Pengetahuan dan Amalan Kelestarian Alam Sekitar di Kawasan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor ( The Knowledge and Practice of Environmental Sustainability in Sepang Municipal Council, Selangor)
Abstract
Development is needed to improve human living standard and well-being. However, the enthusiasm in pursuing rapid development often causes environmental aspect being ignored. This article aims to discuss residents’ knowledge and attitudes regarding environmental sustainability in Sepang Municipal Council. Method used in this study is based on the questionnaires surveyed among people who are residing in the Sepang Municipal Council. The study found out that the level of sustainability among Sepang Municipal Council’s resident are at moderate level based on the knowledge and attitudes of the respondents. Although, most respondents have relatively high level of knowledge, but in terms of sustainability practices, it shows a relatively low value. In addition, the weaknesses in environmental management by the authorities also prevailed in the result, thus it needs to be improved. In this case, the basic knowledge about environmental sustainability in the study area at a moderate level and a lot more needed to be done in order to secure a significant level of environmental sustainability awareness being achieved.
Keywords: Sustainability; environment; urbanization; sustainable communities; sustainable city
ABSTRAK
Pembangunan amat diperlukan untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan manusia. Namun, keghairahan dalam mengejar pembangunan yang pesat seringkali menyebabkan aspek kelestarian alam sekitar diabaikan. Artikel ini bertujuan membincangkan tahap pengetahuan dan amalan penduduk di sekitar Majlis Perbandaran Sepang berkaitan kelestarian alam sekitar. Kaedah kajian yang digunakan adalah berasaskan kaji selidik dalam kalangan penduduk yang tinggal di kawasan perumahan di sekitar Majlis Perbandaran Sepang. Kajian ini mendapati bahawa tahap kelestarian alam sekitar di kawasan Majlis Perbandaran Sepang adalah sederhana berdasarkan pengetahuan dan sikap responden. Walaupun lebih 80% responden mempunyai tahap pengetahuan yang agak tinggi, tetapi dari segi amalan kelestarian alam sekitar menunjukkan nilai yang agak rendah. Selain itu kelemahan dalam pengurusan alam sekitar oleh pihak berwajib juga didapati menyumbang kepada masalah alam sekitar di kawasan kajian. Dalam hal ini, pengetahuan asas tentang kelestarian alam sekitar yang berada pada tahap sederhana masih tidak mencukupi dalam mewujudkan sebuah komuniti dan persekitaran lestari di kawasan tersebut.
Kata kunci: Kelestarian; alam sekitar; perbandaran; komuniti lestari; bandar lestari
Full Text:
PDFReferences
Che Su Mustaffa. 2003. Komunikasi pembangunan sebagai agen perubahan dalam menyampaikan mesej pembangunan. Dlm. Asas Kefahaman Pengurusan Pembangunan, disunting oleh Dani Salleh & Abdul Rahman Aziz, 153-162. Sintok :Universiti Utara Malaysia:
Chelliah, T. 1990. Pendidikan alam sekitar. Dlm. Alam Sekitar Di Malaysia : Isu dan Pengurusannya, disunting oleh Sham Sani & Abdul Samad Hadi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Drakakis, D. S. 1997. Third World Cities: Sustainable Urban Development IIIÐ Basic Needs and Human Rights. Urban Studies 34(5-6): 797-823.
Hamidi Ismail. 2004. Sisa pepejal dan permasalahan penjanaannya di Malaysia. Dlm. Pembangunan Komuniti: Dasar, Konsep, Strategi dan Isu di Malaysia, disunting oleh Dani Salleh. Sintok: Universiti Utara Malaysia: 217-224.
Hasnah Ali, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim, Asmah Bee, Syarifah Yaakob & Nur’ Jila Mohamad. 2010. Pengguna dan kitar semula ke arah kelestarian alam sekitar. Prosiding Seminar Kebangsaan MACFEA Ke 14, Hala Tuju Penyelidikan Kepenggunaan Isu dan Cabaran: 393-406.
Ibrahim Komoo & Pereira, J. J. 2002. Pemuliharaan alam sekitar Negeri Selangor berteraskan Agenda 21: Isu, cabaran dan peluang. Dibentangkan dalam Kongres Pembangunan dan Ekonomi Negeri Selangor, Bangi, 26 – 28 Jun.
Jamaluddin Md. Jahi. 2010. Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia: Dari Stockholm ke Rio de Janeiro dan Seterusnya. Syarahan Perdana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Laily Paim. 2009. Konsep dan Faktor Penentu Penggunaan. Dlm. Penggunaan Lestari : Antara Cabaran & Realiti, disunting oleh Laily Paim, Aini Mat Said & Sharifah Azizah Haron. Serdang: Universiti Putra Malaysia: 1-25.
Mariani Hambug. 2008. Sustainable Development Awareness. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, Johor.
Ruslan Rainis, Noresah Mohd Shariff & Tarmiji Masron. 2006. Perubahan Konsentrasi Ruangan Penduduk Semenanjung Malaysia 1980-2000. Malaysian Journal of Society and Space 1(1): 1-13.
White, R & Whitney, J. 1992. Cities and the Environment: An Overview. Dlm. Sustainable Cities : Urbanization and The Environment in International Perspective, disunting oleh Strenetall, oleh Stren, R., Rodney White, R. & Whitney, J. Colorado: Westview Press.
World Commission on Environment and Development (WCED). 1987. Our Common Future. Oxford: Oxford University Press.
Zamri Hassan. 2004. Gotong-royong dan manfaatnya sebagai mekanisme kebajikan dan pembangunan komuniti. Dlm. Pembangunan Komuniti: Dasar, Konsep, Strategi dan Isu di Malaysia. Sintok: Universiti Utara Malaysia, disunting oleh Dani Salleh, 89-106.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694