Engkaulah Adiwiraku Sebagai Saluran Informasi COVID-19 Berdasarkan Model Komunikasi SCMR Berlo

Authors

  • Rohayati Junaidi
  • Madiawati Mamat @ Mustaffa
  • Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali
  • Nur Faaizah Md Adam
  • Siti Nur Anis Muhammad Apandi

Abstract

Karya bertulis memainkan peranan penting sebagai saluran berinformasi menyampaikan mesej dan nilai-nilai kemanusiaan kepada masyarakat. Makalah ini membincangkan peranan yang dimainkan oleh cerita Engkaulah Adiwiraku (2020) untuk menyalurkan informasi COVID-19 kepada masyarakat. COVID-19 merupakan sejenis koronavirus baharu yang sebelum ini tidak pernah dikenal pasti serta mampu menjangkiti individu lain melalui titisan pernafasan dan sentuhan. Virus ini telah melanda dunia sejak bulan Disember 2019. Bagi mengekang wabak koronavirus daripada terus merebak, semua individu memainkan peranan penting. Proses penyaluran maklumat dilakukan melalui pelbagai medium komunikasi sama ada secara lisan atau tanpa lisan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. Karya sastera turut mengambil peranan dalam menyampaikan maklumat tentang COVID-19 kepada masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis informasi yang terdapat dalam Engkaulah Adiwiraku (2020) bagi melihat peranannya sebagai media komunikasi dalam menyampaikan maklumat kepada khalayak sasaran. Kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Analisis teks dilakukan dengan mengaplikasikan Model Komunikasi SMCR Berlo (1960). Analisis kajian membuktikan bahawa Engkaulah Adiwiraku (2020) sarat dengan informasi penting mengenai COVID-19 dan peranan setiap individu bagi melawan penyebaran virus tersebut. Kajian juga menunjukkan bahawa bahasa yang ringkas dan mudah bersesuaian dengan tahap kemahiran bahasa kanak-kanak menjadi unsur penting dalam menyalurkan maklumat kepada kanak-kanak. Kesimpulannya, Engkaulah Adiwiraku (2020) berperanan sebagai media komunikasi yang berkesan untuk menyampaikan maklumat mengenai COVID-19 kepada masyarakat sekaligus menunjukkan kepentingan karya sastera dalam menyalurkan maklumat kepada khalayak. Kata kunci: Engkaulah Adiwiraku, COVID-19, sastera, komunikasi, Berlo. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2023-3901-25

Author Biographies

Rohayati Junaidi

Rohayati Junaidi (pengarang utama) merupakan seorang pensyarah di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Bidang kepakaran adalah bidang Kesusasteraan Melayu Moden dan Kesusasteraan Kanak-kanak. Email: rohayati@fbk.upsi.edu.my

Madiawati Mamat @ Mustaffa

Madiawati Mamat @ Mustaffa merupakan seorang pensyarah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Bidang kepakaran adalah Kesusasteraan Lisan dan Kesusasteraan Elektronik. Email: atie@um.edu.my

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali merupakan seorang pensyarah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Bidang kepakaran adalah Kesusasteraan Melayu Moden, Teori dan Kritikan Sastera. Email: inmarlin@um.edu.my

Nur Faaizah Md Adam

Nur Faaizah Md Adam merupakan seorang pensyarah di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Bidang kepakaran adalah Bahasa dan Linguistik Melayu dan Sosiolinguistik. Email: nurfaaizah@fbk.upsi.edu.my

Siti Nur Anis Muhammad Apandi

Siti Nur Anis Muhammad Apandi merupakan seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan. Bidang kepakaran adalah Kesusasteraan Moden dan Kesusasteraan Budaya. Email: nuranis.m@umk.edu.my

References

Ahmed, A. (2017). Literature and its influence on human life. Paper presented at the National Conference Cum Workshop on Recent Trends Technical Language and Communication: Emerging Requirement at Rajkiya Engineering College, Chadpur, Bijnor. http://data.conferenceworld.in/NCCW/P129-134.pdf

Ani Omar. (2012). Kesusasteraan dan peranan puisi dalam kehidupan kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 1, 87-121. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/755

Arman Sani. (1976). Wawancara dengan penulis/ pengarang sastera kanak-kanak oleh Suhaimi Haji Muhammad. Dewan Sastera.

