Kajian Perbandingan Bangsawan dari Semenanjung Tanah Melayu dan Bangsawan Alaf ke-21 di Sarawak, Borneo (Comparative Studyon Bangsawan from Peninsular Malaya and the 21st Century Bangsawan in Sarawak, Borneo)
Abstract
Rekod pementasan bangsawan yang terawal di Sarawak adalah pada tahun 1914 yang dibawa masuk dari Semenanjung Tanah Melayu, manakala yang terakhir pula adalah pada tahun 2016. Kajian tentang teater bangsawan di Sarawak setakat ini mendapati dalam tempoh jangka hayat bangsawan yang lebih seabad, teater ini telah melalui empat fasa persembahan bangsawan di Sarawak. Empat fasa tersebut adalah Bangsawan Tanah Melayu, Bangsawan Kampung, Bangsawan 1980-an dan Bangsawan Alaf ke-21. Namun setakat ini belum terdapat sebarang kajian perbandingan diantara Bangsawan dari Tanah Melayu (Fasa Pertama) dengan bangsawan Alaf ke-21 (Fasa Keempat). Sehubungan itu, penulisanini bertujuan merakamkan perbandingan proses pementasan di antara bangsawan dari SemenanjungTanah Melayu dengan bangsawan Alaf ke-21 di Sarawak. Untuk tujuan tersebut, proses ‘staging’ (pementasan) dalam konsep ‘performance nest’ oleh Richard Schechenner dalam teori ‘Persembahan’akan diaplikasi sebagai kerangka analisis. Sebuah kajian berbentuk kualitatif dirangka dengankajian perpustakaan dan temubual dengan para pengamal teater bangsawan di Kuching sebagai instrumen kajian bagi memperolehi data.Analisis kandungan dilakukan ke atas kajian-kajian lepas, rakaman empat pementasan bangsawanAlafke-21, gambar-gambar foto dan transkripsi temubual. Dapatan dalam artikel ini adalah, format pementasan bangsawan Alaf ke-21 pada dasarnya masih kekal seperti Bangsawan dari Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, terdapat beberapa kelainan dari segi cerita, kaedah lakonan, latar hias, tasmat, lagu tarik nasib dan pengisian extraturn selari dengan kecanggihan teknologi dan kreativiti para pengamal teater pada Alaf ke-21 di Sarawak.
Kata kunci: Bangsawan; teater Melayu; pementasan; Sarawak; seni persembahan
Abstract
The earliest record on bangsawan performances in Sarawak was in the 1914 which were brought from the Peninsular Malaya.Meanwhile the most recent performance was staged in 2016. Findings on the study of bangsawan in Sarawak shows that, at the age of slightly above hundered years, this theatre has undergone four performance phases in Sarawak. The first phase wasmarked by Bangsawan that was brought in from Peninsular Malaya, and consequently was followed by Bangsawan Kampung, Bangsawan 1980s and bangsawan of the 21st century. Hence, this article intends to document the difference in the staging process between the Bangsawan from Peninsular Malaya and the 21st century bangsawan performances in Sarawak. To achieve this objective, the process of staging, in the nest concept by the ‘Performance Theory’ developed by Richard Schechenner is applied as an analysis tool. To gather data for this article a qualitative research was designed, with library research and interview as its research instruments. Content analysis was carried out on previous literatures, recordings of the four 21st century bangsawan performances, photographs and transcription of interviews. The findings in this article are, the staging format of the 21st century bangsawan remains the same as the bangsawan from the Peninsular Malaya. Nevertheless, there are some differences in terms of the story, acting techniques, back drop, tasmat, lagu tarik nasib and content of extra-turn. These differences are in accordance with the sophistication of technologi and creativity of the 21st century theatre practitioners in Sarawak.
Keywords: Bangsawan; Malay theatre; staging; Sarawak; performing arts
Full Text:
PDFReferences
Maimunah Daud. 1993. September 1993. Bangsawan down memory lane. Sarawak Gazette. Vol.CXX No. 1525. 14-19.
Maimunah Daud. 1999. Glimpses of Malay life in Sarawak. Kuching: Yayasan Budaya Melayu Sarawak.
Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2003. “Bangsawan” the Malay Opera of the Borneo Island. Sarawak Gazette Delima Edition.
Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2006. Kedatangan dan perkembangan awal bangsawan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak. Jurnal BERINGIN Bil. 2/2006. 87-110.
Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2008. Riwayat Bangsawan Melayu di Sarawak (1945-awal 1980an). Dlm. Sejarah dan Perkembangan Drama di Sarawak, disunting oleh Abang Haliman. Kuching: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.
Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2009. Merealisasi agenda bangsa melalui bangsawan. Dlm. Keselamatan Insan Nasional dan Serantau: Aspirasi dan Realiti, disunting oleh Nor Hashimah Jalaluddin, Kalthum Ibrahim, Misran Rokimin dan Sity Daud. Bangi: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2009a. Extra Turn Dalam Persembahan Bangsawan di Sarawak. Siri Penerbitan Seni Budaya Sarawak. Kuching: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sarawak.
Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2009b. Status, Perubahan dan Penerimaan Bangsawan Di Sarawak Sepanjang Dekad 80-an dan 90-an. Jurnal ASWARA. Jilid 4 Bil. 1/2009. 127-146.
Nur Afifah Vanitha Abdullah. Disember 2010. Pengaruh Kontekstual terhadap Kelahiran Teks dan Kaedah Lakonan Bangsawan Tahun 1980-an di Sarawak. Jurnal Tirai Panggong. Jilid 10. 1-19.
Nur Afifah Vanitha binti Abdullah. 2011. Persembahan Bangsawan di Sarawak. Kota Samarahan: UNIMAS Press
Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2011a. Creativity and Strategy: Marketing the Bangsawan Kampung of Sarawak in the 1950s, in ICACA 2008 Proceeding. Kuching: FACA UNIMAS.
Nur Afifah Vanitha binti Abdullah. 2012. Bangsawan Dayak of Sarawak. Proceeding International Conference on Linguistics, Literature and Culture (ICLLIC 2012). School of Humanities USM.
Nur Afifah Vanitha binti Abdullah. 2016. Korpus Ilmu Bangsawan Di Malaysia. Proceeding Malaysian Social Science Conference (MSC 2016). Persatuan Sains Sosial Malaysia, IKMAS UKM dan Universiti Malaysia Sabah.
Nur Afifah Vanitha Abdullah. 2017. Peranan bangunan berpentas prosenium dalam tradisi persembahan bangsawan di Sarawak. Wacana Seni Journal of Arts Discourse 16: 85–102.
Schechner, Richard. 1985. Between theatre and Anthropology. Philadelphia: University Of Pennsylvania Press.
Schechner, Richard. 1988. Performance Theory. New York: Routledge.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694