PROGRAM PEMENTORAN STEM DI KALANGAN PELAJAR PRASISWAZAH BAGI PERTANDINGAN ROBOTIK MAKEX

Seri Mastura Mustaza, Iskandar Yahya, Mohd Faisal Ibrahim, Arif Haikal Ahmad Hassan Ayoppan, Noorfazila Kamal, Mohd Hadri Hafiz Mokhtar, Nasharuddin Zainal

Abstract


Pertandingan robotik MakeX adalah salah satu pertandingan robotik terbesar di Malaysia, yang melibatkan peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Penganjuran pertandingan ini adalah unik berbanding dengan pengajuran pertandingan robotik lain, di mana, peserta yang bakal bertanding diberi latihan dan bengkel mengenai asas pemasangan dan pengatucaraan robot serta strategi dalam menyelesaikan tugasan pertandingan. Crystal UKM, selaku pengajur  bersama pertandingan ini diberi tanggungjawap untuk menyediakan latihan kepada peserta-peserta pertandingan yang terdiri daripada pelajar sekolah berusia seawal 7 tahun hingga 17 tahun. Dalam menyediakan modul berkesan kepada peserta yang bertanding pada tahun ini, pihak Crystal UKM telah mengolah satu program pementoran yang unik melibatkan pelajar-pelajar prasiswazah tahun dua dan tiga, dari program Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Pelajar-pelajar prasiswazah ini disamping bertanggungjawap memberi latihan teknikal, mereka juga berperanan untuk memaksimumkan potensi dan mengembangkan kemahiran peserta, bagi meningkatkan prestasi peserta disamping meningkatkan daya saing dikalangan peserta. Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada peranan dan perspektif pelajar-pelajar sebagai mentor kepada peserta pertandingan, serta mengkaji keberkesanan program pementoran ini dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar yang terlibat sebagai mentor. Kejayaan pasukan Malaysia merangkul pingat emas dalam pertandingan robotic MakeX peringkat antarabangsa, di Guangzhou, China baru-baru ini, dan pencapaian membanggakan 2 lagi pasukan yang tergolong dalam 20 pasukan teratas, membuktikan keberkesanan program pementoran yang dijalankan

Keywords


Kemahiran Insaniah; Pementoran;STEM

Full Text:

PDF

References


Carpenter, S. (2015). Undergraduates’ perceived gains and ideas about teaching and learning science from participating in science education outreach programs. Journal Of Higher Education Outreach And Engagement, 19(3):113–146.

Kaul, Sudhir, Chang, Guanghsu, Yanik, Paul, & Ferguson, Chip. (2015). Development of a Mentorship Program in Engineering and Engineering Technology. American Society for Engineering Education Annual Conference and Exposition -. doi:10.18260/p.23862

Laursen, S., Liston, C., Thiry, H., & Graf, J. (2007). What good is a scientist in the classroom? Participant outcomes and program design features for a shortduration science outreach intervention in K-12 classrooms. CBE— Life Sciences Education, 6(1), 49–64.

Laursen, S., Thiry, H., & Liston, C. (2012). The impact of a university-based school science outreach program on graduate student participants’ career paths and professional socialization. Journal of Higher Education Outreach and Engagement, 16(2), 47–75.

Nelson, K., Sabel, J., Forbes, C. et al. (2017) How do undergraduate STEM mentors reflect upon their mentoring experiences in an outreach program engaging K-8 youth? IJ STEM Ed 4, 3(1) doi:10.1186/s40594-017-0057-4

Noraini Idris, Saras Krisnan, Haliza Abd Hamid & Roslinda Ithnin, Mohd Fadzil Daud, Zainol Mustapha (2016), Development of a framework on assessment method of students' innovative capabilities for employability, Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris,


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Index