Faktor Psikologi dan Keparahan Penagihan Dadah dalam Kalangan Penagih Dadah di Semananjung Malaysia

Nazira Sadiron, Mohammad Rahim Kamaluddin, Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Norruzeyati Che Mohd Nasir, Rozainee Khairudin

Abstract


Penagihan dadah merupakan penyakit sosial yang seolah tiada jalan penghujungnya. Saban tahun statistik Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan peningkatan bilangan penagih dadah yang didominasi oleh golongan lelaki daripada lingkungan umur 20 hingga 40 tahun. Masalah ini juga semakin menghantui golongan remaja bawah umur. Walaupun pelbagai kajian telah menjelaskan tentang faktor penyebab yang menyumbang kepada keterlibatan individu dalam penagihan dadah, namun begitu, perbandingan aspek psikologi mengikut tahap keparahan penagihan masih belum diketahui. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keparahan penagihan dadah serta menganalisis perbandingan profil psikologikal mengikut tahap keparahan dalam kalangan penagih dadah di Malaysia. Kajian kuantitatif yang mengguna pakai reka bentuk keratan rentas jenis jenis kaedah tinjauan ini melibatkan sampel bertujuan seramai 300 penagih dadah dari 10 buah AADK Daerah di Semenanjung Malaysia. Alat soal selidik PsychoADDICT yang mengandungi empat instrumen yang telah disahkan dalam Bahasa Malaysia untuk mengukur trait personaliti, pengherotan kognitif, kawalan diri dan keparahan penagihan telah digunakan. Analisis ujian ANOVA sehala telah digunakan bagi membandingkan skor psikologi mengikut tahap keparahan penagihan dadah (rendah, sederhana dan tinggi). Dapatan kajian mendapati Trait Impulsive Sensation Seeking, Aggressiveness-Hostility, Neuroticism-Anxiety, Pengherotan Kognitif dan Kawalan Diri menunjukkan perbezaan signifikan mengikut tahap keparahan penagihan dadah. Berikutan ini, analisis post-hoc Tukey juga telah digunakan bagi menentukan pasangan yang menunjukkan perbezaan signifikan. Hanya trait personaliti Activity dan Sociability tidak menunjukkan sebarang perbezaan signifikan mengikut tahap keparahan penagihan. Dapatan kajian dibincangkan dalam konteks psikologi dan tingkah laku penagihan dadah. Dapatan kajian ini sangat bermanfaat dalam usaha pembangunan modul-modul intervensi pemulihan dan rawatan pencegahan dadah dalam kalangan penagih dadah mahupun remaja berisiko. 

Full Text:

PDF

References


Arneklev, B. J., Grasmick, H. G., Tittle, C. R., & Bursik, R. J. (1993). Low self-control and imprudent behavior. Journal of Quantitative Criminology, 9(3), 225-247.

Baler, R. D., & Volkow, N. D. (2006). Drug addiction: the neurobiology of disrupted self-control. Trends in molecular medicine, 12(12), 559-566.

O'Donoghue, T., & Rabin, M. (1999). Doing it now or later. American Economic Review, 89(1), 103-124.

Ball, S. A. (1995). The validity of an alternative five-factor measure of personality in cocaine abusers. Psychological Assessment, 7(2), 148.

Barriga, A. Q., Gibbs, J. C., Potter, G. B., & Liau, A. (2001). How I Think (HIT) questionnaire manual. Research Press.

Barriga, A.Q., Landau, J.R., Stinson, B.L,, Liau, A.K., & Gibbs, J.C. (2000). Cognitive distortion and problem behaviors in adolescents. Criminal Justice and Behavior, 27, 36-56.

Carver, C. S., & Connor-Smith, J. (2010). Personality and coping. Annual review of psychology, 61, 679-704.

Eysenck, H. J. 1997. Addiction, personality and motivation. Human Psychopharmacology, 12(SUPPL. 2), 79–87. doi:10.1002/(SICI)1099-1077(199706)

Farhadi, H., Omar, F., Nasir, R., Zarnaghash, M., & Salehi, M. (2015). The role of demographic factors on workplace deviant behavior. e-Bangi, 2(1).

Fauziah, I., Arifin, Z., Wan Sharazad, W. S., Lukman, Z. M., Roseliza Murni, A. R., Zainah, A. Z. & Siti Fatihah, G. 2010. Measurement of Drug Addicts.Pdf. The Social Science, Medwell Journals,.

