Korelasi Niat Keusahawanan dan Pencapaian Prestasi Mata Pelajaran Perniagaan Murid Di Sekolah Menengah

NURUL HIDAYAH OMAR, NORASMAH OTHMAN

Abstract


Keusahawanan merupakan tunjang utama dalam menggerakkan ekonomi negara. Generasi muda perlu diberi perhatian agar keusahawanan menjadi pilihan kerjaya utama mereka. Oleh itu, pendidikan keusahawanan telah ditawarkan di sekolah agar niat keusahawanan dalam kalangan murid dapat ditingkatkan. Antara mata pelajaran berorientasikan pendidikan keusahawanan yang ditawarkan di sekolah adalah Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) Perniagaan. MPEI ini bermatlamat untuk merancakkan niat keusahawanan dalam kalangan generasi muda dan telah ditawarkan hampir lima tahun. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi bertujuan mengenal pasti tahap niat keusahawanan dan seterusnya korelasi antara niat keusahawanan dengan pencapaian prestasi MPEI Perniagaan murid. Seramai 217 murid terlibat dalam kajian dengan menggunakan soal selidik dan ujian sebagai instrumen bagi mengukur niat keusahawanan dan pencapaian prestasi MPEI Perniagaan murid. Data dianalisis menggunakan perisian Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) versi 26. Hasil analisis melaporkan bahawa niat keusahawanan murid berada pada tahap tinggi. Namun dari segi pencapaian prestasi MPEI Perniagaan pula, data menunjukkan bahawa tahap kognitif dan psikomotor murid hanya berada pada tahap sederhana sahaja iaitu kepujian. Berbeza dengan data afektif murid yang menunjukkan berada pada tahap cemerlang. Korelasi antara niat keusahawanan dengan pencapaian prestasi MPEI Perniagaan menunjukkan korelasi negatif pada kadar yang sangat lemah. Ini menunjukkan bahawa sekiranya niat keusahawanan murid semakin tinggi maka pencapaian prestasi MPEI Perniagaan semakin rendah. Kajian ini memberikan implikasi dalam memartabatkan lagi kurikulum yang melibatkan pendidikan keusahawanan di peringkat sekolah. Sejajar dengan dapatan kajian, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya korelasi negatif antara niat keusahawanan dengan pencapaian prestasi perlu dikaji pada masa akan datang.


Full Text:

PDF

References


RUJUKAN

Affzalina Hasan & Nor Aishah. 2017. Perbandingan tahap sikap, pemikiran dan tingkah laku keusahawanan dengan tahap perancangan berniaga mahasiswa jurusan sains. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship 1(1): 86-99.

Ajzen, I. 2005. Attitude, personality and behavior (Second Edition). London: Open University Press.

Alalouch, C. 2021. Cognitive styles, gender and student academic perfomance in engineering education. Education Sciences 11(502): 1-18.

Amran Omar, Shazlin Amir Hamzah & Chang Peng Kee. 2021. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen batas etnik di sekolah kebangsaan zon utara semenanjung malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities 18(3): 253-269

Ayu Siti Aminah. 2020. Kajian kes indeks kesukaran dan diskriminasi item ujian sumatif bahasa Inggeris (Pemahaman) tahun 5. Sains Humanika 12: 57-66.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2016. Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran perniagaan tingkatan 4 KSSM. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Barraza, N. C., Cristia, J. F. E., Sepulveda, G. S., & Munoz, A. V. 2021. Entrepreneurial intention: A gender study in business and economics students from chile. Sustainability 13 (4693): 1-14.

Barnard, A., Pittz, T., & Vanevenhoven. 2018. Entrepreneurship education on u. S. Community colleges: A review and analysis. Journal of Small Business and Entreprise Development 26(5): 1-19.

Bhutali, P.B. & Bamagond, A. V. 2020. A Study on Academic Achievement Of Residental and Non Residental Secondary School Students in Relation to Locality. International Research Journal on Advanced Science Hub 2(12): 73-77.

Bloom, B. 1956. Taxonomy of Educational Objectives. Book 1: Cognitive domain. London: Longman Group Ltd.

