Hubungan Rakyat dan Pemerintah dalam Tradisi Lisan dari Perspektif Kepimpinan (People and Government Relationship in Oral Traditional Based on Leadership Perspective)

Madiawati Mustaffa, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Rohayati Junaidi, Maizira Abdul Majid

Abstract


Hubungan rakyat dan pemerintah adalah berkait rapat dan mempunyai hubungan timbal balas antara satu sama lain. Ungkapan “rakyat dan raja berpisah tiada” menunjukkan keakraban hubungan dua kelompok ini. Pengisahan tentang pemerintah dan rakyat banyak terlihat dalam sastera hikayat. Namun kajian ini melihat sejauh mana pandangan rakyat terhadap pemerintah dari kaca mata rakyat melalui sastera rakyat. Sastera rakyat merupakan dokumentasi masyarakat dahulu serta merupakan salah satu medium dalam melihat persekitaran yang mempengaruhi hubungan antara rakyat dan pemerintah. Masalah yang melibatkan hubungan rakyat dan pemerintah merupakan salah satu situasi yang memberi kesan jangka panjang terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara. Justeru, persekitaran yang bertimbal balas secara aktif dan baik antara rakyat dan pemerintah membantu memelihara sistem sosial sesebuah masyarakat. Sehubungan itu, kajian ini bertitik-tolak daripada dua objektif utama, iaitu mengenal pasti hubungan antara rakyat dan pemerintah dalam cerita-cerita lisan Pahang, serta menganalisis kesan hubungan timbal balas antara pemimpin dan rakyat dalam tradisi lisan berdasarkan Teori Kepimpinan oleh Northouse (2013). Kajian analisis teks ini meneliti cerita rakyat Pahang koleksi Zakaria Hitam dengan melihat hubungan antara rakyat dengan pemimpin dalam konteks kepimpinan. Dapatan kajian memperlihatkan pengaruh kepimpinan tradisional yang memberikesan timbal balas dalam hubungan antara rakyat dan pemerintah, iaitu saling mempengaruhi dalam membentuk system sosial masyarakat. Kesimpulannya, pemimpin dan rakyat saling memerlukan dalam memastikan kelangsungan dan keharmonian negara.

Kata kunci: Tradisi lisan; Teori Kepimpinan; rakyat; pemerintah; cerita rakyat Pahang


Abstract


People-government relations are closely intertwined and reciprocal. The phrase “rakyat dan raja berpisahtiada” indicates the closeness of the two groups. The narrative of the government and the people is widely seen in the pedagogical literature. But this study looks at the extent to which the public views the government through the eyes of the people through the literature of the people. People’s literature is a document of society and is one of the mediums in looking at the environment that influences the relationship between the people and the government. Issues involving public and government relations are one of the long-term issues affecting the country’s harmony and well-being. Thus, an active and positive response between the people and the government helps to maintain the social system of a society. As such, this study draws on two main objectives, namely, identifying the relationship between the people and the government in Pahang oral stories, and analyzing the impact of reciprocal relationships between leaders and people in oral tradition based on Theory of Leadership Northouse’s (2013). This text analysis study examines the folklore of Pahang’s Zakaria Hitam collection by looking at the relationship between people and leaders in the context of leadership. The findings show that the influence of traditional leadership has a reciprocal effect on the relationship between the people and the government, which in turn influences the social structure of society. In conclusion, leaders and citizens need each other in ensuring the survivaland the harmony of the nation.

Keywords: Oral tradition; leadership theory; people; government; Pahang folklore


Full Text:

PDF

References


Ahmad Ali A. Karim. 2019. Jangan Hilang Rasa Cinta kepada Negara. Utusan, 27 Ogos. https://www.utusan.com.my/rencana/utama/jangan-hilang-rasa-cinta-kepada-negara-1.961318. Diakses pada: 30 Ogos 2019.

Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Arba ‘ie Sujud, Salihahs Razak & Siti Rabiatul Adawiah Jaffar. 2015. Pemikiran politik: Pemimpin dan kepemimpinan dalam novel Shahnon Ahmad. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 3 (1), 67-78.

Arina Johari & Indirawati Zahid. 2016. Manifestasi kesantunan Melayu dalam ujaran memberi dan meminta nasihat. Gema Online® Journal of Language Studies 16 (2), 73-93.

Bennis, W.G. & Nanus, B. 1985. Leaders: The strategies for Taking Charge. New York: Harper & Roe.

