KECENDERUNGAN KERJAYA KEUSAHAWANAN ERA COVID-19

Nur Hanim Harisfathillah, Noordeyana Tambi

Abstract


Kajian ini membincangkan tentang kecenderungan kerjaya keusahawanan dalam era pandemik COVID-19. Bidang keusahawanan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi lokal dan juga global. Bagi negara sedang membangun seperti Malaysia, masalah berkaitan pengangguran dan kemiskinan dalam kalangan masyarakat masih menjadi isu penting dan bertambah serius akibat penularan wabak COVID-19. Untuk menangani masalah ini bidang keusahawanan dilihat sebagai satu alternatif dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan sumber pendapatan masyarakat. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauhmana tahap minat dan tahap kemahiran mempengaruhi tahap literasi keusahawanan digital yang seterusnya menyumbang kepada kecenderungan masyarakat untuk menceburi bidang kerjaya keusahawanan pada era COVID-19 ini. Pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan iaitu soal selidik dan Google Form sebagai instrumen utama telah digunakan. Kajian ini telah mengumpulkan data daripada 188 responden dari seluruh negara yang mempunyai perniagaan berdaftar dengan SSM. Sampel kajian ini dipilih menggunakan persampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati tahap kecenderungan masyarakat menceburi bidang keusahawanan dalam era COVID-19 berada pada tahap yang tinggi. Tahap minat dan tahap kemahiran juga mempunyai tahap signifikan yang tinggi terhadap tahap literasi keusahawanan digital. Justeru itu, kajian ini dapat memberi sumbangan tambahan untuk memahami bidang keusahawanan dalam kalangan masyarakat dan seterusnya mampu menjadikan Malaysia sebagai negara bebas pengangguran dan berpendapatan tinggi.


Full Text:

PDF

References


Asmar Yulastri. (2015). Pengaruh Kecenderungan Personaliti Kerjaya, Tahap Pengetahuan Keusahawanan dan Aspirasi Kerjaya terhadap Minat Kerjaya Keusahawanan Pelajar Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Sumatera Barat. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia

Bujang, S. (2015). Persepsi dan Penghayatan Agama. Pusat Penyelidikan Dan Pengembangan Borneo (PPIB), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak.

Cockalo, D., Dordevic, D., Bogetic, S., & Bakator, M. (2020). Youth Entrepreneurship Development: A Review of Literature and Ten-Year Research Results. Journal of Engineering Management and Competitiveness (Jemc). 10 (2): 151-161.

Eva Faridah Z., Ahmad Nur Fitri Bryan A., & Azizzul Aiman R. (2019). Tahap pendigitalan perniagaan dalam kalangan usahawan PKS Mara di Melaka. Politeknik & Kolej Komuniti. Journal of Life Long Learning. 3(1): 130-141.

Mohd Afandi, Syahrul Deen, Shofiyyah Moidinc, Izzat Amsyar, Faezy Adenane, & Nurul Farhanah. (2020). Pembangunan keusahawanan asnaf luar bandar di Negeri Pahang (development of rural asnaf entrepreneurs in pahang). Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF). Vol. 2(1), hlm 48-61. eISSN: 2590-3942.

Nor Asiah, Noor Hasni Juhdi, Rosilah Hassan, Radin Siti Aishah, & Radin A. Rahman. . (2018). Mengalakkan Kecenderungan Pelajar Terhadap Keusahawanan Melalui Literasi Digital, Penggunaan ICT dan Kecekapan Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Personalia Pelajar. 21(1): 43-53.

Noor Hafizah Hassan & Rosnaimah Mohamed Yunos. (2015). Tahap Literasi Keusahawanan Digital dalam Kalangan Pelajar yang Mengikuti Kursus DPB5063 Pembangunan Keusahawanan Digital. Jabatan Perdagangan, Politeknik Merlimau.

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan. Ed-2. McGraw- Hill Education: Kuala Lumpur.

Stephan, U., Zbierowki, P., Perez-Luno, A., & Klausen, A. (2021). Entrepreneurship during the COVID-19 Pandemic: A global study of entrepreneurs’ challenges resilience and well-being. King’s Business Studies, KBS COVID-19 Research Impact Papers, No. 4.

Ul’fah Hernaeny, M. P. (2021). Populasi dan sampel. Dalam Arfatin N., F. Rismaningsih, Ui’fah H., Linda, Wahyudin, A. Rukyat, F. Yati, Lusiani, D. Riaddin, J. Setiawan (pnyt). Pengantar Statistika 1, hlm 33-37. Jawa Barat: Penerbit Media Sains Indonesia.

Ummu Liyana Halim & Noordeyana Tambi. (2021). Awareness Of Community On The Conservation Of Heritage Buildings In George Town, Penang. Journal Of The Malaysian Institute Of Planners - Planning Malaysia. 114-126.

World Economic Forum (2022). How an entrepreneurial approach can help end the COVID-19 crisis. https://www.weforum.org/agenda/2020/04/how-an-entrepreneurial-approach-can-help-end-the-covid-19-crisis/ [17 Mac 2022].

Zulhafizi, M. & Zurinah. (2021). Faktor kejayaan Usahawan Muda dalam Perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (1): 1-13.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


ISSN: 0126-5008

eISSN: 0126-8694