Pengaplikasian Teori Retorik Moden dalam Penyampaian Ceramah Keselamatan Siber Polis Diraja Malaysia

Authors

  • Muhammad Adnan Pitchan Universiti Kebangsaan Malaysia Centre for Research In Media and Communication
  • Nor Hajar Ummiah Osman

Abstract

Retorik merupakan seni komunikasi yang memainkan peranan penting dalam menekan aspek keterampilan melalui pengaplikasian bahasa yang pelbagai sama ada komunikasi secara lisan ataupun tulisan. Dalam konteks ini, peranan penceramah di kalangan pegawai Polis Diraja Malaysia adalah kritikal, bukan sahaja untuk membincangkan isu keselamatan siber yang dihadapi masyarakat pada masa kini, tetapi juga menawarkan penyelesaian yang terbaik bagi setiap jenayah siber yang berlaku. Kemahiran berkomunikasi secara berkesan dan pengaplikasian retorik dalam ceramah keselamatan siber adalah penting untuk memberi kesedaran kepada pendengar, sekali gus menggalakkan mereka menerima dan mengamalkan nasihat yang disarankan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengaplikasian Teori  Retorik Moden dalam penyampaian ceramah keselamatan siber oleh dua penceramah Polis Diraja Malaysia yang dipilih berdasarkan pengalaman dan kepakaran dalam bidang jenayah siber. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui teknik analisis kandungan bagi menganalisis ceramah ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap penceramah bijak mengaplikasikan kepelbagaian retorik dalam ceramah keselamatan siber mereka. Kajian ini turut membuktikan bahawa penceramah tersebut menggunakan retorik yang mencerminkan kemahiran mereka untuk menarik minat masyarakat, memastikan pendengar kekal fokus dan terus mengikuti ceramah dari awal hingga akhir. Penggunaan retorik yang bijaksana oleh penceramah bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber bahkan dapat membina keyakinan masyarakat terhadap keupayaan pihak polis dalam menangani jenayah siber yang berkesan. Kata kunci: Jenayah siber, komersial, media sosial, retorik moden, komunikasi. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2024-4003-13

Author Biographies

Muhammad Adnan Pitchan, Universiti Kebangsaan Malaysia Centre for Research In Media and Communication

Muhammad Adnan Pitchan merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Bidang kajian beliau adalah media baharu, undang-undang siber, dan dasar keselamatan siber. E-mel: adnan86@ukm.edu.my

Nor Hajar Ummiah Osman

Nor Hajar Ummiah Osman adalah Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia, berpangkat Inspektor. Kini beliau berkhidmat di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Beliau pernah mengendalikan kes-kes berkaitan jenayah seksual kanak-kanak dan juga kes berkaitan komersial. E-mel: ummiah@rmp.gov.my 

References

Budiman Mohd Zohdi. (2023). Kuasa retorik dalam pengucapan. Selangor: Firdaus Press Sdn. Bhd.

Dewi. (2022). Pengaplikasian teori retorik moden dalam penyampaian ceramah Ustaz Kazim Elias. Jurnal Bahasa, 22(1), 49-76.

Dewi, & Haziq Aisha. (2021). Penggunaan bahasa retorik dalam pewahanaan informasi COVID-19 di negara Brunei Darussalam. Southeast Asia: A Multidisciplinary Journal, 21(2), 95-117.

Enos, T., & Brown, S. C. (Eds.). (1993). Defining the new rhetoric. Sage Publication.

Ernawati Abdul Wahab, Muhammad Adnan Pitchan, & Ali Salman. (2023). Pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat di Kuala Lumpur terhadap kempen pencegahan Jenayah Penipuan dalam talian. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 39(1), 240-258.

Haziq Aisha. (2023). Bahasa retorik sebagai strategi penyampaian khutbah Jumaat di negara Brunei Darussalam. Jurnal Bahasa, 23(1), 65-90.

Husna Hidayah Mansor, Nor Azuwan Yaakob & Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2018. Retorik Pemerian dalam Ceramah Agama. International Journal of the Malay and Civilisation 6(2), 29-38.

Majlis Keselamatan Negara. (2024, Februari 1). Jenayah siber: Adakah peranti anda menjadi sasaran? https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/02/01/jenayah-siber-adakah-peranti-anda-menjadi-sasaran/

Mohd Syafiq, & Yabit. (2023). Penggunaan retorik dalam pengucapan ahli parlimen Malaysia Syed Saddiq semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia ke-15. International Journal of Linguistics and Indigenous Culture, 1(1), 48-68.

Muhammad Adnan Pitchan, & Siti Zobidah Omar. (2019). Dasar keselamatan siber Malaysia: Tinjauan terhadap kesedaran netizen dan undang-undang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(1), 103-119.

Nor Azuwan Yaakob, Zaitul Azma Zainin Hamzah, Normaizura Md Zain, & Syed Nurlakla Syed Abdullah. (2018). Penerapan retorik dalam penyampaian ceramah agama. Jurnal Linguistik, 22(2).

Royal Malaysia Police. (2022, September 13). Live: Majlis pelantikan duta anti-scam JSJK. https://www.rmp.gov.my/news-detail/2022/09/12/live-majlis-pelantikan-duta-anti-scam-jsjk

Wan Nurul Wahidah Wan Lanang, & Muhamad Sayuti Hassan. (2021). Program pencegahan jenayah di negeri Perak melalui Peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat. Jurnal Perspektif, 13(1), 85-101.

Downloads

Additional Files

Published

2024-09-30

Issue

Section

Articles