KEWARTAWANAN SUKAN MALAYSIA: REFLEKSI PENGAMAL MEDIA ASTRO ARENA TENTANG LIPUTAN SUKAN OLIMPIK 2020
Abstract
Bidang kewartawanan sukan telah bertapak lama di Malaysia malah keperluannya dilihat sangat penting bagi memastikan segala liputan sukan dapat disampaikan secara terus kepada masyarakat. Tetapi bidang kewartawanan sukan ini kurang mendapat tumpuan dari segi penyelidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengambarkan perspektif dan refleksi pengamal media Astro Arena terhadap industri kewartawanan sukan di Malaysia dengan fokus kepada liputan Sukan Olimpik 2020 yang boleh dikatakan masa yang paling mencabar. Secara spesifik, kajian ini ingin a) memahami perspektif pengamal media terhadap bidang kewartawanan sukan di Malaysia, b) mengkaji tahap SOP/keselamatan yang diberikan kepada pengamal media semasa temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung, dan c) mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh Astro Arena dalam menyampaikan liputan berita semasa temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Justeru, kajian ini menggunakan metodologi temubual mendalam dengan tiga responden daripada stesen media Astro Arena yang bertugas bagi temasya sukan Olimpik tersebut. Hasil kajian dapat menyimpulkan bahawa pemerhatian secara keseluruhan terhadap bidang kewartawanan sukan di negara ini masih kurang. Dapatan mendapati SOP serta keselamatan yang dilalui oleh pengamal media Astro Arena semasa bertugas di temasya sukan tersebut adalah teratur, rapi dan ketat, tetapi tidak menjejaskan tugas mereka. Kajian ini menunjukkan bahawa bidang kewartawanan sukan di Malaysia memerlukan lebih banyak perhatian dan sokongan dari pihak berkepentingan, termasuk kerajaan dan industri media. Ini termasuk penyediaan sumber daya yang mencukupi, pembangunan kemahiran dan kepakaran dalam bidang kewartawanan sukan, serta peningkatan keselamatan dan kesejahteraan pengamal media semasa meliput acara sukan besar.
Full Text:
PDFReferences
Ahmad Akram, M., & Irwan, M. (2022). Analisis Aurat Atlet Muslim Di Temasya Olimpik 2020: Kajian Menurut Perspektif Fiqh Islami. Diambil Februari 24, 2023, daripada https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/430/373
Ahmad Faisal, M. (2019). Peristilahan Dalam dunia sukan. Diambil Februari 23, 2023, daripada https://www.researchgate.net/publication/337563093_Peristilahan_Dalam_Dunia_Sukan
Ahmad Sauffiyan H., (2020). Tinjauan Awal Bidang Komunikasi sukan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(3), 139-156. doi:10.17576/jkmjc-2020-3603-09
Andrea, G. N., & Michael, N. L. (2020). 20 years of Olympic Media Research: Trends and Future directions. Frontiers in Sports and Active Living, 2. doi:10.3389/fspor.2020.572495
Gregory, P., & Travis, B. R. (2020). Towards a “digital” sports journalism: Field theory, changing boundaries and Evolving Technologies. Communication & Sport, 10(3), 398-416. doi:10.1177/2167479520979958
Ipsos Malaysia. (2021). Olympic Spirit in Pandemic Times. Retrieved February 24, 2023, from https://www.ipsos.com/en-my/press-release-olympic-spirit-pandemic-times
Jamiludin, N., & Aurelius, T. R. (2022). The challenge of covering the World Superbike: The experience of journalists in Lombok, Indonesia, in covering the Mandalika World Superbike Motor racing. Proceedings Of International Conference On Communication Science, 1(1), 12-17. doi:10.29303/iccsproceeding.v1i1.4
Muhamad Syahir, Z., Mohamad Saifudin, M. S. (2019). Analisis Pelaporan atlet wanita islam semasa sukan sea 2015 dan 2017 dalam utusan online Dan Berita Harian online. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 21(1), 49-60. doi:10.22452/jpmm.vol21no1.4
Norazirawati, A., & Sudirman, M. (2021). Media Sosial Dan Evolusi Kewartawanan: Pembuatan Berita Dari Perspektif Editor Media Sosial. Retrieved February 23, 2023, from http://conference.kuis.edu.my/icomm/8th/images/021-002.pdf
Pekan Ramli, Muhammad, Tajul Ariffin; Salamuddin, Norlena. (2019). Liputan Kandungan Dan penerbitan berita sukan dalam akhbar harian di Malaysia (coverage and publication of Sports News in Malaysian daily newspaper). Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(01SI). doi:10.17576/jpen-2019-44.01si-08
Pekan Ramli, Muhammad, Tajul Ariffin; Salamuddin, Norlena. 2019. Kuasa Editor Sukan
Terhadap Penetapan Liputan Berita Sukan Akhbar Di Malaysia. Jurnal Dunia
Perniagaan, [S.L.], V. 1, N. 1, P. 1-15.
Sean, S. R., Nicholas, B. R., Patrick, G., & Andrew, B. C. (2021). Sports journalism content when no sports occur: Framing athletics amidst the COVID-19 international pandemic. Communication & Sport, 10(3), 493-516. doi:10.1177/21674795211001937
Vivekananda A/ L M., Shahril N. S., Rohaidah K., & Hasnah M. (2021). Pengaruh Penggunaan Bahasa Dalam Laporan Berita Sukan Bola Sepak Terhadap Sikap Jurulatih Dan Pemain Bola Sepak. Al-Qiyam International Social Science and Humanities Journal, 4(1), 23-37. Retrieved from https://www.al-qiyam.net/index.php/isshj/article/view/96
Yin, R. K., (2009). Case Study Research: Design and Methods. Edisi Ke-4. Thousand Oaks: Sage Publications Ltd.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 0126-5008
eISSN: 0126-8694