Berlo, D. K. (1960). The process of communication: An introduction of theory and practice. United States: Holt, Rinehart and Winston.

Burgoon, M., & Ruffner, M. (1978). Human communication: A revision of approaching speech/communication. New York: Holt, Rinehart and Winston.

Chew, F. P. (2008). Persepsi khalayak terhadap isu-isu pendidikan sastera perpaduan. Sari, 28, 3-25. https://www.researchgate.net/publication/242153792_Persepsi_Khalayak_Terhadap_Isu-Isu_Pendidikan_Sastera_Perpaduan

Farra Humairah Mohd, & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2016). Pemikiran kerohanian dalam cerpen kanak-kanak pilihan mutakhir dan kesan positif kepada kanak-kanak. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 7, 35-51. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1190

Feisul Idzwan Mustapha. (Ed.). (2020). Engkaulah adiwiraku. IASC: Inter-Agency Standing Comittee. https://interagencystandingcommittee.org/results?q=engkaulah+adiwiraku

Ghazali Din, Abdul Halim Ali, & Mohd Azam Sulong. (2015). Konsep komunikasi dan kepengarangan Muhammad Haji Salleh berdasarkan model Teksnaluri. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), 3(1), 166-186. http://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/82

Patuck, H. (2020, March 31). My hero is you, storybook for children on COVID-19. IASC: Inter-Agency Standing Comittee. https://interagencystandingcommittee.org/iasc-reference-group-mental-health-and-psychosocial-support-emergency-settings/my-hero-you-storybook-children-covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. http://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm

Misran Rokimin. (2006). Isu pendidikan dan pembangunan insan menerusi novel. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammed Azlan Mis. (2012). Medium perantara pelbagai suku kaum di Sarawak: Kajian Lingua Franca. GEMA Online® Journal of Language Studies, 12(3), 903-922.

Mohd Daud Ibrahim, & Rohaidah Kamaruddin. (2015). Mesej pengarang: Satu penelitian terhadap novel Anak Titiwangsa karya sasterawan negara Keris Mas. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman), 3(2), 17-25.

Muhd Norizam Jamian, & Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi massa: Suatu analisis. Jurnal Komunikasi, 31(2), 183-194. http://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/14925

Salmah Ayob. (1981). Sastera untuk kanak-kanak: Fungsi dan implikasinya. Pendidik dan Pendidikan, 3(1), 73-82. http://apjee.usm.my/JPP_03_1981/Jilid%2003%20Artikel%2009.pdf

Save The Childrens Resource Centre. (2020). How to speak with children about Coronavirus. https://resourcecentre.savethechildren.net/document/how-speak-children-about-coronavirus/

Schramm, W. (1982). Men, women, messages, and media: Understanding human communication (2nd ed). New York: Harper & Row.

Siti Saniah Abu Bakar. (2017). Komunikasi interpersonal guru bahasa di Jerman. GEMA Online® Journal of Language Studies, 17(2), 245-261.

Syofiah Ulfah, Zamri Mahamod, & Jamaludin Badusah. (2013). Kemahiran komunikasi interpersonal ekspresif: Mencipta guru Bahasa Indonesia yang penyayang. GEMA Online® Journal of Language Studies, 13(1), 139-154.

Turow, J. (2010). Media today: An introduction to mass communication. New York: Routledge.

Wenzel, M. (2005). The crucial role of literature in the generation of knowledge and critical thinking. Literator, 26(1), 69-82. https://doi.org/10.4102/lit.v26i1.219

World Health Organization. (2020). Children’s story book released to help children and young people cope with COVID-19. https://www.who.int/news/item/09-04-2020-children-s-story-book-released-to-help-children-and-young-people-cope-with-covid-19

Zahir Ahmad. (2005). Peranan sastera Islam dalam pembentukan akhlak penduduk alam Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 15, 254-265. http://eprints.um.edu.my/id/eprint/11202

Downloads

Published

2023-03-31

Issue

Section

Special Articles