Pembandaran, Perubahan Sosial dan Peningkatan Peranan Wanita sebagai Penjana Pendapatan Keluarga
Abstract
Perkembangan proses pembandaran di Malaysia sejak tahun 1957 sehingga kini telah secara signifikan mengubah peranan wanita dalam masyarakat. Fenomena pembandaran telah mengubah struktur, dinamika dan peranan tradisional wanita dalam unit sosial yang paling asas iaitu keluarga. Artikel ini mengutarakan persoalan sejauhmana proses pembandaran dan perubahan sosial yang dialami oleh Malaysia selepas merdeka sehingga kini telah memperlihatkan pengaruhnya ke atas perubahan peranan wanita daripada fungsi domestik kepada penjana pendapatan keluarga. Perkara ini diteliti berdasarkan trend data Banci Penduduk dan Perangkaan Penting, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Berdasarkan penelitian terhadap data pertumbuhan bandar bagi tempoh 1957 sehingga tahun anggaran 2025, analisis menunjukkan perkembangan tahap pembandaran telah mencorakkan pola peningkatan penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan pada jumlah yang drastik, begitu juga bagi data berkaitan peranan sebagai Ketua Isirumah (KIR). Pada masa sama, penelitian terhadap data enrolmen wanita dalam sektor pendidikan tinggi (matrikulasi, kolej dan universiti) juga meningkat ketara. Trend data dalam tempoh sama turut memperlihatkan wujudnya corak perkahwinan lewat usia dalam kalangan wanita bekerja (27-29 tahun) serta terdapatnya pola pemilikan saiz keluarga nukleus. Perubahan-perubahan yang berlaku antara tahun penelitian ini membolehkan suatu rumusan yang konkrit dibuat iaitu bahawa proses pembandaran yang berlangsung telah mengubah peranan wanita daripada fungsi domestik kepada fungsi penjana pendapatan keluarga. Sejajar dengan peningkatan peranan wanita dalam sektor ekonomi dan perubahan demografi yang diakibatkan olehnya, wanita memerlukan sokongan dan persekitaran yang kondusif agar dapat memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan. Ini termasuk polisi dan program yang menyokong keseimbangan kerja-kehidupan, peluang kerjaya yang adil serta pembahagian tugas rumah tangga yang lebih seimbang.
Full Text:
PDFReferences
Abbas, R., & Binsin, D. A. (2008). Fenomena Penghijrahan Belia Sabah dari Desa ke Bandar-
bandar Utama di Malaysia. Sosiohumanika, 1(2).
Adeojo, O. S. (2017). Urbanization Processes and Child Breadwinner in Lagos
Metropolis. Journal of Culture, Society and Development, 27, 45-51.
Ahmad, A., & Hussin, N. (2014). Perkhidmatan kesihatan mental dan penubuhan Central
Lunatic Asylum Tanjong Rambutan, Perak, 1911-1941.
Anthony, I. S. (2014). A critique of Functionalism as a theory of the Contemporary Nigerian
Social System. Journal of South Culture and Development, 16 (2).
Apostu, I. (2020). The Divorce and It’s Psycho-Social Impact on the Couple. Logos
Universality Mentality Education Novelty: Social Sciences, 9(2), 44-53.
Brown, P. (1982). Conflict in the New Guinea highlands. Journal of Conflict Resolution, 26(3),
-546.
Coser, L. A. (1957). Social conflict and the theory of social change. The British Journal of
Sociology, 8(3), 197-207.
Edwards, S. D., Borsten, G. F., Nene, L. M., & Kunene, S. T. (1986). Urbanization and
changing perceptions of responsibilities among African fathers. The Journal of Psychology, 120(5), 433-438.
Farique, M. A. M., & Fauzi, M. A. M. (2021). Implikasi Pandemik COVID-19 terhadap
Ekonomi Global dan Ekonomi Malaysia. International Journal of Interdisciplinary and
Strategic Studies, 2(2), 122-129.