Bosma, N., Hill, S., Ionescu-Somers, A., Kelley, D., Guerrero, M., & Schott, T. 2021. Global entrepreneurship monitor (GEM) 2020/2021 Global report. London: Global Entrepreneurship Research Association, London Business School.

Chai, W. L., Siew, N. M. & Lee, B. N. 2021. Kemahiran proses sains tahap empat: Satu instrumen untuk pelajar tingkatan empat sekolah menengah. Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities 6(3): 134-145.

Chew, F. P. & Zul Hazmi Hamad. 2018. Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa melayu melalui teknik penyoalan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 8 (1): 1-12.

Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. 2007. Research methods in education. Sixth Edition. Routledge. New York.

Dwita Oktaria, Oktafany & Rika Lisiswanti. 2017. Situational Judgement Test (SJT): Alternatif metode seleksi mahasiswa baru di fakultas kedokteran. JK Unila 1(3): 598-602.

Elnadi, M. & Gheith, M. H. 2021. Entrepreneurial ecosystem, entrepreneurial self-efficacy, and entrepreneurial intention in higher education: Evidence from Saudi Arabia. The International Journal of Management Education 19: 1-16

Feng, Z., Liqun, W., Hongyo, S. & Lo, C. T. 2019. How entrepreneurial learning impacts one’s intention towards entrepreneurship: A planned behavior approach. Chinese Management Studies 13 (1): 146-170.

Fragoso, R, Rocha, W & Xavier, A. 2020. Determinant factors of entrepreneurial intention among university students in Brazil and Portugal. Journal of Small Business & Entrepreneurship 32(1): 33-57.

Georgescu, M.A. & Herman, E. 2020. The impact of the family background on students’ entrepreneurial intentions: An empirical analysis. Sustainability (Switzerland) 12 (11): 1–18.

Gutierrez, J. P. C. 2021. Precondition innovative entrepreneurship in Mexico. Ph.D. Dissertation, Instituto Technologico y de Estudios Superiores de Monterrey.

Iklima Husna, Abdul Rahim, Pawan, M. T., Toh, P. S., & Ahmad Shakani Abdullah. 2020. Persepsi pelajar terhadap pendidikan keusahawanan: kajian terhadap pelajar. 4th International Conference on Social Sciences, Humanities and Technology (June), 119–125.

Ilias Zakaria & Radin Siti Aishah A Rahman. 2019. Pengaruh sikap, minat dan kemahiran keusahawanan terhadap pencapaian mata pelajaran asas perniagaan pelajar tingkatan empat di wilayah persekutuan labuan. Journal of Humanities, Language, Culture and Business 3(12): 115-124.

Isoraite, M., & Guleviciute, G. 2021. A study of online entrepreneurship education under conditions of a pandemic. Entrepreneurship and Sustainability Issues 8(3): 179-192.

Jardim, J. 2021. Entrepreneurial skills to be successful in the global and digital world: Proposal for a frame of reference for entrepreneurial education. Educ. Sci. 11(7) : 356-369.

Kementerian Pembangunan Usahawan. 2019. Dasar Keusahawanan Nasional 2030. Putrajaya: Kementerian Pembangunan Usahawan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi ke-2. Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kimuli, S. N. L., Orobia, L., Sabi, H. M., & Tsuma, C. K. 2020. Sustainability intention: Mediator of sustainability behavioral control and sustainable entrepreneurship. World Journal of Entrepreneurship, Management and Sustainable Development 16(2): 81-95.

Kline, R. B. 2011. Methodology in the Social Sciences. Principles and practice of structural equation modeling (3rd ed.). Guilford Pres.

Lavelle, B. A. 2019. Entrepreneurship education’s impact on entrepreneurial intention using the theory of planned behavior: Evidence from chinese vocational college students. Entrepreneurship Education and Pedagogy 0(0): 1-22.

