Penerokaan terhadap Penguasaan Bahasa Kedua Murid Orang Asli Temiar: Suatu Etnografi Kajian Kes (Exploration of Second Language Acquisition of Orang Asli Temiar Students: An Ethnography Case Study)

Nor Azwahanum Nor Shaid, Shahidi A. Hamid, Marlyna Maros, Nur Ainil Sulaiman

Abstract


Komuniti Orang Asli merupakan antara kumpulan minoriti yang mempunyai masalah dalam penguasaan Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kedua. Pencapaian yang lemah dan kurangnya kajian terhadap murid Orang Asli pada peringkat sekolah menengah mendorong kajian ini dijalankan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meneroka penguasaan BM murid Orang Asli Temiar. Selain itu, cabaran dalam proses penguasaan BM sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid Orang Asli Temiar turut diteliti untuk memberi pemahaman yang lebih holistik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan etnografi kajian kes sebagai reka bentuk kajian. Seramai 13 orang peserta kajian telah dipilih secara persampelan bertujuan dalam penyelidikan ini yang terdiri daripada lapan orang murid Orang Asli dari suku kaum Temiar, dua orang guru dan tiga orang wakil ibu bapa. Data dikumpulkan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, dan nota lapangan untuk memperoleh gambaran mendalam mengenai fenomena yang dikaji. Kajian ini dijalankan di sekolah berasrama menengah Orang Asli tunggal di Malaysia yang terletak di Sungai Siput, Perak. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah perbandingan berterusan untuk pembentukan tema dan subtema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid Orang Asli Temiar melalui aktiviti perkembangan bahasa yang boleh digolongkan kepada pembelajaran secara sedar dan pemerolehan secara semulajadi. Usaha untuk membudayakan penggunaan bahasa Melayu didapati terpengaruh dengan cabaran-cabaran yang telah dikenal pasti dalam proses penguasaan bahasa kedua mereka. Oleh itu, kajian ini memberi pemahaman baharu berkenaan penguasaan bahasa kedua dalam kalangan murid Orang Asli dan seterusnya memberi implikasi kepada penambahbaikkan dalam merangka strategi pengajaran dan pembelajaran BM sebagai bahasa kedua khususnya dalam kalangan komuniti Orang Asli di Malaysia.

Kata kunci: Bahasa Melayu; Orang Asli; penguasaan bahasa kedua; etnografi kajian kes; penerokaan

Abstract

Orang Asli, the indigenous community in Malaysia is among minority groups that face difficulties acquiring the Malay Language as a second language. Poor achievement and lack of research on the secondary school level for indigenous students have motivated the inquisition for this study. This study intends to explore the Malay language acquisition and learning experience among indigenous students. This is to enhance our understanding of the process. This qualitative research approach used an ethnographic case study research design. A total of 13 participants by purposive sampling technique in this research comprising eight Orang Asli students from the Temiar tribe, two teachers and three of the students' parents. To acquire an in-depth picture of the phenomena researched, the data was collected utilising observation methods, interviews, and field notes. This study was conducted at the only secondary boarding school of indigenous people which is located in Sungai Siput, Perak. The study findings were analyzed using the continuous comparison method to identify the themes and subthemes involved. The findings showed that the Orang Asli Temiar students went through language development activities that could be classed to conscious learning and unconscious acquisition.  Efforts to inculcate the use of the Malay language were found to be challenging due to the challenges identified in the process of mastering their second language. Therefore, this study provides a new understanding of the rule of the second language among the Orang Asli and in turn has implications for improvement in formulating BM teaching and learning strategies as a second language especially among the Orang Asli community in Malaysia.

Keywords: Malay Language, Orang Asli, second language proficiency, ethnographic case study, exploration

 


Full Text:

PDF

References


'Adlina Abd. Khalil, Norlaila Saadan & Jessica Ong Hai Liaw. 2021. Language acculturation: Barriers to social distance & psychological distance for Malay learners in higher learning institutions. Akademika 91(Isu Khas): 109-117.

Abd. Rahim Abd. Rashid. 2003. Keanekabahasaan dalam era globalisasi. Dewan Bahasa Oktober: 17-23.

Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(1): 1-12.

Akta Bahasa Kebangsaan 1967. (Pindaan 1971). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002). Akta 554. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Bandura, A. 1986. Social Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive Theory. Prentice-Hall, Incl.

Chew Fong Peng. 2012. Literacy among the secondary school students in Malaysia. Jurnal Antarabangsa Sosial dan Kemanusiaan 2(6): 546-550.

Cohen, J. 1960. A coefficient of agreement for nominal scales.

Educational and Psychological Measurement 20(1): 37-46.

Creswell, J. W. 2012. Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Edisi Ke-4. Boston, MA: Pearson Education, Inc.

Erikson, E. H. 2014. Childhood and Society. London: Random House.

Fetterman, D. M. 2019. Ethnography: Step-by-step. Thousand Oaks, CA: SAGE Publications Inc.

