Aliran kini dalam antropologi, psikologi dan sosiologi di Malaysia
Abstract
Sungguhpun Antropologi, psikologi dan Sosiologi telah bermula di peringkat kedua kurun kesembilan belas, namun di Malaysia disiplin-disiplin ini telah diabaikan begitu sahaja hingga ketahun-tahun 1960an. Dewasa itu disiplin-disiplin ini masih terletak di bawah naungan disiplin-disiplin lain dan dengan itu perkembangannya telah menghadapi berbagai-bagai masalah struktur. Akan tetapi, dengan berlakunya pembangunan negara yang pesat, disiplin-disiplin ini telah mula diberi keutamaan di Malaysia, dan bilangan ahli-ahli dalam disiplin-disiplin ini juga turut meningkat. Makalah ini cuba menjelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh disiplin-disiplin ini dan cuba membuat huraian ringkas tentang perkembangan idea yang telah membantu pembentukan aliran kini dalam Antropologi, Saikologi dan psikologi di Malaysia
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694