Media Penyiaran: Implikasinya dalam Pembentukan Akhlak Penuntut-penuntut Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia (The Influence of Broadcast Media in the Development of Morality Among Malay Students in Malaysian National Secondary Schools)
Abstract
Technology in the broadcast media had witnessed rapid and consistent changes since the late 19th century to the early 20th century. The changes have lifted the broadcast field as the prime medium in channeling information. Such improvements are vital especially in simplifying communication activity whilst generating information at a more efficient rate. These changes are becoming the new way in which tasks regarding information processing are converted into codes for the purpose of delivering and presenting facts to the public in the form of new technology. The changes in technology are updated in the 21st century. The internet service has replaced the conventional method of information gathering. This technique allows data transfer to be processed easily and quickly whilst adding more input to the information received. Information regarding all sorts of world issues relating to the news, emails, commerce and entertainment including internet streaming can be achieved easily through the said method. This article examines the extent of media influence in shaping the attitude, behavior and morality among Malay youth in Malaysia and it is based on a quantitative research using surveys as the main instrument. The respondents consisted of 1,504 Malay students from national secondary schools in Malaysia. The findings show that the power of the media in shaping the attitude, behavior and morality of Malay youth is at a medium level, which suggests a dominant influence. Further, the findings show that the higher the use of the media, the lower morality among the youth. In view of numerous negative perceptions of the media, it is hoped that the findings are able to help the government to optimize the use of broadcast media in a more health and effective way.
Keywords: Media, broadcasting, akhlaq, malay, education
ABSTRAK
Teknologi dalam media penyiaran telah mengalami perubahan pesat dan berterusan semenjak akhir kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20. Perubahan-perubahan yang berlaku menjadikan bidang penyiaran sebagai medium utama dalam menyalurkan informasi. Peningkatan teknologi sebegini amat penting terutama dalam memudahkan aktiviti dan proses komunikasi serta menjana informasi dengan kadar yang lebih efisien. Perubahan-perubahan ini merupakan kaedah baru bagaimana kerja-kerja berkaitan pemprosesan maklumat ditukarkan kepada kod-kod untuk tujuan penghantaran, penyebaran dan persembahan maklumat kepada orang ramai dalam bentuk teknologi baru. Perubahan teknologi ini semakin meningkat pada abad ke-21. Perkhidmatan internet dalam kebanyakan masa telah mengambil alih proses untuk mendapat maklumat daripada teknologi lazim. Teknik ini telah membolehkan proses pemindahan data berlaku dengan mudah dan menjimatkan masa sekaligus menambahkan lagi input informasi yang boleh dicapai. Informasi-informasi mengenai pelbagai isu di dunia seperti yang berkaitan berita, mel elektronik, perdagangan, hiburan termasuk menonton dan banyak lagi boleh dicapai dengan mudah melalui kaedah atas talian ini. Justeru, artikel ini bertujuan menilai sejauh mana pengaruh media dalam pembentukan tingkah laku remaja Melayu di Malaysia. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian utama. Seramai 1,504 orang yang terdiri daripada penuntut-penuntut Melayu di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia telah dipilih sebagai responden. Secara keseluruhan, hasil analisis kajian menunjukkan pengaruh media dalam pembentukan tingkah laku remaja adalah pada tahap yang sederhana, namun data juga menunjukkan semakin meningkat penggunaan media semakin rendah akhlak di kalangan remaja. Dapatan ini diharap dapat membantu kerajaan mengoptimumkan penggunaan media ke arah yang lebih sihat dan berkesan memandangkan pelbagai persepsi negatif ditujukan terhadap media yang dikatakan memiliki pengaruh yang begitu dominan di kalangan generasi muda.
Kata kunci: Media, penyiaran, akhlak, Melayu, pendidikan
Full Text:
PDFReferences
Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail. 2009. Hubungan antara pegangan nilai moral dengan media massa: Tinjauan ke atas remaja Melayu luar bandar. Sari 2: 199-212.
Abdullah Nasih Ulwan. 1995. Pendidikan Kanak-kanak dalam Islam. Terj. Syed Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional.
Alias Baba. 1999. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Berne, E. 1964. Games People Play: The Psycology of Human Relationships. New York: Ballantine Books.
Bianculli, D. 2002. Teleliteracy: Taking Television Seriously. New York: Syracuse University Press.
Caldwell, J.T. 2000. Theories of the New Media: A Historical Perspective/ Edited and with an Introduction. London: The Athlone Press.
Darraz, Muhammad cAbdullah. 1987. Prinsip Akhlak Berdasarkan al-Quran. Terj. Abdul Fatah Ibrahim, Mohd Sulaiman Yasin, Wan Amna Wan Yaacob & Abdullah Md Zin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dominick, J.R., Messere, F. & Sherman, B.L. 2004. Broadcasting, Cable, the Internet and Beyond: An Introduction to Modern Electronic Media. 5th edition. Boston, MA: McGraw- Hill.
Evans, T. & Denny, M.R. 1978. Emotionality of pictures and the retention of related and unrelated phrases. Bulletin of the Psychonomic Society 11: 149-152.
Fatawi Mokhtar. 2000. Penggunaan efektif rancangan televisyen pendidikan dan pelan pengajaran berbantukan televisyen. Kertas Kerja Kursus Penggunaan Rancangan TV Pendidikan dalam Pengajaran. Bahagian Teknologi Pendidikan, 5-9 Jun.
Fatawi Mokhtar & Maizurah Omar. 2001. Penggunaan rancangan TVP dalam pengajaran dan pembelajaran. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Penggunaan Bahan Sumber Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, 26-28 Jun.
Francis, L.J. 1997. The socio-psychological profile of the teenage television addict. Muslim Education Quarterly 15(1): 6-19.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhamed bin Muhammad. 1999. Khuluq al-Muslim. Al-Iskandariah: Dar al-Dackwah li al-Tabci wa al-Nasyr wa al-Tauzici.
Grant, C.B. 1996. Communication Technology Update. Boston: Focal Press. Inc.
Hair, J.F., Anderson, R.E., Tatham, R.L. & Black, W.C. 2006. Multivariate Data Analysis. Edisi Kelima. New Jersey: Prentice Hall.
Ibn Khaldun, Abd al-Rahman bin Muhammad Khaldun al- Hadrami. t.t. Mukaddimah Ibn Khaldun. Bayrut, Lubnan: Dar al-Kitab al-cIlmiyyah.
Ibn Khaldun, Abd al-Rahman bin Muhammad Khaldun al- Hadrami. 2002. Mukaddimah Ibn Khaldun. Terj. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Larking, L. 1997. Television, popular culture and humiliation of written word. Muslim Education Quarterly 15(1): 38-44.
Mokhtar Ahmad. 2000. Jalan Pantas Teknologi Maklumat: Fast Track to Information Technology. Setapak Garden: Penerbitan Seribu Dinar.
Neuman, W.L. 2003. Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Aproaches. 5th edition. USA: Pearson Education, Inc. Pallant, J. 2001. SPSS Survival Manual. Crow Nest, NSW: Allen & Unwin.
Sherman, B.L. 1995. Telecommunications Management: Broadcasting/Cable and the New Technologies. 2nd edition.New York: McGraw-Hill, Inc.
Stanley J.B & Dennis, K.D. 2006. Mass Communication Theory: Foundation, Ferment, and Future. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company.
Tabachnick, B.G & Fidell, L.S. 2001. Using Multivariate Statistics. 4th edition. Boston: Allyn and Bacon.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694