Fuziati Misbah. 2012. Kajian tindakan meningkatkan penguasaan membaca murid Tahun Satu (LINUS) menggunakan kaedah Gabungan Bunyi Kata dengan Teknik Latih. SK Sri Suria 2, Tanah Merah, Kelantan

Hashim Awang A. R. 1998. Budaya & Kebudayaan: Teori, Isu dan Persoalan. Kuala Lumpur: Citra Budaya.

Isahak Haron. 2007. Awal Membaca Bahasa Melayu: Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata untuk Prasekolah dan untuk Pemulihan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jafar Mohammad Batiha, Rosniah Mustaffa & Noorizah Mohd Noor. 2018. Foreign language speaking anxiety of Jordanian freshman English learners. Akademika 88(1): 153-165

Jumiya Ahmad. 2014. Masalah pembelajaran dan penguasaan bahasa melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid-murid Kensiu: Satu kajian kes. Tesis Dr. Fal. Universiti Utara Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM 2013-2016: Laporan tahun 2016. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Krashen, S. D. 1985. The Input Hypothesis: Issues and Implications. Beverly Hills, CA: Laredo.

Lantolf, J. P. & Thorne, S. L. 2007. Sociocultural theory and second language learning. Dlm Van Patten, B. & Williams, J. (pnyt.). Theories in Second Language Acquisition, hlm. 201-224. London: Lawrence Erlbaum Associates, Inc., Publishers.

Long, M. H. 2011. The least a second language acquisition theory needs to explain. Dlm. Ortega, L. (pnyt.). Second Language Acquisition: Critical Concepts in Linguistics, hlm. 210-225. New York: Routledge.

Mahzan Arshad. 2016. Prinsip dan Amalan dalam Pengajaran Literasi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Meimon Sanai. 2009. Celik huruf: lancar baca. Kertas kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL 2009.

Merriam, S. B. 2009. Qualitative Research: A Guide to Design and Implementation. Edisi Ke-3. San Francisco, CA: John Wiley & Sons and Jossey Bass.

Merriam, S. B., & Tisdell, E. J. 2016. Qualitative Research A Guide to Design and Implementation. Jossey-Bass Inc Pub.

Miles, M. B., Huberman A. M. & Saldana, J. 2014. Qualitative Data Analysis: A Sourcebook of New Methods. Edisi Ke-3. Thousand Oaks, CA: SAGE Publications Inc.

Mohd Mahadee Ismail, Nor Azlili Hassan, Azlina Abdullah, Zaini Othman, Marzudi Md Yunus & Hairol Anuar Mak Din. 2021.

Pembentukan etos nasional belia Malaysia: wadah pembinaan negara-bangsa. Akademika 91(1): 3-14.

Mohamad Nik Mat Pelet. 2019. Kesesuaian dan pelaksanaan kurikulum Asli Penan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan membaca bahasa melayu. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Sharifudin Yusop. 2019. Bahasa dan Pembangunan Masyarakat Orang Asli. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Nazirah Mohd Nordin. 2010. Tahap penguasaan penulisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli di daerah Hulu Langat, Malaysia. Tesis Dr. Fal. Universiti Putra Malaysia.

Norwaliza Abdul Wahab. 2014. Pendidikan murid Orang Asli: satu analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidikan. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ruslan Abdullah. 2018. Penilaian pelaksanaan program LINUS dalam kalangan murid Orang Asli di Perak. Tesis Dr. Fal. Universiti Utara Malaysia.

Sharifah Md Nor, Samsilah Roslan, Aminuddin Mohamed, Kamaruddin Hj. Abu Hassan, Mohamad Azhar Mat Ali & Jaimah Abdul Manaf. 2011.

Dropout prevention initiatives for Malaysian indigenous Orang Asli children. International Journal on School Disaffection 8(1): 42-56.

Silverman, D. 2013. Doing Qualitative Research: A Practical Book. Edisi Ke-4. Thousand Oaks: SAGE Publications Inc.

Vygotsky, L. S. 1978. Mind in society: The development of higher psychological processes. Dlm. M. Cole, V. John-Steiner, S. Scribner, & E. Souberman. (Pnyt.). Cambridge, MA: Harvard University Press.

Wan Afizi Wan Hanafi, Shaharuddin Ahmad & Noraziah Ali. 2014. Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space 10(5): 107-122.

Wiersma, W. 1991. Research Methods in Education. Edisi Ke-5. Boston: Allyn & Bacon

Wolcott, H., 1997. Ethnographic research in education. Dlm. Jaeger, R. M. (pnyt.). Complementary Methods for Research in Education, hlm.

-172. Washington DC: American Educational Research Association.

Zulkifley Hamid. 2012. Keupayaan berbahasa melayu dalam kerangka satu Malaysia. Jurnal e-Bangi 7(1): 224-234.

Zulkifley Hamid. 2011. Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan pendidikan bahasa melayu di Malaysia. Jurnal e-Bangi 6(2): 183-1


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694