Perkahwinan Campur Kedatuan Idahan dan hubungannya dengan Perkembangan Islam di Lahad Datu, Sabah

Suraya Sintang

Abstract


Sejarah mencatatkan perkahwinan campur antara Datu yang berasal dari Kepulauan Sulu dengan wanita Idahan telah berlaku sejak abad ke 17. Hasil perkahwinan campur antara keduanya telah melahirkan pewaris yang dikenali sebagai Kedatuan-Idahan. Kertas kerja ini ingin mengetengahkan sejarah perkahwinan campur Kedatuan dan Idahan di Sabah yang menyumbang kepada pengukuhan identiti Islam di kalangan penduduk pantai timur Sabah. Kajian ini melibatkan pengumpulan data menggunakan metode kualitatif berdasarkan kandungan analisis teks (content analysis text) dan temubual secara mendalam bersama key informants terpilih di beberapa perkampungan masyarakat Idahan di Lahad Datu. Hasil kajian menunjukkan perkahwinan antara Datu daripada kepulauan Sulu dengan wanita Idahan telah melahirkan pewaris yang mempunyai hubungan kekerabatan dengan kesultanan Sulu. Hubungan kekerabatan ini dipercayai bagi menguatkan lagi penguasaan kegiatan ekonomi sarang burung yang mendapat permintaan yang tinggi dari pedagang China. Dapatan kajian juga menunjukkan pembawaan gelaran Datu dan Dayang pada pangkal nama pewaris Kedatuan mengukuhkan lagi identiti Islam dalam kalangan masyarakat pantai timur Sabah. Kajian turut mendapati perkahwinan Kedatuan-Idahan telah memberi impak kepada kedudukan politik masyarakat Idahan di kawasan Teluk Darvel dan turut menyumbang kewujudan petempatan awal masyarakat Islam di pantai timur Sabah. Peranan Kedatuan turut menjelaskan peri pentingnya kedudukan mereka sebagai pemimpin beragama Islam di daerah Lahad Datu dan penglibatan mereka dalam Suruhanjaya Cobold sehingga pembentukan Malaysia. 


Full Text:

PDF

References


Asreemoro. (2007). Tausug dan Kesultanan Sulu. Batu Cave: RNH Marketing Sdn Bhd.

Beniamin Jamaludin. Borneo Mail 1 Februari 1990, Suku Idahan Masih Kaya dengan Adat.

Banker, John E. (1984) The Ida’an language dalam King & King (eds.) Languages of Sabah: A Survey Report, The Australian National University, 85-90

British North Borneo Herald, Jil. 19 (18), 1 Oktober 1901; L.W. Jones, North Borneo: Report On The Sensus of Population.

British North Borneo Herald, Jil. 19 (18), 1 Oktober 1911.

British North Borneo Herald, April 1, 1885, No. VIII, Vol. III.

Cesar Adib Majul. (1974). The Muslim in The Philipines: An Historical Perspective. (dalam). Peter G. Gowing & Robert D. McAmis (ed.), The Muslim Filipino: Their History, Society and Contemporary Problems, Manila: Solidaridad Publishing House.

Cesar Adib Majul. (1988). Muslim di Filipina, Terj: Shamsuddin Jaapar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia

David C. Moody. (1993). Tengkaput dlm Liton Ida’an. Kota Kinabalu: Department of Sabah Museum

H.L Roth. (1964). The Natives of Sarawak and British North Borneo. Singapore: University of Malaya Press

J.F. Warren. (1971). The North Borneo Chartered Company’s Administration of the Bajau, 1878-1909: The Pacification of a maritime Nomadic People. The Centre for International Studies Athens: Ohio University

Juanito A. Bruno. (1973). The Social World of The Tausug: A Study in Philippine Culture and Education. Manila: Centri Escolsr University

Jusman Aman Setia. (2016). Inventori Etnik Negeri Sabah: Etnik Idahan. Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Kota Kinabal. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

Jusman Aman Setia. (2012). Penglibatan Suku Kaum Idahan dalam Aspek Sosio Ekonomi dan Pentadbiran di Lahad Datu dalam Warisan Budaya Sabah Etnisiti dan Masyarakat. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, hlm. 375-406

Jusman Aman Setia. (2007). Sejarah awal dan kemajuan suku Idahan di Lahad Datu (1896 sehingga 1940). Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah

Kee Sabariah Kee Mohd Yusof & Asmiaty Amat. (2012). Suluk dlm Murut dan Pelbagai Etnik Kecil Lain di Sabah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia

M. Piper. (1988). The Idahan. Sabah Museum Monograph, Vol. 11

Mat Zin Mat Kib. (2003). Kristian di Sabah 1881-1994. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Melda Salbat. (2003). Perkembangan Dakwah Islamiah di Daerah Lahad Datu dari Tahun 1979 Sehingga Tahun 1984: Persaingan di antara Berjaya, Usno dan Kegiatan Pelbagai Pihak Lain. Latihan Ilmiah Program Sejarah Sekolah Sains Sosial. Universiti Malaysia Sabah

Mohamed Yusoff Ismail. (1987). Masyarakat Minoriti Idahan dan Ekologi Sarang Burung: Pengaruh Sistem Kekerabatan dalam Pengurusan Alam Sekitar. Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan Akademika, Bil. 51, 3-21

Mohd Fazil Ajak & Nelson Dino. (2018). Pis Lambang Masyarakat Sulu dalam PIS dan Pemikiran dan Identiti Suluk. Kota Kinabalu: Pertubuhan Profesional Suluk Sabah (PROS)

Muhiddin Yusin. (1990). Islam di Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mutalib M.D. Utusan Borneo 3 Mei 1995. Gua Madai Warisan Suku Kaum Idahan

Penyata/Laporan Tahunan USIA 1970-1986

Roslindawati Jakum. (2017). Penglibatan Pemimpin Masyarakat Suluk dalam Pembentukan Malaysia (1961-1966). Tesis sarjana. Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah

Statistik Pendaftaran Umum Saudara-saudara Baru di Daerah Lahad Datu, Bahagian Dakwah, USIA

Suraya Sintang, Kasim Mansur, Dayangku Aslinah Abd. Rahim, Sarip Adul, Dullah Muluk, Roslinah Mahmud. (2018). “Saudara baru” di Sabah: Isu dan Permasalahan Masakini. Jurnal Penyelidikan Islam, Bil. 30, hlm. 140-160.

Tom Harrison. (1972). The Advent of Islam in West and North Borneo. Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society, Vol. 45-1, hlm. 10-20

T. Harisson & B. Harrison. (1971). The Prehistory of Sabah, Vol.VI. Kota Kinabalu: Sabah Society Journal Monograph


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694