Hubungan antara Firma Audit Pakar Industri dan Pendedahan Urusniaga Pihak Berkaitan di kalangan Syarikat Tersenarai di Malaysia
Keywords:
Firma audit pakar, Kualiti audit, Nilai ambang, Pengkhususan industri, Urusniaga pihak berkaitanAbstract
Kajian ini mengkaji hubungan antara firma audit pakar industri (FAPI) dan pendedahan urusniaga pihak berkaitan (UPB) yang mana bukti empirikal hubungan antara keduanya masih kurang. UPB merupakan uruniaga yang sukar diaudit dan oleh itu juruaudit yang mempunyai kepakaran industri diandaikan dapat mengesan dan meningkatkan pendedahan UPB. Sejumlah 646 buah syarikat tersenarai di Malaysia yang melibatkan sebanyak 3,230 pemerhatian dari tahun 2014 sehingga 2018 digunakan untuk menguji hipotesis kajian ini. FAPI diukur menggunakan nilai ambang penguasaan pasaran yang berbeza iaitu FAPI 10% dan FAPI 20% untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih mantap (robust). Kaedah analisis kandungan digunakan untuk kutipan data UPB. Berdasarkan ujian regresi, hasil kajian mendapati hubungan antara FAPI dan UPB adalah bergantung pada nilai ambang FAPI. Secara khususnya kajian ini mendapati nilai ambang penguasaan pasaran yang lebih tinggi (FAPI 20%) berhubungan secara positif dengan pendedahan UPB. Hasil kajian ini dapat memberi bukti tambahan bahawa firma audit yang mempunyai kepakaran industri yang tinggi dapat memberikan perkhidmatan audit yang lebih berkualiti menerusi peningkatan pendedahan UPB berbanding firma audit bukan pakar. Badan pengamal dan pengawalselia perakaunan boleh mempertimbangakan ciri kepakaran industri dalam mengawal selia syarikat-syarikat yang terbabit dalam mana-mana kontrak yang melibatkan pihak-pihak berkaitan.Kata kunci: Firma audit pakar; kualiti audit; nilai ambang; pengkhususan industri; urusniaga pihak berkaitanDownloads
Additional Files
Published
2022-11-30
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).