Pembentukan Instrumen Pengukuran Perancangan Strategik: Pendekatan Analisis Faktor Penerokaan

Authors

  • Nurzakira Afnee Zakaria
  • Maizatul Haizan Mahbob Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Md Rozalafri Johori

Abstract

Sektor awam merupakan agensi yang amat penting dalam melaksanakan segala perancangan strategik kerajaan yang mana ia menentukan hala tuju kementerian dalam memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Namun begitu, terdapat kesukaran dalam membangunkan skala atau instrumen baharu yang mana peringkat awal penyelidikan terdapat ketidakpastian tentang sifat dimensi yang wujud serta terdapat kesukaran dalam membuat hipotesis untuk mengenal pasti faktor yang terbaik bagi menerangkan hubungan antara item. Justeru penyelidik menggunakan Analisis Faktor Penerokaan (EFA) untuk menentukan keabsahan instrumen persepsi untuk penyelidikan rintis responden terhadap (1) dimensi struktur organisasi, (2) dimensi budaya organisasi, (3) dimensi modal insan, dan (4) dimensi teknologi komunikasi. Kajian kuantitatif ini menggunakan rekabentuk tinjauan dengan borang soal selidik diedarkan melalui google form. Borang ini diedarkan secara dalam talian kepada penjawat awam pelbagai peringkat perjawatan yang mana mendapat maklumbalas seramai 100 responden. Hasil analisis EFA mendapati bahawa faktor penerokaan menunjukkan empat dimensi dengan nilai pengukur Kaiser-Meyer-Olkin (KMO) iaitu satu indeks pengukuran bagi kecukupan sampel mempunyai nilai Eigen lebih besar daripada nilai yang disyorkan iaitu 0.60 dan nilai Ujian Sphericity Bartlett adalah signifikan (χ2(190) = 3367.661, p < 0.05) dengan nilai Cronbach’s Alpha > 0.900. Penggunaan Analisis Faktor Penerokaan (EFA) dalam kajian ini memberi informasi yang penting kerana ia membolehkan penyelidik untuk mengenal pasti item utama yang mempengaruhi dimensi perancangan strategik di sektor awam melalui komunikasi modal sosial. Kata kunci: Analisis faktor penerokaan, sektor awam, perancangan strategik, komunikasi modal sosial, kuantitatif. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2024-4003-10

Author Biographies

Nurzakira Afnee Zakaria

Nurzakira Afnee Zakaria merupakan seorang calon Sarjana Doktor Falsafah (PhD) Komunikasi di Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan graduan Sarjana Sains Sosial (Pengurusan Komunikasi) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum ini beliau pernah bekerja sebagai pensyarah sepenuh masa di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan dilantik sebagai pensyarah separuh masa di Manipal International University dan Open University Malaysia. Email: nurzakiraafnee@gmail.com

Maizatul Haizan Mahbob, Universiti Kebangsaan Malaysia

Maizatul Haizan Mahbob, PhD merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Media dan Komunikasi (MENTION), FSSK, UKM. Beliau berkelulusan doktor falsafah dalam bidang komunikasi dari Universiti Sains Malaysia, sarjana dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia dan sarjana muda dalam bidang sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya akademik sebagai tutor, kemudian pensyarah di Jabatan Sains Politik, UKM. Bidang pengkhususan beliau ialah komunikasi keorganisasian, komunikasi pembangunan dan komunikasi politik. Email: maiz@ukm.edu.my

Md Rozalafri Johori

Md Rozalafri Johori, PhD merupakan Pensyarah Kanan bidang komunikasi dan media di Universiti Islam Selangor. Selain itu, beliau juga merupakan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KUISCELL Sdn Bhd. Beliau merupakan graduan Sarjana Doktor Falsafah (PhD) Komunikasi Massa dan Sarjana Sains Komunikasi Korporat (UPM). Sebelumnya memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan & Kemanusiaan bidang Komunikasi (Penyiaran) dari UKM. Beliau juga merupakan penerbit eksekutif beberapa siri penerbitan televisyen untuk Astro. Bidang kepakaran beliau adalah Penyiaran, Kandungan Media dan Ekonomi Politik Media. Di samping itu beliau juga diberi kepercayaan lantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Keunggulan Pusat Media Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Fellow ELITE@UM Di Universiti Malaya dan Ahli Jawatankuasa Teknikal Penilaian Kerangka Pekerjaan (JTPOF) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Email: rozalafri@uis.edu.my

References

Alkhafaji, A. (2020). Strategic management: Formulation, implementation, and control in a dynamic environment. New York: Routledge.

Awio, G., Northcott, D., & Lawrence, S. (2011). Social capital and accountability in grassroots NGOs: The case of the Ugandan community-led HIV/AIDS initiative. Accounting, Auditing & Accountability Journal, 24(1), 63-92.