Linan, F. & Chen, Y.W. 2009. Entrepreneurship theory and pratice. In Entrepreneurship Theory and Practice. pp. 593–617.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2020a. Laporan Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2019. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2021b. Laporan analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Letsaolo, M. E & Rankhumise, E. M.. 2020. Students' entrepreneurial intentions at two south african universities. Journal Of Entrepreneurship Education 23 (1): 1-14.

Lily Hanefarezan, Maimun Aqsha, Ashinida & Mus’ab. 2018. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen strategi pembelajaran kolokasi bahasa arab: Analisis menggunakan model rasch. Jurnal Pendidikan Malaysia 1(1): 131-140.

Melvin Maxwell & Shahlan Surat. 2020. Pengaruh latar belakang keluarga dan pencapaian akademik pelajar di SMK Bau. Jurnal Dunia Pendidikan 2(1): 227–233.

Mendoza, G., Llopis, J., Gasco, J. & Gonzalez, R. 2021. Entrepreneurship as seen by entrepreneurs in a developing country. Journal of Business Research 123: 547–556.

Ndofirepi, T. M. 2020. Relationship between entrepreneurship education and entrepreneurial goal intentions: Psychological traits as mediators. Journal of Innovation and Entrepreneurship 9(2).

Nguyen, C. 2018. Demographic factors, family background and prior self-employment on entrepreneurial intention-vietnamese business students are different: Why? Journal of Global Entrepreneurship Research 8(10): 1-17.

Nur Adila Diyana & Shahlan Surat. 2021. Kecenderungan berfikir kritis dan pencapaian kesusasteraan bahasa inggeris pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 6 (3): 203-214.

Norzina Yahaya. 2019. Tambahan mata pelajaran ikut kecenderungan pelajar. Sinar Harian. 27 November. https://www.sinarharian.com.my/article/59425/BERITA/Nasional/Tambahanmata-pelajaran-ikut-kecenderungan-pelajar. Retrieved on: 20 Januari 2021.

Nur Asmaliza Mohd Noor, Noraida Mohd Saim, Rohaya Alias & Siti Hawa Rosli. 2020. Students’ performance on cognitive, psychomotor and affective domain in the course outcome for embedded course. Universal Journal of Educational Research 8(8): 3469-3474.

Nur Fardeana Arifin, Radin Siti Aishah Radin A Rahman & Norasmah Othman. 2020. Tahap personaliti big six dan hubungannya dengan kecenderungan keusahawanan digital dalam kalangan pelajar kolej komuniti. Jurnal Pendidikan Malaysia,45(1): 101-110.

Nurul Jasmin Ramli & Noor Aslinda Abu Seman. 2020. Kajian mengenai niat keusahawanan mengikut teori tingkah laku terancang. Research in Management of Technology and Business 1(1): 984-998.

Nurul Muna Mohamad, Tajul Ariffin Masron & Haslindar Hashim. 2021. The role of entrepreneurship on income inequality in developing countries. Journal of Poverty. https://doi.org/10.1080/10875549.2020.1869662

Norasmah Othman & Nor Hafiza Othman. 2015. Relationship between entrepreneurial intentions and entrepreneurial career choice behavior among university students. Journal of Business and Economics 6(1): 179-186.

Noorul Jannah Azaman & Nor Aishah Buang. 2019. Tahap kemahiran abad ke-21 pelajar dalam mata pelajaran perniagaan berdasarkan lokasi sekolah dan jantina. International Conference on Global Education VII Humanising Technology for IR 4.0, 846-853.

Noorizda Emellia Mohd Aziz, Wan Nur Afini Wan Saidin, Zurairah Jais, Maryam Mohd Esa & Zamry Gafar. 2019. Niat keusahawanan dalam kalangan pelajar wanita di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Journal of Business Innovation 4(2): 36–49.

Phuong, N. T. M. , Quoc, T. H., Cup, L. V., & Lien, L. T. K. 2021. The students’ attitudes and entrepreneurial intention: Evidence from vietnam universities. Management Science Letters 11: 783-794.

Rachel Lyne G. Pius, Anuar Ahmad & Norasmah Othman. Aplikasi google classroom dalam mata pelajaran sejarah. Jurnal Dunia Pendidikan 3(1): 12-25.