Capowski, G. 1994. Anatomy of a leader: Where are the leader of tomorrow? Management Review 83 (3), 10-18.

Che Abdullah Che Ya & Mohamad Rodzi Abd Razak. 2019. Menelusuri elemen sejarah dalam novel. Akademika 89 (Isu khas), 5-14.

Jelani Harun. 2004. Pemikiran Melayu Tentang Keadilan Raja: Satu Analisis Berdasarkan Karya Adab Ketatanegaraan. Woramit Baru @ Haji Ahmad Idris (peny.), Pemikiran Melayu: Tradisi dan Kesinambungan. Kuala Lumpur: Kl: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jumali Selamat & Che Abdullah Che Ya. 2009. Analisis kepimpinan dalam Meredah Kabut. Jurnal Personaliti Pelajar 12, 109-124.

Koleksi Cerita Rakyat Pahang Zakaria Hitam (Belum diterbitkan). Projek Bantuan Kecil Penyelidikan Khas Universiti Malaya (BKP).

Kotter, J. P. 2001. What Leader Really Do? Harvard Business Review 79 (11), 85-96.

Hishamudin Isam & Norsimah Mat Awal, 2011. Analisis berasaskan korpus dalam menstruktur semula kedudukan makna teras leksikal setia. Gema Online® Journal of Language Studies 11 (1), 143-158.

Manat Solihat. 2015. Kepemimpinan dan gaya komunikasi. JIPSI: Jurnal Ilmiah Ilmu Politik dan Komunikasi 4(1), 1-9.

Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hassan. 2015. Keintelektualan pemikiran Melayu dalam cerita lipur lara: Penelitian awal berdasarkan perspektif pendekatan pengurusan. Journal of Business and Social Development 3 (2), 1-16.

Mohamad Zuber Ismail & Mohamad Mokhtar Abu Hassan. 2016. Dimensi perancangan dalam Hikayat Malim Dewa: Kajian Pendekatan Pengurusan. Jurnal Pengajian Melayu 27, 25-44.

Muhd Norizam Jamian & Zubir Idris. 2019. Kebijaksanaan adab dalam hikayat melayu tradisional. Akademika 89 (Isu khas), 81-91.

Norazimah Zakaria & Mazarul Hasan Mohamad Hanapi. 2016. Konsep taat setia sebagai petunjuk masa depan melalui karya agung sebagai model jati diri bangsa melayu. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) 2 (2), 173-182.

Noriah Taslim. 1993. Teori dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Rafidah Saidon, Sity Daud & Mohd Samsudin. 2017. Faktor kepimpinan dan gender dalam penglibatan politik wanita di Malaysia (1980-2013). Akademika 87 (3),61-73.

Northouse, P. G. 2013. Leadership: Theory and practice. Western Michigan University: SAGE Publications, Inc.

Salmah Jan Noor Muhammad. 2017. Kepemimpinan diplomatik pemerintah kerajaan dalam Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Jurnal Melayu 16 (1), 1-18.

Sara Beden. 2019. Analisis Prosa Klasik “Kepimpinan Melalui Teladan” berdasarkan prinsip kepimpinan. Malay Literature 32 (1), 37-70.

Suriati Zakaria & Nor Hashimah Jalaluddin. 2016. Konsep ruang dalam Anggun Cik Tunggal: Analisis Semantik Inkuisitif. Gema Online® Journal of Language Studies 16 (3),187-204.

Tenas Effendy. 2000. Pemimpin dalam Ungkapan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali & Salinah Ja‘afar. 2013. Simbol kebesaran daulat, mahkota dan keris dalam Hikayat Hang Tuah. Jurnal Melayu 11, 99-109.

Tichy, N. M. & Devanna, M. A. 1986. The Transformational Leader. New York: John Willey.

Yukl, G. 1989. Managerial leadership: A review of theory and research. Journal of Management 15 (2), 251-290.

Zainal Abidin Borhan. 2012. Wa'ad, Wasiat dan nasihat dalam sulalat al-salatin: Iktibar untuk kepimpinan Melayu. Al-'Abqari 2, 1-15.

Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. 2011. Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu. GEMA Online® Journal of Language Studies 11(3), 31-50.

Zuraidah Abdullah, Zahir Ahmad & Nuwairi Khaza’ai. 2012. Pantun dan ungkapan Melayu sebagai wahana kepimpinan Melayu ke arah pembangunan modal insan. Jurnal Melayu 9, 155-170.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694