Pengaruh Budaya Tradisi dan Islam dalam Evolusi Adat dan Ritual Kematian Komuniti Bajau (The Influence of Traditional Culture and Islam in Evolutionary Transformation of Death Customs and Rituals among Bajau Community)

Halina Sendera Mohd Yakin

Abstract


Makalah ini bertujuan untuk mengkaji perubahan dalam adat dan ritual kematian masyarakat Bajau akibat pengaruh sistem kepercayaan dan agama Islam. Pemahaman terhadap struktur dan signifikasi simbol non-verbal dalam adat kematian Bajau mewakili beberapa nilai dukungan masyarakat Bajau dari pelbagai dimensi. Bertunjangkan matlamat yang direncanakan, pengkaji telah mengaplikasikan beberapa perspektif teori yang berkaitan untuk memandu arah dan menyokong intipati penelitian iaitu Teori Strukturalisme Levi-Strauss dan Teori Semiotik. Penelitian yang bersifat kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian berbentuk etnografi yang bersifat thick description untuk mendeskripsikan dan menginterpretasikan semiotik dalam adat dan ritual kematian Bajau Kota Belud. Seiringan dengan pendekatan etnografi, pengumpulan data dilaksanakan menerusi kaedah participant observation dengan mengaplikasikan teknik pemerhatian turut serta dan temu bual. Struktur dan simbol kematian menunjukkan bahawa pengaruh kosmologi Hinduisme dan Buddhisme telah mewarnai dan mentransformasikan amalan budaya masyarakat Bajau yang terdahulunya terbentuk dari dunia animisme. Namun setelah menganut agama Islam, amalan budaya masyarakat berkenaan turut berubah. Namun perubahan yang berlaku lebih bersifat evolusi dalam situasi yang tidak seragam bentuknya. Abad yang ke-21 ini, perilaku budaya dalam adat dan ritual kematian memperlihatkan bahawa amalan budaya masyarakat Bajau seolah-olah berunsur sinkretisme, iaitu penyesuaian dan pembauran antara kepercayaan tradisional dan baharu. Namun tidak mustahil perubahan akan berlaku dengan lebih drastik pada abad mendatang kerana proses pemurnian Islam masih berterusan. Amalan dan ritual tradisional dalam adat kematian Bajau masih terus bertahan sehingga kini kerana makna serta fungsinya masih diperlukan.

 

Kata kunci: Adat kematian; Bajau; sistem kepercayaan; Islam; evolusi

 

Abstract

 

The aim of this study is to examine the transformation in the death customs and rituals among the Bajau community due to the influence of belief system and Islam. Understanding and signification of the nonverbal symbols in the Bajau death structure represent certain Bajau values from diverse dimensions. Some interrelated theoretical perspective was applied to support the study namely Levi-Strauss’ structuralism theory and semiotic theory. The qualitative research utilised the ethnographical thick description approach in order to illustrate and interpret the semiotics that underlined the death custom and ritual among the Bajau of Kota Belud. In line with the ethnographical approach, the data collection is conducted through participant observation and interview. Both death symbol and structure show that the influence of Hinduism-Buddhism cosmology has coloured and transformed the Bajau cultural practices and rituals which were previously formed based on the animism world. After the Bajau embraced Islam, their world-view and cosmology have changed. Nevertheless, the changes are more evolutionary and inconsistent. Thus, in the 21st century, the cultural behavior in death customs and rituals illustrates that the Bajau cultural practices seem to have the element of syncretism; that is to say the adaptation and amalgamation between traditional and new beliefs. Yet, it is not impossible to claim that changes will become more apparent in years to come because Islamisation is a continuing process. The traditional practice and ritual of the Bajau death custom live on as the meaning and function are still needed.   

                                                                                        

 

Keywords: Death custom; Bajau; belief system; Islam; evolution


Full Text:

PDF

References


Ahmat Adam. 2012. Penyebaran Islam di Asia Tenggara. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Sejarah anjuran Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, 18 Oktober, Kota Kinabalu.