Hadi, A. S. (2010). Urbanisasi di Malaysia: Mengaitkan kepelbagaian proses ke bentuk
perbandaran. Malaysian Journal of Environmental Management, 11(2), 21-31.
Hans G, Mills CW (1953). Character and Social Structure. New York: Harcourt
Hashim, N. I. I., Yusof, W., & Kusrin, Z. M. (2019). Tinjauan Literatur Faktor Pengabaian
Kanak-kanak di Malaysia. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080), 2(1), 16-28.
Hudson, J. (1978). Structural functional theory, social work practice and education. J. Soc. &
Soc. Welfare, 5, 481.
Ismail, M. K., Kumaran, V. V., Munawwarah, S. N., Muhamad, M. Z., & Sarifuddin, S. (2021).
COVID-19 Outbreak: An Analysis of Malaysian Household Income Class During Movement Control Order (MCO). Studies of Applied Economics, 39(4).
Kakepoto, H., Brohi, A. A., & Jariko, G. A. (2012). Impact of social change upon family as
social institution with special focus on Pakistan: A sociological analysis. International Research Journal of Arts & Humanities (IRJAH), 40(40).
Kaslan, M. F. A. A., & Jusoh, H. (2020). Rebakan Urbanisasi Dan Perubahan Sosio-Ekonomi
Penduduk Pinggir Bandar: Kajian Kes Di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1-1.
Rahman, M. Z. A., Mohamad, M. T., & Azzis, M. S. A. (2020). ISLAM DAN PEMBASMIAN
KEMISKINAN BANDAR: Islam and the Erradication of Urban Poverty. Jurnal Syariah, 28(3), 461-500.
Rahim, R. A. A. (2005). Citra Islam dalam pembentukan manusia Melayu moden di Malaysia:
Satu analisa. Jurnal Pengajian Melayu, 15, 19-51.
Rutten, R. (2000). High-cost activism and the worker household: Interests, commitment, and
the costs of revolutionary activism in a Philippine plantation region. Theory and Society, 29(2), 215-252.
Mahdizam, S. N. H., & Yew, V. W. (2018). Penyusuan Bayi dalam Kalangan Wanita
Berkerjaya: Satu Tinjauan. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1).
Monsen (1991) dalam Bakar, N. R. H. A. (2017). Wanita bekerja dan pengurusan keluarga
(Working women and the management of family). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 8(7).
Mutalib, N. B. A. (2009). Pencapaian Masyarakat Melayu Sarawak Dalam Bidang Pendidikan
Sebelum dan Selepas Merdeka. Jurnal Pengajian Melayu/Journal of Malay Studies (JOMAS), 20(1), 219-240.
Mutekwe, E. (2012). The impact of technology on social change: a sociological
perspective. Journal of research in peace, gender and development, 2(11), 226-238.
Othman, Z., & Ibrahim, A. Z. (2020). Covid-19: Coping Strategies among B40 Households in
Malaysia to Achieve Food Security during Movement Control Order (MCO). European Journal of Molecular & Clinical Medicine, 7(6), 1513-1524.
Pfau‐Effinger, B. (2004). Socio‐historical paths of the male breadwinner model–an explanation
of cross‐national differences 1. The British journal of sociology, 55(3), 377-399.
Rameli, N., Ramli, F., & Salleh, D. (2019). Urbanization and Quality of Life: A Comprehensive
Literature. Journal of Social Transformation and Regional Development, 1(2), 24-32.
Sham, M. S. M., & Selvaratnam, D. P. (2018). Strategi Kelangsungan Hidup Gelandangan di
Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Sains Humanika, 10(2).
Shalom-Tuchin, B. (2013). Combining multiple roles among high position women in Israel, as
seen by the woman, her husband and a child. Journal of International Women's Studies, 14(1), 69-93.
Suprapto, W., Maftuh, B., Sjamsuddin, H., & Malihah, E. (2020). Singkawang from Coser’s
Perspective. Journal of Education, Teaching and Learning, 5(1), 168-172.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694