Kesan Covid-19 terhadap Golongan B40 dan Strategi Menangani di Selangor, Malaysia
Abstract
Pandemik COVID-19 yang menjadi wabak di dunia dan Malaysia telah mencatat sebanyak 705,762 kes di Malaysia dan angka kematian sehingga kini iaitu pada 23 Jun 2021 telah mencatat sebanyak 4,554 kes. Di Malaysia, wabak COVID-19 telah memberi kesan yang sangat besar kepada sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara. Peningkatan kes yang mendadak telah membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi pelbagai implikasi kepada masyarakat Malaysia. Terdapat beberapa kajian penyelidikan yang telah dilakukan untuk mengkaji implikasi negatif COVID-19. Walau bagaimanapun, terdapat tiada kajian yang memfokuskan kepada golongan B40 di sekitar Selangor. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti implikasi negatif COVID-19 kepada golongan B40 di sekitar Selangor dari segi ekonomi dan sosial. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti cara-cara mengatasi implikasi negatif COVID-19 terhadap ekonomi dan sosial antara masyarakat di sekitar Selangor. Tindak balas dan persepsi golongan B40 di sekitar Selangor terhadap implikasi negatif COVID-19 diukur melalui tinjauan dalam talian. Seramai 200 respoden dari seluruh Selangor terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti golongan B40 menerima implikasi negatif dari COVID-19 dan pada masa yang sama inisiatif kerajaan juga dapat membantu mereka dalam mengatasi implikasi tersebut. Justeru, melalui pemahaman terhadap implikasi negatif COVID-19 dalam kalangan B40 dan cara mengatasinya, langkah pencegahan yang terpilih mengikut pendekatan yang bersesuaian dapat dilaksanakan agar kesejahteraan rakyat B40 dapat ditingkatkan dan dipulihkan dari segi sosioekonomi masyarakat.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694