ETIMOLOGI NAMA DAN MAKNA SAROH (YARANG, PATTANI) BERDASARKAN KONSEP LINGUISTIK PERBANDINGAN
Abstract
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia. Namun, terdapat sebilangan kata yang dipengaruhi bahasa rumpun Austroasia, iaitu Mon-Khmer. Berdasarkan sejarah, kumpulan Austroasia sudah menduduki Semenanjung Melayu sejak empat ribu tahun lalu, sekurang-kurangnya seribu tahun sebelum kedatangan bangsa Austronesia (Bellwood 1997). Dengan kata lain, sejak zaman purba lagi Asia Tenggara sudah dipengaruhi oleh bangsa dan bahasa Austroasia. Dialek Melayu Patani di selatan negara Thai merupakan salah satu bahasa yang memperlihatkan pengaruh bahasa-bahasa Austroasia dalam pelbagai bidang semantik. Oleh itu kajian ini bertujuan mengkaji asal usul dan sejarah kata ‘saroh’ di Pattani, Thailand. Pendekatan kualitatif yang terdiri daripada kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan diaplikasikan, manakala penganalisisan data pula menggunakan kaedah linguistik perbandingan. Untuk mencari latar belakang sejarah, pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan, manakala pengumpulan data, pengkaji menggunakan teknik temu bual semi berstruktur. Seramai enam orang informan dipilih dalam kajian ini, iaitu tiga orang Melayu Patani dan tiga orang warga Kemboja. Lokasi kajian ialah Kampung Saroh yang terletak di daerah Yarang, Wilayah Pattani, Thailand. Dapatan awal dalam kajian ini menunjukkan bahawa kata saroh /saɣɔh/ berasal daripada nama individu perempuan yang mula membuka kampung tersebut, iaitu ‘Saro’/sarɔ/. Namun, perkataan ‘saroh’ /saɣɔh/ juga merujuk takungan air atau paya. Kata tersebut adalah kata yang berasal dari bahasa Khmer iaitu ស្រះ ‘sreah’ yang juga bermaksud paya atau kawasan takungan air. Kemudian kata tersebut berubah mengikut sebutan dialek Patani.
Kata Kunci: Etimologi, asal usul kata, Saroh (Pattani), linguistik perbandingan, dialek Patani
Abstract
Malay is one of the languages that belong to the Austronesian language. However, several Malay words are influenced by the Austroasian language group, namely Mon-Khmer. Based on history, the group occupied the Malay Peninsula four thousand years ago, at least a thousand years before the arrival of Austronesians (Bellwood 1997). Thus, it is understood that since ancient times, Southeast Asia has been influenced by Austroasian races and languages. Patani Malay dialect in southern Thailand shows the influence of Austroasian languages in various semantic fields. This study will discusses the origin and history of the word ‘saroh’ in Pattani, Thailand. A qualitative approach consisting of library and field method was applied, while data analysis were used linguistic comparative method. The library method was used to find the historical background while the semi-structured interview technique was used as a field method. Six informants were involved in the study, three of whom were Patani Malay speakers, and the other three were Cambodians. The location of the study was Saroh Village located in the Yarang district of Pattani Province, Thailand. Preliminary findings of this study show that the word ‘saroh’ /saɣɔh/ comes from the name of the first woman settler of the village, that is ‘Saro’ /sarɔ/. However, it was later found that the word ‘saroh’ /saɣɔh/ was used to refer to reservoir or swamp. The name of the village is likely influenced by the Khmer language ស្រះ ‘sreah’ which also means swamp or reservoir area. Then, the word changed according to the pronunciation of the Patani dialect
Keywords : Etymology, Word origin, Saroh (Pattani), comparative linguistics, Patani dialect
Full Text:
PDFReferences
Asmah Haji Omar 1995. Rekonstruksi kata dalam bahasa Melayu induk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. 2015. Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Adelaar, K.A. 1992. Proto-Malayic: The reconstruction of its phonology and part of its lexicon and morphology. Alblasserdam: Offsetdrukkerij Kanters B.V.
Amran Kasimin. 1987. Perbendaharaan kata Arab dalam bahasa Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Antilla, R. 1972. An introduction to historical and comparative linguistics. New York: The Macmillan Company.
Bellwood, P. 1997. Prehistory of the Indo-Malaysian archipelago. Cetak ulang. Honolulu: University of Hawai’I Press.
Blust, R. A., 1986. Malay historical linguistics: A progress report. Kertas Kerja dibentangkan di Bengkel Antarabangsa Sejarah Bahasa Melayu, 19-21 Ogos 1986, Kuala Lumpur.