Ravi Nagarathanam. 2015. Hubungan sikap, pemikiran dan tingkah laku terhadap keinginan dalam pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan prasiswazah india di institut pengajian tinggi sekitar Bangi. Tesis Penyelidikan.

Rony Setiawan, Ariesya Aprillia & Nonie Magdalena. 2019. Analysis of antecedent factors in academic achievement and student retention. Asian Association of Open Universities Jornal, 15(1): 37-47. https://doi.org/10.1108/AAOUJ-09-2019-0043

Roomi, M. A., Saiz-Alvarez, J. M., & Coduras, A. 2021. Measuring sustainable entrepreneurship and eco-innovation: A methodological proposal for the global entrepreneurship monitor (GEM). Sustainability 13: 4056. https://doi.org/10.3390/su13074056.

Rosna Mohamad & Norasmah Othman. 2018. Korelasi efikasi kendiri keusahawanan dan kecenderungan keusahawanan pelajar pra-universiti. Akademika 88(2): 59-70.

Rosniza Aznie Che Rose, Nur Hanis Misrin, Noordeyana Tambi, & Junaidi Awang Besar. 2020. Faktor pemilihan pekerjaan tidak formal dalam kalangan generasi muda. Akademika 90 (Isu khas 1): 147-160.

Salkind, N. J.. 2012. Exploring Research Eight Edition. Pearson. United States America: University of Kanvas.

Samkange, W. 2020. The implementation of entrepreneurship education at secondary school level in Harare, Zimbabwe. Business & Social Science Journal 2(2): 77-90.

Samydevan, V., Mohd Rushidi Mohd Amin & Piaralal, S. K. 2020. Determinants of entrepreneurial intention among students in Malaysia: An empirical study. Journal of Education for Business : 1-7.

Sanchez, V. B., & Sahuquillo, C. A. 2018. Entrepreneurial intention among engineering students: The role of entrepreneurship education. European Research on Management and Business Economics 24(1): 53-61.

Syafiq Mah Hassan. 2019. Meningkatkan kemahiran menyoal dalam pengajaran. Asian Education Action Research Journal 8: 1-8.

Veljkovic, S. M., Maric, M., Subotic, M., Dudic, B., & Gregus, M. 2019. Family entrepreneurship and personal career preferences as the factors of differences in the development of entrepreneurial potential of students. Sustainability (11): 1-23.

SME Corporation Malaysia. 2021. Laporan tahunan PKS 2019/2020. Kuala Lumpur: SME Corporation Malaysia.

Tie Tie Seng, Arnida Abdullah & Abdullah Mat Rashid. 2019. Pengaruh faktor terpilih terhadap aspirasi kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar kolej komuniti. Akademika 89(3): 41-52.

Toresingam, T. T., Norasmah Othman & Radin Siti Aishah. 2019. Pengetahuan dan kemahiran guru terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu asas perniagaan. International Journal of Education, Psychology and Counseling 4(26): 46-56.

Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang & Ibrahim Mamat. 2020. Kajian perbezaan latar belakang dan kecenderungan keusahawanan pelajar sekolah menengah di Terengganu. Jurnal Pengurusan 60: 1-14.

Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang & Ibrahim Mamat. 2019. Faktor-faktor penentu kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Akademika 89(2): 3–15.

Yee Sye Foong. 2018. Asas penyelidikan dalam pendidikan. Selangor: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Yushun, S., Zeren, Z., Jingwen, C., Yuanqing, J., Ting, W., Chien, L. L., & Danying, X. 2021. Factors influencing entrepreneurial intention of university students in China: Integrating the perceived university support and Theory of Planned Behavior. Sustainability 13: 4519.

Zada, I. M., & Zhidebekkyzy, A. 2021. State support for entrepreneurship development: A cross-country comparative analysis. Journal of Economic Research & business Administration 2(136): 32-42.

Zhao, Y & Xie, B.. 2020. Cognitive Bias, Entrepreneurial Emotion and Entrepreneurship Intention. Frontiers in Psychology 11 (625): 1-11.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694