik dengan sokongan perisian Nvivo. Penemuan ini pertamanya menghuraikan konsepsualisasi komunikasi kesihatan Islam. Konsep ketuhanan mempunyai pengaruh yang besar dalam mempromosikan kesihatan. Di samping itu elemen-elemen seperti rujukan keagamaan, matlamat dan peranan kehidupan dalam Islam turut menyumbang kepada pembentukan kerangka komunikasi kesihatan berlandaskan Islam. Keduanya, dapatan kajian turut menjelaskan bagaimana elemen agama tersebut menyumbang kepada perubahan tingkahlaku kesihatan. Menerusi dapatan ini, sebuah model komunikasi kesihatan Islam telah dikemukakan. Hasil kajian ini telah mengembangkan pemahaman empirik tentang kepekaan budaya dalam amalan komunikasi kesihatan. Kata kunci: Promosi kesihatan, pendidikan kesihatan, komunikasi berasaskan agama, kepekaan budaya, komunikasi Islam. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2021-3704-18

Author Biographies

Mohd Khairie Ahmad

Mohd Khairie Ahmad memperoleh PhD dalam bidang komunikasi dari University of Queensland, Australia. Kini, beliau merupakan Ketua Advanced Communication Research Unit (ACRU) dan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia & Komunikasi, Universiti Utara Malaysia. Bidang kepakaran beliau merangkumi komunikasi dan media untuk perubahan sosial, komunikasi politik, dan komunikasi pengurusan. Email: khairie@uum.edu.my

Mohd Baharudin Mohd Hadza @ Othman

Mohd Baharudin Mohd Hadza @ Othman merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Komunikasi, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia. Beliau memperoleh Master of Philosophy in Publishing Studies dari University of Stirling, Scotland. Beliau mempunyai minat dalam bidang komunikasi kemanusiaan, kewartawanan dan komunikasi untuk perubahan sosial. Email: bahar@uum.edu.my

Nor Hayati Mohd Jalil

Nor Hayati Mohd Jalil merupakan Pensyarah Kanan bidang Perhubungan Awam di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia. Beliau mendapat Master of Philosophy Media and Cultural Studies dari University of Sussex, United Kingdom. Fokus kajian beliau pada ketika ini ialah berkaitan komunikasi alam sekitar, persoalan gender dan pengajian media. Email: n.hayati@uum.edu.my

Solahuddin Ismail

Solahuddin Ismail memperoleh PhD dalam bidang Sosiologi Agama dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini, beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia (UUM). Bidang kepakaran beliau ialah pembangunan dan tadbir urus masyarakat. Email: solahuddin@uum.edu.my

References

Ahmad, G. I., Ahmad, M. K., & Lynn-Sze, J. C. (2019a). Superstitious belief as cultural barrier in polio communication campaign in Northern Nigeria. Asian Journal of Multidisciplinary Studies, 7(3), 66-77.

Ahmad, G. I., Ahmad, M. K., & Lynn-Sze, J. C. (2019b). Exploring the Muslim-focused cultural sensitivity in polio vaccination communication campaign in northern Nigeria. Saudi Journal of Humanities and Social Science, 4(5), 342-350.

Ahmad, M. K. (2011). Islamic persuasive communication: Concept, characteristics, and impacts of the media health programs [Unpublished PhD thesis]. The University of Queensland.

Ahmad, M. K., & Harrison, J. (2011). Cultural sensitivity in health promotion programs: Islamic persuasive communication. In Pasadeos, Y. (Ed.), Advances in communication and mass media research (pp. 167-180). ATINER.

Al-Khayat, M. H. (1997). Health: An Islamic perspective. World Health Organization.

Antonovsky, A. (1996). The Salutogenic model as a theory to guide health promotion. Health Promotion International, 11(1), 11-18.

Basit, A. (2017). Health communication in the Quran: Charles Saunders Pierce’s semiotic analysis. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(4), 76-88.

Bazeley, P. (2020). Qualitative data analysis (2nd ed). SAGE.

Blankinship, L. A., Rouse, W. A., Bernstein, Kruk, J., & Aboul-Enein, B. H. (2021). A narrative review of ethnic minority studies for faith - based health promotion interventions with special reference to the contemporary Christian nurse. Journal of Religion and Health, 60, 1375–1387. https://doi.org/10.1007/s10943-020-01150-0

Brooks, L. A., Manias, E., & Bloomer, M. J. (2019). Culturally sensitive communication in healthcare: A concept analysis. Collegian, 26(3), 383-391. https://doi.org/ghg72g

De Leeuw, E., & Hussein, A. A. (1999). Islamic health promotion and interculturalization. Health Promotion International, 14(4), 347-353.