Anwar Din. 2008. Asas kebudayaan dan keseniaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bohannan, P. & Glazer, M. 1988. High points in anthropology. New York: McGraw-Hill, Inc.

Dzulfawati Hassan. 2006. Upacara kematian Melanau Likow di Sarawak. Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.

Gusni Saat. 2005. Urbanisasi dan stratifikasi sosial di kalangan Sama-Bajau di Sabah, Malaysia. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Gusni Saat. 2008. Suku etnik Bajau: Urbanisasi, perubahan dan pembangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gusni Saat. 2010. Sama Bajau dalam kanca urbanisasi: Pengalaman di Teluk Bone, Sulawesi Selatan. Kota Samarahan: Penerbit UNIMAS.

Halina Sendera Mohd. Yakin. 2007. Identiti budaya etnik Palau’ di Semporna, Sabah: Konservasi, adaptasi dan transformasi budaya. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Halina Sendera Mohd. Yakin. 2012a. Adat Kematian Masyarakat di Sabah: Kesejagatan weltanschauung daripada perspektif strukturalisme. Dlm. Setitik dijadikan laut, sekepal dijadikan gunung, disunting oleh Saidatul Nornis Haji Mahali dan Asmiaty Amat, 47-68. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Halina Sendera Mohd. Yakin. 2012b. Symbolism in the death ritual among The Bajaus. The International Journal of the Humanities 9 (10): 71-84.

Halina Sendera Mohd. Yakin & Saidatul Nornis Hj. Mahali. 2008. “Duang”: The semiotic interpretation and perception of the Bajau-Sama community in Sabah. Malaysian Journal of Communication 24: 63-71.

Halina Sendera Mohd. Yakin & Andreas Totu. 2014a. The semiotic perspectives of Peirce and Saussure: A brief comparative study. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 155: (Nov 2014): 4-8.

Halina Sendera Mohd. Yakin & Andreas Totu. 2014b. Signifikasi konsep proxemics dan chronemics dalam ritual kematian Bajau: Satu kajian dari perspektif komunikasi bukan lisan. Malaysian Journal of Communication 30 (2): 71-90.

Harrison, T. (ed.). 1956. The diary of Mr. W. Pretyman. First resident of Tempassuk, North Borneo (1878-1880). The Sarawak Museum Journal VII (8): 335-445

Herman J. Luping. 2009. Indigenous ethnic communities of Sabah: The Kadazandusun. Kuala Lumpur: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Hooker, M.B. 1991. Undang-undang Islam di Asia Tenggara. Terj. Rohani Abdul Rahim, Raja Rohani Raja Mamat & Anisah Che Ngah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jabatan Perangkaan Sabah. 2015. Buku tahunan perangkaan Sabah 2014. Kota Kinabalu: Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sabah.

Levi-Strauss, C. 1963. Structural anthropology 1. London:Penguin Books.

Muhiddin Yusin. 1990. Islam di Sabah.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saidatul Nornis Mahali. 2012. Bajau Pantai Barat. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.

Sather, C. 1997. The Bajau Laut: Adaptation, history and fate in a maritime fishing society of South Eastern Sabah. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Siti Aidah Lukin@ Lokin. 2007. Perubahan sosioekonomi dan pentadbiran masyarakat peribumi Sabah (1881-1963). Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Yap Beng Liang. 1990. Perubahan sosial dalam masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah. Ph.D Thesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Yap Beng Liang. 1997. Nilai sosial masyarakat Bajau: Tradisi dan perubahan. Kertas kerja dibentangkan di Forum Universiti Malaya-Universitas Sumatera Utara, Januari 1997, Kuala Lumpur.

Yap Beng Liang. 1993. Orang Bajau Pulau Omadal: Aspek-aspek budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694