Bryson, J. M. (2018). Strategic planning for public and nonprofit organizations: A guide to strengthening and sustaining organizational achievement (5th ed.). Hoboken, NY: Wiley.

Bryson, J. M., Berry, F. S., & Yang, K. (2010). The state of public strategic management research: A selective literature review and set of future directions. The American Review of Public Administration, 40(5), 495-521.

Chua, Y. P. (2014). Kaedah dan statistik penyelidikan: Asas statistik penyelidikan (Edisi ke-2). Shah Alam: McGraw-Hill Education.

Clampitt, P. G., & Downs, C. W. (1993). Employee perceptions of the relationship between communication and productivity: A field study. Journal of Business Communication, 30(1), 5-28.

Coleman, J. S. (1990). Foundations of social theory. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Costello, A. B., & Osborne, J. W. (2005). Best practices in exploratory factor analysis: Four recommendations for getting the most from your analysis. Practical Assessment, Research, and Evaluation, 10(7), 1-9.

DeVellis, R. F. (2016). Scale development: Theory and applications (4th ed.). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Downs, C. W., & Hazen, M. D. (1977). A factor analytic study of communication satisfaction. Journal of Business Communication, 14(3), 63-73.

Fabrigar, L. R., Wegener, D. T., MacCallum, R. C., & Strahan, E. J. (1999). Evaluating the use of exploratory factor analysis in psychological research. Psychological Methods, 4(3), 272–299.

Field, A. (2009). Discovering statistics using SPSS (3rd ed.). London, UK: Sage Publications.

Field, A. (2018). Discovering statistics using IBM SPSS statistics (5th ed.). London: Sage Publications.

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate data analysis (7th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2018). Multivariate data analysis (8th ed.). Boston, MA: Cengage Learning.

Hofstede, G. (1980). Culture's consequences: International differences in work-related values. Beverly Hills, CA: Sage Publications.

Hoque, A. S. M. M., Awang, Z., Muda, H., & Salleh, F. (2017). The moderating effects of extrinsic motivation on the relationship between intrinsic motivation and academic performance. Management Science Letters, 7(7), 235–250.

Hrebiniak, L. G. (2006). Obstacles to effective strategy implementation. Organizational Dynamics, 35(1), 12-31.

Kaplan, R. S., & Norton, D. P. (1996). The balanced scorecard: Translating strategy into action. Boston, MA: Harvard Business Review Press.

Kaplan, R. S., & Norton, D. P. (2021). The balanced scorecard: Translating strategy into action. Boston, MA: Harvard Business Review Press.

KPI Institute. (2023). State of strategy management practice – global report 2023. https://kpiinstitute.org/state-of-strategy-management-practice-global-report-2023/

Milana, E. & Maldaon, I. (2015). Social capital: A comprehensive overview at organizational context. Periodica Polytechnica Social and Management Sciences, 23(2), 133-141.

Poister, T. H., Pitts, D. W., & Edwards, L. H. (2013). Strategic planning in government: Understanding the context and constraints. Public Administration Review, 73(4), 522-533.

Salkind, N. J. (2019). Exploring research (9th ed.). New York: Pearson.

Samsuni Mohd Nor, & Zakaria Abd hadi. (2005). Perancangan strategik organisasi melalui pelaksanaan balanced scorecard. Jurnal Pengurusan Awam, 4(1), 4-10.

Sekaran, U., & Bougie, R. (2016). Research methods for business: A skill building approach (7th ed.). Chichester, UK: Wiley.

Teijlingen, E. R., & Hundley, V. (2001). The importance of pilot studies. Social Research Update, 35, 1-4.

Thompson, B. (2004). Exploratory and confirmatory factor analysis: Understanding concepts and applications. Washington, DC: American Psychological Association.

Tomlinson, J. (2004). Globalization and culture. Cambridge: Polity Press.

Ugboro, I. O. (2011). Top management leadership, employee empowerment, job satisfaction, and customer satisfaction in TQM organizations: An empirical study. Journal of Quality Management, 6(2), 247-272.

Ursachi, G., Horodnic, I. A., & Zait, A. (2015). How reliable are measurement scales? External factors with indirect influence on reliability estimators. Procedia Economics and Finance, 20, 679-686.

Wan Idros Wan Sulaiman. (2008). Perancangan pembangunan modal insan dan keperluan organisasi. Dlm. Yahaya Ibrahim & Abd Hair Awang. Pembangunan modal insan: Isu dan cabaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Idros Wan Sulaiman, & Maizatul Haizan Mahbob. (2015). Hubungan komunikasi keorganisasian dengan perancangan strategik modal insan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 1-14.

Downloads

Published

2024-09-30

Issue

Section

Articles