Ilmu alam dan pembangunan di Malaysia
Abstract
Makalah ini cuba memberikan sejarah ringkas mengenai pergolakan yang berlaku dalam Ilmu Alam sejak 10 tahun yang lalu dengan tumpuan khas kepada aspek-aspek berhubung dengan pendekatan dan teknik yang digunakan dalam disiplin tersebut. Bahagian kedua makalah ini pula cuba menunjukkan bagaimana Ilmu Alam menjadi satu disiplin ilmu, dalam konteks pergolakan yang telah berlaku dalam masa 10 tahun kebelakangan di Malaysia. Berasaskan kepada latihan yang diterimanya, seseorang geografer itu berkemampuan menyumbangkan sesuatu yang berkesan terhadap pembangunan di Malaysia. Para geografer juga berkemampuan membantu dalam menyelesai masalah-masalah berhubung dengan pencemaran udara dan mengurang kerosakan banjir
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694