PERBANDINGAN PRESTASI PELAJAR BERDASARKAN KEPELBAGAIAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PENILAIAN BAGI KURSUS ASAS SAINS MATEMATIK

Authors

  • Nor Hamizah Miswan Department of Mathematical Sciences, Faculty of Sciences and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia http://orcid.org/0000-0001-7758-5420
  • Wan Zawiah Wan Zin Department of Mathematical Sciences, Faculty of Sciences and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Rofizah Mohammad Department of Mathematical Sciences, Faculty of Sciences and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kaedah Hibrid, Kaedah Maya, Kaedah Tradisional, Pengajaran & Penilaian, Sains Matematik

Abstract

Prestasi pelajar merupakan petunjuk kejayaan sistem pendidikan, yang dipengaruhi oleh kaedah Pengajaran dan Penilaian (P&P). Sebelum COVID-19 melanda, P&P dijalankan secara bersemuka, namun wabak tersebut telah memaksa P&P dijalankan secara dalam talian sepenuhnya. Setelah wabak berkurangan, P&P perlahan-lahan beralih kembali kepada kaedah bersemuka. Oleh yang demikian, persoalan timbul sama ada prestasi pelajar dipengaruhi oleh kaedah P&P yang berbeza ini. Bagi menjawab persoalan ini, maklumat daripada 748 orang pelajar prasiswazah bagi kursus asas Sains Matematik di sebuah universiti di Malaysia yang melibatkan lima sesi pengajian bermula sesi 2018/2019 hingga 2022/2023 telah diambil. Para pelajar ini terdiri daripada tiga kohort yang telah melalui tiga kaedah P&P yang berbeza, iaitu kaedah bersemuka, kaedah maya, dan kaedah hibrid. Pelajar bagi lima sesi pengajian berbeza ini mempunyai keupayaan asas Sains Matematik peringkat pra-universiti yang sama kerana mereka telah melalui tapisan yang setara sebelum diterima masuk ke universiti dalam bidang Sains Matematik. Oleh itu, kajian ini bertujuan membandingkan  prestasi pelajar berdasarkan kaedah P&P berbeza dan juga jantina. Analisis data bergraf, jadual silang, Ujian Khi-Kuasa Dua, Ujian Nisbah Kebolehjadian, Ujian-t dan ANOVA dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pada aras keertian 5% bagi ketiga-tiga kaedah P&P dengan kaedah maya memberikan prestasi yang terbaik berbanding dua kaedah lagi. Manakala perbandingan prestasi pelajar mengikut jantina menunjukkan bahawa prestasi pelajar lelaki melebihi pelajar perempuan sebanyak 7 hingga 13 peratus bagi kesemua kaedah P&P. Kesimpulannya, kepelbagaian kaedah P&P memberi impak yang signifikan kepada prestasi pelajar secara keseluruhannya.

Downloads

Additional Files

Published

2025-12-15