Blust, R. A. 1986. Austronesian etymologies-III. Oceanic Linguistics 25 (1-2):1-123.
Bynon, T. 1977. Historical linguistics. Cambridge: Cambridge University Press.
Chong Mun Wah. 1997. Kamus etimologi bahasa Melayu. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Collins J. T. 1989. Notes on the language of Taliabo. Oceanic Linguistics 28:75-95.
Collins, J.T. 1996. Kata-kata serapan bahasa Eropah dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia: Tantangan ilmiah. Dlm. 25 tahun studi Belanda di Indonesia, disunting oleh Setiawati Darmojuwono, Lilie Suratminto & Kees Groeneboer, 491-519, Depok: Universitas Indonesia.
Collins, J.T. 1999. Wibawa bahasa epiawaian dan kepelbagaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Collins, J.T, 2001. Etimologi Bahasa Melakyu: Mika, dlm. Dewan Bahasa :1-11.
Collins, J.T. 2002. Lexicography and the OED pioneers in the untrodden forest: dari sudut leksikografi dan perspektif sejarah linguistik. Majalah Bahasa 2(3): 20-27.
Collins, J. T. 2003. Mukadimah ilmu etimologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Collins, J. T. 2018. Mukadimah ilmu etimologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Crystal, D. 1992. A dictionary of linguistics and phonetics. Oxford: Blackwell.
Kamus Dewan. 2007. Ed. Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lehmann, W.P. 1962. Historical linguistics: an introduction. New York: Rinehart and Winston.
Lyons, J. 2003. Language and linguistics. Cambridge: Cambridge University Press.
Malkiel, Y. 1993. Etymology. Cambridge: Cambridge University Press.
Muhamad Abdul Jabbar Beg. 1977. Arabic loan-words in Malay: a comparative study. Kuala Lumpur: s.n.
Nathesan S. 2015. Etimologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nazilah Mohammad, Karim Harun & Norhasimah Ismail. 2017. Perubahan makna dan sosial budaya dalam masa 200 tahun: penelitian terhadap perkamusan kamus Melayu. Pertanika MAHAWANGSA. Jurnal Pertanika Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu, 4 (1) : 49-62.
Ngajenan, Mohammad .1987. Kamus etimologi bahasa Indonesia. Semarang: Dahara Prize.
Noresah Baharom (sunt.). 2009. Kamus dan perkamusan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Northofer, B. 1996. Migrasi orang Melayu purba: Kajian awal. Kertas Kerja dibentangkan di Fourth Biennial Confrence of the Borneo Research Council, 10-15 Jun 1996, Bandar Seri Begawan, Brunei.
Rais, J. 2008. Toponimi Indonesia: Sejarah budaya Bangsa yang panjang dari permukiman manusia & tertib administrasi. Jakarta: Pradnya Paramita.
Raja Masittah Raja Ariffin, Che Ibrahim Salleh, Nor Azlina Mohd Kiram & Hasnah Mohammad. 2016. Etimologi nama negeri di Malaysia. Universiti Putra Malaysia: Serdang.
Ross A.S.C. 1958. Etymology with special reference to English. London: Andre Deutsch Ltd.
Rohani Mohd. Yusuf. 1986. Dialek Kuala Kangsar: Satu kajian perbandingan fonologi. Sarjana Sastera Tesis, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Ruslan Uthai. 1993. A comparison of formation in standard Malay and Pattani Malay. M.A. Thesis , Chulalongkorn University, Bangkok, Thailand.
Ruslan Uthai. 1999. Etimologi bahasa Melayu Patani: Sumber Tai-Kadai dan Astronesia. Ph.D. Tesis, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, D.E.
Ruslan Uthai. 2011. Keistimewaan dialek Melayu Patani. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sawvanee Jitmoud. 1988. Ethnic group: Thai muslim. Bangkok: Kongthun Sanga Ruji Amporn.
Suwardi Notosudirjo. 1978. Etimologi. Jakarta: Mutiara.
Wilkinson, R. J. 1932. A Malay-English dictionary. Greece: Salavopoulos and Kinderlis.
Winer, L. 1992. Folk etymology in Trinidad and Tobago lexicography. New York: Garland Publishing Inc.
Worawit Baru. 1990. Pengaruh bahasa Thai ke atas dialek Melayu Patani: kajian kes sosiolinguistik di wilayah Pattani. M.A. Tesis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694