Field, M., Eastwood, B., Bradley, B. P., & Mogg, K. (2006). Selective processing of cannabis cues in regular cannabis users. Drug and alcohol dependence, 85(1), 75-82.

Grasmick, H.G., Tittle, C.R., Bursik, Jr. R.J., & Arneklev, B.J. (1993). Testing the core empirical implications of Gottfredson and Hirschi’s general theory of crime. J Res Crime Delinq, 30(1), 5–29.

Homayouni, A. 2011. The role of personality trets and religious beliefs in tendency to addiction. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 30, 851–855. doi:10.1016/j.sbspro.2011.10.165

Hirschi, T., & Gottfredson, M. R. (2000). In defense of self-control. Theoretical Criminology, 4(1), 55-69.

Mohammad Rahim Kamaluddin, M. R., Shariff, N. S. M., & Saat, G. A. M. (2013). A unidimensional scale for self-control within Malaysian settings. Education in Medicine Journal, 5(4).

Mohammad Rahim Kamaluddin, M. R., Shariff, N. S. M., & Saat, G. A. M. (2013). A validity study of Malay translated Zuckerman-Kuhlman personality questionnaire cross-cultural 50 items (ZKPQ-50-CC). Health and the Environment Journal, 4(2), 37-52.

Krank, M., Wall, A. M., Stewart, S. H., Wiers, R. W., & Goldman, M. S. (2005). Context effects on alcohol cognitions. Alcoholism: Clinical and Experimental Research, 29(2), 196-206.

Levin, K. A. 2006. Study design III: Cross-sectional studies. Evidence-based dentistry, 7(1), 24–25. doi:10.1038

Masters, C. & Carlson, D. S. 2006. The Process of Reconnecting: Recovery from the Perspective of Addicted Women. Journal of Addictions Nursing, 17(4), 205–210. doi:10.1080/10884600600995200

Major, B. & O’Brien, L. T. 2005. The social psychology of stigma. Annual review of psychology, 56, 393–421. doi:10.1146/annurev.psych.56.091103.07013

Murphy, P., & Garavan, H. (2011). Cognitive predictors of problem drinking and AUDIT scores among college students. Drug and alcohol dependence, 115(1-2), 94-100.

Norliza, C., Norni, A., Anandjit, S., & Mohd, M. F. (2014). A review of substance abuse research in Malaysia. The Medical Journal of Malaysia, 69, 55-58.

Perry, J. L., & Carroll, M. E. (2008). The role of impulsive behavior in drug abuse. Psychopharmacology, 200(1), 1-26.

Randles, D. & Tracy, J. L. 2013. Nonverbal Displays of Shame Predict Relapse and Declining Health in Recovering Alcoholics. Clinical Psychological Science, 1(2), 149–155. doi:10.1177/2167702612470645

Rascanu, R. (2005). The personality profile of the drug addict. Europe’s Journal of Psychology, 1(1).

Sinha, R. 2001. How does stress increase risk of drug abuse and relapse? Psychopharmacology, 158(4), 343–359. doi:10.1007/s002130100917

Tang, Y. Y., Hölzel, B. K., & Posner, M. I. (2015). The neuroscience of mindfulness meditation. Nature Reviews Neuroscience, 16(4), 213

Tiffany, S. T. (1990). A cognitive model of drug urges and drug-use behavior: role of automatic and nonautomatic processes. Psychological review, 97(2), 147.

Verdejo-Garcia, A., Chong, T. T. J., Stout, J. C., Yücel, M., & London, E. D. (2018). Stages of dysfunctional decision-making in addiction. Pharmacology Biochemistry and Behavior, 164, 99-105.

Wan Shahrazad, W. S., Lukman, Z. M., Roseliza Murni, A. R., Arifin, Z., Zainah, A. Z., Fauziah, I. & Siti Fatihah, G. 2010. Personality trets and readiness to change among drug addicts in Malaysia. Research Journal of Applied Sciences,. doi:10.3923/rjasci.2010.263.266

Zuckerman, M., & Kuhlman, D. M. 2000. Personality and risk-taking: common biosocial factors. Journal of personality, 68(6), 999–1029. doi:10.1111/1467-6494.00124


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694