Kebitaraan Peribahasa Melayu dalam Komunikasi (The Excellence of the Malay Proverb in Communication)

Shaiful Bahri Md. Radzi

Abstract


Artikel ini membicarakan peribahasa Melayu dengan tumpuan khusus ke atas peribahasa tipu daya dan pura-pura dari segi binaannya bagi melihat kebijaksanaan orang Melayu dalam menciptanya. Kelakuan jahat melalui kepura-puraan ini hadir berselindung di sebalik rupa paras dan lemah lembut berbicara bagi memperdaya mangsa untuk kepentingan diri. Data peribahasa ini dikutip daripada Kitab Kiliran Budi susunan Munsyi Sulaiman yang pertama kalinya diterbitkan pada tahun 1906. Dari segi binaan, motif rupa fizikal sesuatu benda yang cantik menjadi kiasan perbandingan kepada kepura-puraan. Madu dan tebu yang manis dipertentangkan dengan hempedu yang pahit serta potongan pepat-rencong yang berlawanan sifatnya digunakan pula sebagai kiasan perbandingan bagi orang yang berpura-pura menerusi lemah lembut berbahasa. Paduan antara kesesuaian motif dan perilaku yang diungkap itu menyerlah perbezaan antara yang tersurat dan tersirat pada diri yang orang berpura-pura. Jumlah peribahasa ini yang besar dalam perbendaharaan warisan memberikan peringatan tentang betapa jahatnya sikap ini yang boleh membawa kemudaratan masyarakat. Dalam komunikasi, orang yang mahir berperibahasa akan dapat memanfaatkan pengetahuannya dalam menyedarkan masyarakat supaya berhati-hati ke atas orang yang bersifat demikian.

 

Kata kunci: Peribahasa; pura-pura; rupa paras; lemah-lembut bercakap; komunikasi

 

Abstract 

 

This article discusses the Malay proverb with a special reference to the proverbs of deceit and feign in terms of its construction to see the wisdom of the Malays in creating them. This bad behaviour of feign comes in two conditions, with good looks and gentle talk to deceive the victim to self-interest. The data of this proverb is taken from the Kitab Kiliran Budi compiled by Munshi Sulaiman, was first published in 1906. In terms of construction, the motive of physical appearance of good looks became the comparison of feign through the good appearance. Whereas sweet honey and sugar cane contrasted with bitter gall and straight-slanting cuts to the contrary in nature are used as comparation motives for people who pretend through gentle language. The suitability of motives and the behaviour discussed revealed the striking difference between what is seen and what is hidden of self-pretend. The vast total of this proverb of deceit and feign in the repertoire of heritage shows how evil this attitude as it could bring harm to the society. In communications, a skilled person in Malay proverbs will be able to leverage their knowledge in enlightening the public to be cautious about such people.

  

Keywords: Proverb; feign; good appearance; gentle talk; communication


Full Text:

PDF

References


Abdullah Hussein. 1989. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amelia Abdul Aziz. 1993. Kesan inovasi teknologi komunikasi kini ke atas sosiobudaya masyarakat Malaysia. Jurnal Komunikasi 9: 27-35.

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. 1990. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hajah Zainun Sulaiman (Ibu Zain). 1974. Temu bual, 18 Jun, 3 September, 5 September, 5 November dan 9 November 1974. Arkib Negara Malaysia, Petaling Jaya.

Ismail Hamid. 1987. Kesusasteraan Melayu Lama. Petaling Jaya: Longman.

Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md. Radzi. 2015. Kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi massa: satu analisis. Jurnal Komunikasi 31(2): 183-194.

Shaharom Husain. 1986. Munsyi Sulaiman semai semangat kebangsaan pada pelajar Melayu. Berita Harian.

Shaiful Bahri Md. Radzi. 2003. Pantun Suku Kaum Mah Meri. Akademika 62: 41-57.

Shaiful Bahri Md. Radzi. 2015. Si Tanggang moden dan pembangunan makna dalam cerita bermotifkan anak derhaka. Jurnal Komunikasi 31(2): 247-261.

Siti Zubaidah Raja Muhamed. 2015. Ketokohan dan Pemikiran Munsyi Sulaiman: Satu Wacana Berdasarkan Kitab Gemala Hikmat. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sulaiman Muhammad Nur. 1956. Kitab Kiliran Budi. Singapura: Malaya Publishing House.

Susana Widyastuti. 2010. Peribahasa: Cerminan Keperibadian Budaya Lokal dan Penerapannya di Masa Kini. www.durov.com/study/stylistics.175.doc.

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 1962. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 1964. Kalong Bunga, Pilehan dan Petekan Dari Rangkap2 Puisi Melayu Chara Lama. Buku 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694