Hubungan Moral Cukai, Peranan Pihak Berkuasa Cukai dan Audit Keatas Pematuhan Cukai Dalam Kalangan Pelajar Sambilan di Institusi Pengajian Tinggi
Keywords:
Pematuhan Cukai, Moral Cukai, Pihak Berkuasa Cukai dan Audit Cukai, Smart PLSAbstract
Pelajar sambilan di institusi pengajian tinggi boleh diklasifikasikan sebagai pembayar cukai kerana mereka sedang bekerja sambil menimba ilmu. Maka, ia sangat penting untuk menilai tahap pematuhan mereka terhadap cukai bagi memastikan masalah seperti pembayaran cukai yang tepat dan baik dapat diselesaikan pada masa depan. Maka, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara moral cukai, peranan pihak berkuasa cukai, penguatkuasaaan dan audit cukai terhadap pematuhan cukai dalam kalangan pelajar sambilan di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Borang soal selidik, yang terdiri daripada 3 bahagian mengenai pematuhan cukai dan 3 item bagi pemboleh ubah bebas diedarkan dan dijawab oleh 116 responden secara atas talian. Beberapa analisis menggunakan Smart PLS v4 telah dilakukan untuk memastikankesinambungan dapatan data. Keputusan menunjukkan moral cukai dan peranan pihak berkuasa cukai mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pematuhan cukai dalam kalangan pelajar sambilan di institusi pengajian tinggi. Sementara itu, penguatkuasaan dan audit cukai adalah tidak signifikan dalam kajian ini. Hasil kajian ini boleh digunakan oleh kerajaan, pihak berkuasa cukai, agen cukai dan institusi pendidikan dalam merangka pelan pencegahan secara holistik terutamanya kepada pelajar di usia muda.Kata kunci: Pematuhan cukai; moral cukai; pihak berkuasa cukai dan audit cukai; Smart PLSDownloads
Additional Files
Published
2024-11-01
Issue
Section
Articles
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work (See The Effect of Open Access).