Kata Darjah dan Kata Penguat dalam Dialek Kelantan (Kata Darjah and Kata Penguat in Kelantanese Dialect)
Abstract
Dialek Melayu Kelantan (DMK) merupakan salah satu dialek Melayu yang mempunyai struktur bahasa yang unik. Artikel ini akan membincangkan keunikan akal budi masyarakat Kelantan yang tergambar melalui penggunaan kata darjah yang berbeza daripada dialek-dialek lain dan bahasa baku. Kata darjah dalam DMK sering disalah tafsir dari segi penggolongan kata tersebut dan kedudukannya di dalam ayat. Kebanyakan pengkaji lepas cenderung untuk menggolongkan kata darjah sebagai kata penguat atau reduplikasi. Masyarakat Kelantan mengungkapkan bahasa mereka secara berbeza berbanding bahasa Melayu baku. Kata darjah dalam DMK mempunyai bentuknya yang tersendiri dari segi struktur dan fungsi. Ini menunjukkan bahawa kata darjah tidak sama jika dibandingkan dengan kata penguat. Kajian ini akan menghuraikan kedudukan kata darjah dan kata penguat dalam DMK dengan memilih Kampung Pemanok, Machang sebagai kawasan kajian. Bagi mendapatkan data-data kajian, kaedah kajian lapangan telah dijalankan dengan menemu bual informan di kawasan kajian tersebut mengikut demografi penduduk. Data-data kajian yang diperoleh, dianalisis berdasarkan kerangka struktural. Hasil analisis kajian menemukan sebelas jenis kata darjah dalam DMK. Sebelum ini, bentuk kata darjah seperti di dalam DMK tidak dibincangkan dalam mana-mana buku tatabahasa Melayu. Hal ini bermakna dalam bahasa baku bentuk penggunaan darjah adalah berbeza jika dibandingkan dengan penggunaannya di dalam DMK. Jika dilihat bentuk kata darjah ini ada sedikit persamaannya dari segi fungsi dan makna dengan kata penguat, namun begitu tidak dinafikan ada juga ciri yang membezakan antara kedua-dua golongan kata ini. Oleh itu, diharap dengan adanya kajian ini, maka salah satu kelompongan dalam kajian lepas telah dapat diselesaikan.
Kata kunci: Dialek Melayu Kelantan; kata darjah; kata penguat; bahasa Melayu baku; kerangka struktural
Abstract
Kelantan Dialect is one of Malay dialect that has unique structures. This paper will discuss the uniqueness of kata darjah in Kelantan dialect which is different from other dialects and standard language. Kata darjah in Kelantan dialect was always misconcept from the aspect of its classification and its position in a sentence. Most researchers tend to classify kata darjah as kata penguat or part of reduplication. The Kelantanese express its language differently compared to standard Malay. Kata darjah in Kelantan dialect has its own structure and function. This paper will discuss every aspect of kata darjah and kata penguat in Kelantan dialect. For this purpose, Kampung Pemanok was chosen as a location of study. Kampung Pemanok is situated in Machang district. An interview was conducted to gather information and the information is based on demography of the place. The data was analysed based on structural framework. The findings of this study show that there are eleven types of kata penguat in Kelantan dialect. Kata darjah in Kelantan dialect was never discussed before. The use and form of kata darjah in standard Malay are different from that of Kelantan dialect. It was hoped that this article will provide some light on the issue of kata darjah and kata penguat in Kelantan dialect.
Keywords: Kelantan dialect; kata darjah; kata penguat; standard Malay; structural framework
Full Text:
PDFReferences
Abdul Hamid Mahmood.1994. Sintaksis Dialek Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 1994. Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
Ajid Che Kob. 1985. Dialek Geografi Pasir Mas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asmah Haji. Omar. 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. 2008. Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Brown, C. C. 1956. Studies In Country Malay. London: Luzac & Co.
Chambers, J. K. & Trudgil, P. 1980. Dialektologi. Terj. Annuar Ayob. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Collins, J. T. 1983. Dialek Ulu Terengganu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Collins, J. T. 1989. Antologi Dialek Terengganu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Noriati Muhamad. 2017. Kata Soal dalam Dialek Perlis. Akademika 87(1): 177-187.
Haizan Haron. 2001. Kata Penguat dalam Dialek Kelantan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Halliday, M. A. K. 1968. The users and uses of language. Dlm. The Sociology of Language, disunting oleh J. Fishman, 139-169. Mouton: The Hague.
Hashim Hj. Musa. 1993. Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hussin Dollah. 1983. Fonologi Dialek Melayu Kelantan: Kajian di Mukim Demit. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jayaprakash, R. R. 2011. Research Methodology. New Delhi: A.P.H. Publishing Corporation.
Mahsun. 2005. Metode Penelitian Bahasa. Yogyakarta: Duta Wacana University Press.
Nasrun Alias & Collins, J. T. 2017. Pendokumentasian Dialek Ulu Terengganu Sebagai Wahana Komunikasi: Satu Tinjauan Awal Aspek Morfologi. Jurnal Melayu Isu Khas: 436-457.
Nik Safiah Karim et al. 2011. Tatabahasa Dewan. Edisi Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nur Adibah Hasan & Sharifah Raihan Syed Jaafar. 2017. Struktur Suku Kata Terbitan Dialek Terengganu. Akademika 87(1):165-175.
Sa’adiah Ma’alip & Rahilah Omar. 2017. Penggunaan Kristang Sebagai Bahasa Komunikasi dalam Kalangan Masyarakat Portugis di Melaka. Jurnal Melayu Isu Khas: 419-435.
Saidatul Nornis Hj. Mahali. 2012. Situasi, Peristiwa dan Lakuan Bahasa dalam Kalang Sama. Akademika 82(1): 3-14.
Siti Noraini Hamzah & Nor Hashimah Jalaluddin. 2018. Kepelbagaian Varian Leksikal Dialek di Perak: Pendekatan Geographical Information System. Akademika 88(1): 137-152.
Siti Norazila Razali. 2008. Reduplikasi dalam Dialek Terengganu: Satu Kajian Kes di Kampung Tok Ba, Tepoh, Kuala Terengganu. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sturrock, A. J. 1912. Some Notes on The Kelantan Dialect, and Some Comparisons with the Dialects of Perak and Central Pahang. JMBRAS 62(Disember): 1-7.
Zaiton Mohd Noor. 1993. Penggandaan dalam Dialek Kelantan: Satu Kajian Kes di Pasir Mas, Kelantan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694