Dutta, M. (2018). Communicating public engagement, public interest and participation: Culturally centring community voices. Routledge.

Hashim, C. N., & Langgulung, H. (2008). Islamic religious curriculum in Muslim countries: The experiences of Indonesia and Malaysia. Bulletin of Education & Research, 30(1), 1-19.

Hennink, M. M., Kaiser, B. N., & Weber, M. B. (2019). What influences saturation? Estimating sample sizes in focus group research. Qualitative Health Research, 29(10), 1483–1496.

Ho, E. Y., & Sharf, B. F. (2021). Cultural theories of health communication. In T. L. Thompson & P. J. Schulz (Eds.), Health communication theory (pp. 278-299). John Wiley & Sons.

Hordern, J. (2020). Religion, culture and conscience. Medicine, 48(10), 640-643. https://doi.org/10.1016/j.mpmed.2020.07.007

Hsieh, E., & Kramer, E. M. (2021). Rethinking culture in health communication: Social interactions as intercultural encounters. John Wiley & Sons.

Huber, M., & Froehlich, D. E. (2020). Analyzing group interactions: A guidebook for qualitative, quantitative and mixed methods. Routledge.

Hussain, M. Y. (Ed.). (2006). Media and Muslim society. Research Centre, International Islamic University Malaysia.

Keyton, J. (2019). Communication research: Asking questions, finding answers (5th ed.). McGraw-Hill Education.

Koenig, H. G. (2020). Maintaining health and well-being by putting faith into action during the COVID-19 pandemic. Journal of Religion and Health, 59(5), 2205–2214. https://doi.org/10.1007/s10943-020-01035-2

Kreps, G. L. (2020). The value of health communication scholarship: New directions for health communication inquiry. International Journal of Nursing Sciences, 7(Suppl 1), S4–S7. https://doi.org/10.1016/j.ijnss.2020.04.007

Leeuw, E. D., & Hussein, A. A. (1999). Islamic health promotion and interculturalization. Health Promotion International, 14(4), 347-353.

Levin, S. (2020). Religion and medicine. Oxford University Press.

McLaren, H., Patmisari, E., Hamiduzzaman, M., Jones, M., & Taylor, R. (2021). Respect for religiosity: Review of faith integration in health and wellbeing interventions with Muslim minorities. Religions, 12(9), 1-19. https://doi.org/10.3390/rel12090692

Mutambara, J., Sodi, T., Mtemeri, J., & Makomo, M. (2020). Harmonizing religion and health: An exploration of religious reasons for defaulting ARVs among people living with HIV and AIDS in Gweru, Zimbabwe. AIDS Care, 33(3), 383-388. https://doi.org/g68f

Pitchan, M. A., Rahman, S. N. H. A., & Kashim, M. I. A. M. (2018). Teori Al-Daruriyyat dan penggunaan media sosial: Satu perbincangan konsep. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(4), 75-92.

Richards, L. (2020). Handling qualitative data: A practical guide. SAGE.

Salmon, J., Hesketh, K. D., Arundell, L., Downing, K. L., & Biddle, S. J. H. (2020). Changing behavior using ecological models. In M. S. Hagger, L. D. Cameron, K. Hamilton, N. Hankonen, & T. Lintunen (Eds.), The handbook of behavior change (pp. 237-250). Cambridge University Press.

Sastry, S., Stephenson, M., Dillon, P., & Carter, A. (2019). A meta-theoretical systematic review of the culture-centered approach to health communication: toward a refined, “nested” model. Communication Theory, 31(3), 1-42. https://doi:10.1093/ct/qtz024

Silverman, D. (2020). Qualitative research (5th. ed.). SAGE.

Spieldenner, A. R., & Toyosaki, S. (2020). Intercultural health communication. Peter Lang.

Stammel, N. (2019). Principles and evidence of culture sensitive mental health approaches. In A. Maercker, E. Heim, & L. J. Kirmayer (Eds.), Cultural clinical psychology and PTSD (pp. 167–179). Hogrefe Publishing.

Tan, N. Q. P., & Cho, H. (2019). Cultural appropriateness in health communication: A review and a revised framework. Journal of Health Communication, 25(5), 492-502. https://doi.org/10.1080/10810730.2019.1620382

Thompson, T. L., & Schulz, P. J. (Eds.). (2021). Health communication theory. John Wiley & Sons.

Watson, B., & Krieger, J. (2020). Expanding horizons in health communication: An Asian perspective. Springer Nature.

World Health Orgaisation (WHO). (1996). Health promotion through Islamic lifestyles: The Amman declaration.

Downloads

Published

2021-12-30

Issue

Section

Special Articles